“Cinta itu bukan buta…
dan Cinta itu bukan gila…
Namun ada juga yang terpaksa…
Menduakan cinta…
Adakah itu salahnya?”……
1
Matanya dari tadi terlalu asyik memperlihatkan sesuatu. Mungkin memperlihatikan orang yang sedang lalu lalang di Sentosa Mall. Mmmm, mmg ramai sungguh bila hujung-hujung minggu begini. Macam-macam gelagat boleh di lihat. Seronok jugak melihat telatah manusia. Ada yang berpasangan, berpegangan tangan, ada yang membawa anak-anak bersama isteri, erm…yang jalan keseorangan mungkin agaknya…. Sedang kusyuk melihat telatah manusia, tiba-tiba deringan telefon membantutkan lamunannya..
“ Hello Max Pizza….”
“Morning, Max Pizza di sini, boleh saya ambil pesanan?
“ Saya nak order Chicken Delight satu set dengan air, saiz medium ye” Suaranya manja perempuan itu membuatkan dia berusaha untuk memanjangkan perbualan.
“ Ok, Cik nak tambah apa-apa lagi ? Kami ada offer kalau beli 2 pizza dapat 50% diskaun cik”
“ Its ok, saya nak makan untuk 2 orang je, saiz medium pon x abis rasanya”
“Oh, saya ulang ye order, Chicken Delight Medium Size dengan set air ye, betul? Bagi nama dan nombor contact cik”
“ Yep…betul… hantar di alamat No 774, Jalan Perdana Duta,Taman Seri Impiana, Nama saya Ain Syafiqah, 01103485760
“ Ok Cik, kami akan hantar Penghantaran dalam masa 35 minit ye cik, terima kasih kerana menghubungi Max Pizza…..
“Mie, standby untuk hantar Pizza ke Taman Seri Impian tau” Jelas seorang pemuda kepada Rider Max Pizza, Zulfahmi. Kelibatnya muncul bergegas apabila namanya di panggil, seorang pemuda berbadan sederhana tegap, tingginya lebih kurang 6 kaki, rambutnya ikal dan tidak pula terlalu lurus. Ada misai yang agak tidak kelihatan sangat.
“ Ada aper Din?”, Soal Zulfahmi
“ Ada order, standby untuk ke Taman Seri Impian,” Jelas Baharuddin yang senang di panggil Din.
“ Ish..tuh taman orang-orang kaya kan? Tadi yang call ko tuh laki ke perempuan?
“ Perempuan, asal? Soal Baharuddin kehairanan
“ Hahaha…. sajer je…mana tahu bleh jumpa awek cun…. nanti dier mesti terpikat dengan kehenseman aku, haha,” Gurau Zulfahmi
“ Perasan je ko kan? Blah la…Dah dah…. ko jgn lupa hantar plak Pizza nih kat alamat nih,” Baharuddin terus menyerahkan alamat yang di tuliskan di atas secebis kertas
“ Ok bos, aku pergi dulu,” Sambil mencapai helmet dan mengambil Pizza yang di tunggu selama 30 minit tadi.
Dalam perjalanan, dia berangan-angan dan memikirkan tentang masa depannya. Dia sedar yang dia bukanlah seorang yang mempunyai masa depan yang bagus. Sekadar penghantar pizza sahaja. Sebab itu dia cuba untuk mengambil sekali lagi STPM yang pernah terkandas pada tahun lepas. Penat juga apabila memikirkan terpaksa bekerja dan dalam masa yang sama terpaksa juga belajar di tuisyen. Menjadi anak sulung merupakan suatu bebanan dan menjadi model kepada adik-adik yang lain. Puas mengelamun, sedar tak sedar, sudah hampir sampai ke tempat yang di tuju. Terpampang jelas perkataan “Bourgainvilla” di depan rumah besar itu. Tersergam indah banglo putih 2 tingkat yang mempunyai laman yang sangat luas. Kelihatan juga pokok-pokok dan air terjun buatan yang menghiasi laman tersebut. “mesti anak orang kaya”, Detik hatinya. Kelihatan butang loceng di bawah peti surat. Dia cuba untuk menekan punat butang loceng tersebut.Tiada orang ke? Fikirnya. Dia cuba lagi buat kali kedua. Hasilnya berjaya. Kali ini muncul seorang wanita yang tinggi lebih kurang sama seperti tubuhnya. Munculnya perempuan itu membuatkan hatinya berdegup kencang. Semakin dekat semakin jantungnya bagai nak jatuh. “aduh, comelnya” hatinya berkata-kata. Biasalah bila seorang lelaki melihat perempuan cantik.
