17 September 2012

Bourgenvilla -

 

cover novel

“Cinta itu bukan buta…

dan Cinta itu bukan gila…

Namun ada juga yang terpaksa…

Menduakan cinta…

Adakah itu salahnya?”……

1

         Matanya dari tadi terlalu asyik memperlihatkan sesuatu. Mungkin memperlihatikan orang yang sedang lalu lalang di Sentosa Mall. Mmmm, mmg ramai sungguh bila hujung-hujung minggu begini. Macam-macam gelagat boleh di lihat. Seronok jugak melihat telatah manusia. Ada yang berpasangan, berpegangan tangan, ada yang membawa anak-anak bersama isteri, erm…yang jalan keseorangan mungkin agaknya…. Sedang kusyuk melihat telatah manusia, tiba-tiba deringan telefon membantutkan lamunannya..

     “ Hello Max Pizza….”

     “Morning, Max Pizza di sini, boleh saya ambil pesanan?

      “ Saya nak order Chicken Delight satu set dengan air, saiz medium ye” Suaranya manja perempuan itu membuatkan dia berusaha untuk memanjangkan perbualan.

     “ Ok, Cik nak tambah apa-apa lagi ? Kami ada offer kalau beli 2 pizza dapat 50% diskaun cik”

     “ Its ok, saya nak makan untuk 2 orang je, saiz medium pon x abis rasanya”

     “Oh, saya ulang ye order, Chicken Delight Medium Size dengan set air ye, betul? Bagi nama dan nombor contact cik”

    “ Yep…betul… hantar di alamat No 774, Jalan Perdana Duta,Taman Seri Impiana, Nama saya Ain Syafiqah, 01103485760

    “ Ok Cik, kami akan hantar Penghantaran dalam masa 35 minit ye cik, terima kasih kerana menghubungi Max Pizza…..

    “Mie, standby untuk hantar Pizza ke Taman Seri Impian tau” Jelas seorang pemuda kepada Rider Max Pizza, Zulfahmi. Kelibatnya muncul bergegas apabila namanya di panggil, seorang pemuda berbadan sederhana tegap, tingginya lebih kurang 6 kaki, rambutnya ikal dan tidak pula terlalu lurus. Ada misai yang agak tidak kelihatan sangat.

     “ Ada aper Din?”, Soal Zulfahmi

     “ Ada order, standby untuk ke Taman Seri Impian,” Jelas Baharuddin yang senang di panggil Din.

      “ Ish..tuh taman orang-orang kaya kan? Tadi yang call ko tuh laki ke perempuan?

       “ Perempuan, asal? Soal Baharuddin kehairanan

       “ Hahaha…. sajer je…mana tahu bleh jumpa awek cun…. nanti dier mesti terpikat dengan kehenseman aku, haha,” Gurau Zulfahmi

       “ Perasan je ko kan? Blah la…Dah dah…. ko jgn lupa hantar plak Pizza nih kat alamat nih,” Baharuddin terus menyerahkan alamat yang di tuliskan di atas secebis kertas

       “ Ok bos, aku pergi dulu,” Sambil mencapai helmet dan mengambil Pizza yang di tunggu selama 30 minit tadi.

Dalam perjalanan, dia berangan-angan dan memikirkan tentang masa depannya. Dia sedar yang dia bukanlah seorang yang mempunyai masa depan yang bagus. Sekadar penghantar pizza sahaja. Sebab itu dia cuba untuk mengambil sekali lagi STPM yang pernah terkandas pada tahun lepas. Penat juga apabila memikirkan terpaksa bekerja dan dalam masa yang sama terpaksa juga belajar di tuisyen. Menjadi anak sulung merupakan suatu bebanan dan menjadi model kepada adik-adik yang lain. Puas mengelamun, sedar tak sedar, sudah hampir sampai ke tempat yang di tuju. Terpampang jelas perkataan “Bourgainvilla” di depan rumah besar itu. Tersergam indah banglo putih 2 tingkat  yang mempunyai laman yang sangat luas. Kelihatan juga pokok-pokok dan air terjun buatan  yang menghiasi laman tersebut. “mesti anak orang kaya”, Detik hatinya. Kelihatan butang loceng di bawah peti surat. Dia cuba untuk menekan punat butang loceng tersebut.Tiada orang ke? Fikirnya. Dia cuba lagi buat kali kedua. Hasilnya berjaya. Kali ini muncul seorang wanita yang tinggi lebih kurang sama seperti tubuhnya. Munculnya perempuan itu membuatkan hatinya berdegup kencang. Semakin dekat semakin jantungnya bagai nak jatuh. “aduh, comelnya” hatinya berkata-kata. Biasalah bila seorang lelaki melihat perempuan cantik.

       “Hai,awal jugak awak sampai” Kata perempuan itu

       “Pekhidmatan kami memang untuk memberi kepuasan kepada pelanggan dengan cepat dan pantas,” kata Zulfahmi sambil senyuman itu di lemparkan kepada perempuan itu.