“Hai,awal jugak awak sampai” Kata perempuan itu
“Pekhidmatan kami memang untuk memberi kepuasan kepada pelanggan dengan cepat dan pantas,” kata Zulfahmi sambil senyuman itu di lemparkan kepada perempuan itu.
“ Pandai la awak…. berapa semua ye?,” Soal perempuan itu
“ Semua RM38.50 cik,” Sambil menghulurkan beg plastik berisi set pizza yang di pesan.
“ Ok, tunggu sebentar ye, saya pergi ambil duit di dalam, awak duduk dulu ye di laman nih kejap, sorry la ye,” Jelas perempuan itu sambil melangkah pergi ke dalam.
Sementara itu Zulfahmi meninjau sekitar laman yang saiznya lebih kurang seperti ukuran saiz rumahnya. Deruan bunyi air terjun buatan menambahkan lagi suasana yang damai. Alangkah seronoknya jika dapat merasai kemewahan yang di rasainya ketika ini. Biarlah seketika, namun ia dapat melepaskan lelah ketika cuaca panas di jalanraya. Tidak lama kemudian muncul kembali perempuan itu sambil membawa dua gelas air berwarna kuning jingga. “fresh orange” agaknya, Fikir Zulfahmi.
“Jemput Minum,” Perempuan itu mempelawa. Dia dengan tanpa segan selu meneguk air itu sehingga habis. Mungkin tekaknya kering dari tadi. Maklumlah di panah matahari sepanjang perjalanan tadi.
“ Cuaca panas kan?” Tegur perempuan tadi apabila melihat Zulfahmi habis meneguk segelas air. Zulfahmi tersenyum malu melihat kelakuan yang tanpa di sedari.
“ Owh, by the way, saya Ain Syafiqah,” Sambil tersenyum memandang Zulfahmi. Makin laju degupan jantung pabila Ain Syafiqah tersenyum kepadanya.
“Saya Fahmi, Zulfahmi, nih nak panggil aper ye,” Soal Zulfahmi sambil tersipu-sipu malu bertanya.
“Panggil Ain dah cukup,” Sekali lagi Ain Syafiqah tersenyum memandang Zulfahmi. Memang manis senyumannya. Fahmi cuma mampu membalas senyuman Ain. Perbualan mereka terhenti apabila terlihat sebuah lori dan van masuk ke perkarangan laluan ke rumah besar itu.
“ Eh, ada apa ni Ain, banyak lori masuk nih?” Soal Zulfahmi kehairanan.
“Owh, sebenarnya malam nih ader majlis kesyukuran, sambut sekali dengan birthday saya. Parents saya tempah katering sekali dengan Canopy,terlanjur tuh, boleh la awak datang malam nih, nanti cakap saya xajak awak plak,” Kata Ain sambil menghulurkan duit pizza sebanyak RM50
“Eh, boleh ke saya datang? Nanti kena halau plak,heheehe,” Gurau Fahmi sambil menerima duit dari Ain.
“ La, saya yang ajak kan, boleh la datang, apa la awak nih,” Kata-kata Ain tadi membuatkan Fahmi tersenyum sendirian.
“ Eh Ain , ada duit kecil tak? Saya tak bawak plak duit tukar nih,” Kata Zulfahmi sambil meraba-raba poket yang tidak keruan itu.