         “ Pandai la awak…. berapa semua ye?,” Soal perempuan itu

“ Semua RM38.50 cik,” Sambil menghulurkan beg plastik berisi set pizza yang di pesan.

“ Ok, tunggu sebentar ye, saya pergi ambil duit di dalam, awak duduk dulu ye di laman nih kejap, sorry la ye,” Jelas perempuan itu sambil melangkah pergi ke dalam.

Sementara itu Zulfahmi meninjau sekitar laman yang saiznya lebih kurang seperti ukuran saiz rumahnya. Deruan bunyi air terjun buatan menambahkan lagi suasana yang damai. Alangkah seronoknya jika dapat merasai kemewahan yang di rasainya ketika ini. Biarlah seketika, namun ia dapat melepaskan lelah ketika cuaca panas di jalanraya. Tidak lama kemudian muncul kembali perempuan itu sambil membawa dua gelas air berwarna kuning jingga. “fresh orange” agaknya, Fikir Zulfahmi.

“Jemput Minum,” Perempuan itu mempelawa. Dia dengan tanpa segan selu meneguk air itu sehingga habis. Mungkin tekaknya kering dari tadi. Maklumlah di panah matahari sepanjang perjalanan tadi.

“ Cuaca panas kan?” Tegur perempuan tadi apabila melihat Zulfahmi habis meneguk segelas air. Zulfahmi tersenyum malu melihat kelakuan yang tanpa di sedari.

“ Owh, by the way, saya Ain Syafiqah,” Sambil tersenyum memandang Zulfahmi. Makin laju degupan jantung pabila Ain Syafiqah tersenyum kepadanya.

“Saya Fahmi, Zulfahmi, nih nak panggil aper ye,” Soal Zulfahmi sambil tersipu-sipu malu bertanya.

“Panggil Ain dah cukup,” Sekali lagi Ain Syafiqah tersenyum memandang Zulfahmi. Memang manis senyumannya. Fahmi cuma mampu membalas senyuman Ain. Perbualan mereka terhenti apabila terlihat sebuah lori dan van masuk ke perkarangan laluan ke rumah besar itu.

“ Eh, ada apa ni Ain, banyak lori masuk nih?” Soal Zulfahmi kehairanan.

“Owh, sebenarnya malam nih ader majlis kesyukuran, sambut sekali dengan birthday saya. Parents saya tempah katering sekali dengan Canopy,terlanjur tuh, boleh la awak datang malam nih, nanti cakap saya xajak awak plak,” Kata Ain sambil menghulurkan duit pizza sebanyak RM50

“Eh, boleh ke saya datang? Nanti kena halau plak,heheehe,” Gurau Fahmi sambil menerima duit dari Ain.

“ La, saya yang ajak kan, boleh la datang, apa la awak nih,” Kata-kata Ain tadi membuatkan Fahmi tersenyum sendirian.

“ Eh Ain , ada duit kecil tak? Saya tak bawak plak duit tukar nih,” Kata Zulfahmi sambil meraba-raba poket yang tidak keruan itu.

“Its Ok….tak apa la awak, keep the change ok…,” Sambil menunjukkan isyarat bagus kepada Fahmi. Sekali lagi dia tersenyum. Mak aik, banyak betul rezeki kali ini. Dah la dapat minum air free, dapat plak tips pastuh dapat plak jumpa awek cun plak…perghhh.. nasib badan la rezeki hari ini.

“Jangan lupa ye awak, kalau sudi datang la malam nih, ajak la kawan-kawan awak ok? Pelawaan Ain Syafiqah tadi di balas dengan senyuman oleh Zulfahmi.

“ Ok, Insyallah, kalau ada masa nanti saya bagitahu awak ok? Kata Zulfahmi sambil menuju ke arah motor Modenas. Perbualan itu tadi di akhiri dengan lambaian oleh Ain Syafiqah. Zulfahmi terus menyapa dan membalas lambaian itu. Fahmi mula menghidupkan engin motornya.

    Dalam perjalanan pulang, sekali lagi Fahmi berangan-angan jauh. Pelbagai persoalan timbul satu persatu di benak fikirannya. Eh, kenapa dia tiba-tiba mengajak aku ke majlis dia? Sedangkan aku baru je kenal dengan dia tak sampai beberapa minit? Dia minat kat aku ke? Uish, takkan la….dia anak orang kaya, aku nih ape la yang ader? Ke aku nih yang perasan? Mmmmmm….aku nak pergi ke tak eh majlis malam nih? Aku ader kelas plak…. Tak pe la….bukan selalu pon aku ponteng kelas, hehehe….

Puas Fahmi mengelamun, tiba-tiba terfikir tentang kelewatannya kembali semula ke kedai pizza. Aduh! Apa plak aku nak cakap nih nanti? Lambat sangat nih?? Pandai-pandai la aku kelentong dengan abang Zahid nanti. Abang Zahid merupakan pengurus kedai di Max Pizza Setibanya dia di muka pintu kedai Max Pizza, memang betul jangkaannya. Kelihatan air muka abang Zahid agak mencurigakan. Tajam sungguh pandangan mata abg Zahid.