“Its Ok….tak apa la awak, keep the change ok…,” Sambil menunjukkan isyarat bagus kepada Fahmi. Sekali lagi dia tersenyum. Mak aik, banyak betul rezeki kali ini. Dah la dapat minum air free, dapat plak tips pastuh dapat plak jumpa awek cun plak…perghhh.. nasib badan la rezeki hari ini.
“Jangan lupa ye awak, kalau sudi datang la malam nih, ajak la kawan-kawan awak ok? Pelawaan Ain Syafiqah tadi di balas dengan senyuman oleh Zulfahmi.
“ Ok, Insyallah, kalau ada masa nanti saya bagitahu awak ok? Kata Zulfahmi sambil menuju ke arah motor Modenas. Perbualan itu tadi di akhiri dengan lambaian oleh Ain Syafiqah. Zulfahmi terus menyapa dan membalas lambaian itu. Fahmi mula menghidupkan engin motornya.
Dalam perjalanan pulang, sekali lagi Fahmi berangan-angan jauh. Pelbagai persoalan timbul satu persatu di benak fikirannya. Eh, kenapa dia tiba-tiba mengajak aku ke majlis dia? Sedangkan aku baru je kenal dengan dia tak sampai beberapa minit? Dia minat kat aku ke? Uish, takkan la….dia anak orang kaya, aku nih ape la yang ader? Ke aku nih yang perasan? Mmmmmm….aku nak pergi ke tak eh majlis malam nih? Aku ader kelas plak…. Tak pe la….bukan selalu pon aku ponteng kelas, hehehe….
Puas Fahmi mengelamun, tiba-tiba terfikir tentang kelewatannya kembali semula ke kedai pizza. Aduh! Apa plak aku nak cakap nih nanti? Lambat sangat nih?? Pandai-pandai la aku kelentong dengan abang Zahid nanti. Abang Zahid merupakan pengurus kedai di Max Pizza Setibanya dia di muka pintu kedai Max Pizza, memang betul jangkaannya. Kelihatan air muka abang Zahid agak mencurigakan. Tajam sungguh pandangan mata abg Zahid.
“ Woi, lambat balik apasal? Kau mengular ke aper? Kau pergi mana, baik ko cakap…. !! Jelas sungguh laungan suara abg Zahid. Biasalah dah pun nama orang Melaka, agak kasar sedikit.
“ Sorry bang, tadi ada Accident kat simpang nak masuk ke taman tuh tadi, lagi pun tuan rumah ajak masuk dalam, menunggu dia punya lah lama….” Kata Fahmi memberi alasan.
“Ah, kau ada je alasan nak bagi kan?” Dah, lepas nih hantar kat sini plak,” Kata Abang Zahid sambil menyerahkan secebis kertas yang mengandungi alamat untuk di hantar ke destinasi seterusnya.
“Ok bos”Sambil membuat tabik kat Abang Zahid. Abang Zahid menggeleng kepala dengan telatah krew-krew nya.
“weh, ko pergi mana tadi?” Soal Baharuddin sambil memegang lengan Fahmi.
“Rileks beb, jangan kecoh-kecoh, aku gi hantar pizza la ngok! Seloroh Fahmi sambil meletakkan helmet di loker kerja.
“Gila lambat kau balik, kecoh dowh abg Zahid cari kau tadi, ke kau gi mana?” Soal Baharuddin menginginkan kepastian.
“Serius beb aku memang hantar pizza kat Taman Seri Impiana, tapi nak jadikan cerita Din, awek yang pesan pizza tadi memang cun bro!! Serius aku tiba-tiba jer boleh jatuh hati kat dia,” Jelas Fahmi beriya-iya bercerita pengalamannya tadi.
“Eh, serius ke beb? Perghhh, rugi la aku camni, dapat jadi Rider macam ko jela camnih……dapat gak aku cari teat market luar,” Suara kekesalan Baharuddin yang jelas di situ.
“ Serius beb, memang lawa giler, aku sendiri memang dah rasa nak kapel jer ngan dia!! Dah la tuh, rumah dier besar gile…. Laman rumah dier dah luas macam rumah aku jer bro,” Jelas Fahmi teruja.
“ Gila aper ko nih? Anak orang kaya kau nak tackle? Kau ingat kau tuh Bisnesman ke? Aku tahu la kau tuh ensem, tapi dengan kehenseman kau tuh bukan boleh menjamin masa depan dia, dah la kau!!! Tak perlu nak berangan jauh-jauh je, lagi pun bukan kau dah ader Azie ke?
“Hahaha, kau nih memang la aku nih tak ada harta tapi aku bukan selama-lamanya akan jadi Rider Max Pizza, gila ape, tapi tak ada la sampai aku nak tackle perempuan tuh, aku saja jer, nak kenal-kenal, untung sabut timbul, betul? Kau tahu tak, dia ajak aku pergi majlis harijadi dia malam ini, haaah, kau rasa camner?
“Uish, biar betul? Baru je kenal kot? Ke kau sajer nak tipu aku? Apa buktinya yang dia ajak kau? Ader Invitation Card ke? Soal Baharuddin kehairanan
“Hahaha, wat pe nak pakai kad semua, yang penting kalau kau tak caya, jom aku bawak kau datang umah dier nak? Soal Fahmi kembali
“ Uish malam nih mana boleh dowh, kan ada kelas, kau biar betul? Kau nak ponteng ke?
“ Yelah aku pun tak ingat la plak, tak pe…tak sanggup aku nak menolak pelawaan Ain Syafiqah, hahaha,”
“ Kau tuh memang buaya, dari dulu lagi ada jer yang melekat kat kau, ape entah ilmu yang kau pakai, tapi tak nampak plak kau nih kekal, semua aku rasa bertukar ganti kan? Sekarang nih pun dengan Azie kau dah slow kan? Uish…kau nih…” Jelas Baharuddin panjang lebar melepaskan luahan yang selama ini di pendamkan
“ Ingatanku sekarang pada wajah gadis bernama Ain Syafiqah, alangkah bahagia jika dia menjadi awek aku, pergh….,” Kata Fahmi sambil memeluk Baharuddin erat.
“Uish, geli la…ko nih aku tak paham, muka hensem pon tak ada lagi awek yang steady, lain lah macam aku ni, dah la tak hensem,” Kata baharuddin merendahkan diri
“ Weh, kau pun hensem gak la, cute aper, jambu!! Hahaha,” Usik Fahmi
Perbualan mereka terhenti disitu. Jelas kelihatan di situ Fahmi masih berada di dalam dilema untuk memiliki seseorang yang mencintai untuk hadir menghiasi ruang cinta di hatinya. Walaupun dia pandai memikat hati dan perasaan wanita, namun dia belum benar-benar mempunyai seorang wanita yang bernama kekasih. Memang sukar mencari cinta di kala dia masih tercari-cari kehidupan yang lebih bermakna. kehidupan yang menjanjikan kesempurnaan. Dia tahu sukar juga memiliki wanita yang bernama Ain Syafiqah. Baginya, Ain Syafiqah seperti enggang dan pipit. Manakan sama, cuma dia masih berharap jika ada yang sudi mengisi kekosangan yang ada di dalam hatinya. Tanggungjawab sebagai abang dan anak yang sulung memang agak berat bagi dirinya. Dia juga merupakan ketua keluarga bila ayahnya meninggal sewaktu dia berusia 17 tahun ketika dia menghadapi peperiksaan SPM tiga tahun lalu. Tanggungjawab yang sangat berat. Namun demi menjaga ibu dan tiga orang adiknya, dia sanggup berkorban dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh kesabaran. Sesungguhnya nasib baiknya akan terus menyebelahinya satu hari nanti. Masa berlalu pantas meninggalkan kenangan-kenangan lalu. Berikan lah cinta kepada mereka yang memerlukan…