“ Woi, lambat balik apasal? Kau mengular ke aper? Kau pergi mana, baik ko cakap…. !! Jelas sungguh laungan suara abg Zahid. Biasalah dah pun nama orang Melaka, agak kasar sedikit.

“ Sorry bang, tadi ada Accident kat simpang nak masuk ke taman tuh tadi, lagi pun tuan rumah ajak masuk dalam, menunggu dia punya lah lama….” Kata Fahmi memberi alasan.

“Ah, kau ada je alasan nak bagi kan?” Dah, lepas nih hantar kat sini plak,” Kata Abang Zahid sambil menyerahkan secebis kertas yang mengandungi alamat untuk di hantar ke destinasi seterusnya.

“Ok bos”Sambil membuat tabik kat Abang Zahid. Abang Zahid menggeleng kepala dengan telatah krew-krew nya.

“weh, ko pergi mana tadi?” Soal Baharuddin sambil memegang lengan Fahmi.

“Rileks beb, jangan kecoh-kecoh, aku gi hantar pizza la ngok! Seloroh Fahmi sambil meletakkan helmet di loker kerja.

“Gila lambat kau balik, kecoh dowh abg Zahid cari kau tadi, ke kau gi mana?” Soal Baharuddin menginginkan kepastian.

“Serius beb aku memang hantar pizza kat Taman Seri Impiana, tapi nak jadikan cerita Din, awek yang pesan pizza tadi memang cun bro!! Serius aku tiba-tiba jer boleh jatuh hati kat dia,” Jelas Fahmi beriya-iya bercerita pengalamannya tadi.

“Eh, serius ke beb? Perghhh, rugi la aku camni, dapat jadi Rider macam ko jela camnih……dapat gak aku cari teat market luar,” Suara kekesalan Baharuddin yang jelas di situ.

“ Serius beb, memang lawa giler, aku sendiri memang  dah rasa nak kapel jer ngan dia!! Dah la tuh, rumah dier besar gile…. Laman rumah dier dah luas macam rumah aku jer bro,” Jelas Fahmi teruja.

“ Gila aper ko nih? Anak orang kaya kau nak tackle? Kau ingat kau tuh Bisnesman ke? Aku tahu la kau tuh ensem, tapi dengan kehenseman kau tuh bukan boleh menjamin masa depan dia, dah la kau!!! Tak perlu nak berangan jauh-jauh je, lagi pun bukan kau dah ader Azie ke?

“Hahaha, kau nih memang la aku nih tak ada harta tapi aku bukan selama-lamanya akan jadi Rider Max Pizza, gila ape, tapi tak ada la sampai aku nak tackle perempuan tuh, aku saja jer, nak kenal-kenal, untung sabut timbul, betul? Kau tahu tak, dia ajak aku pergi majlis harijadi dia malam ini, haaah, kau rasa camner?

“Uish, biar betul? Baru je kenal kot? Ke kau sajer nak tipu aku? Apa buktinya yang dia ajak kau? Ader Invitation Card ke?  Soal Baharuddin kehairanan

“Hahaha, wat pe nak pakai kad semua, yang penting kalau kau tak caya, jom aku bawak kau datang umah dier nak? Soal Fahmi kembali

“ Uish malam nih mana boleh dowh, kan ada kelas, kau biar betul? Kau nak ponteng ke?

“ Yelah aku pun tak ingat la plak, tak pe…tak sanggup aku nak menolak pelawaan Ain Syafiqah, hahaha,”

“ Kau tuh memang buaya, dari dulu lagi ada jer yang melekat kat kau, ape entah ilmu yang kau pakai, tapi tak nampak plak kau nih kekal, semua aku rasa bertukar ganti kan? Sekarang nih pun dengan Azie kau dah slow kan? Uish…kau nih…” Jelas Baharuddin panjang lebar melepaskan luahan  yang selama ini di pendamkan

“ Ingatanku sekarang pada wajah gadis bernama Ain Syafiqah, alangkah bahagia jika dia menjadi awek aku, pergh….,” Kata Fahmi sambil memeluk Baharuddin erat.

“Uish, geli la…ko nih aku tak paham, muka hensem pon tak ada lagi awek yang steady, lain lah macam aku ni, dah la tak hensem,” Kata baharuddin merendahkan diri

“ Weh, kau pun hensem gak la, cute aper, jambu!! Hahaha,” Usik Fahmi

Perbualan mereka terhenti disitu. Jelas kelihatan di situ Fahmi masih berada di dalam dilema untuk memiliki seseorang yang mencintai untuk hadir menghiasi ruang cinta di hatinya. Walaupun dia pandai memikat hati dan perasaan wanita, namun dia belum benar-benar mempunyai seorang wanita yang bernama kekasih. Memang sukar mencari cinta di kala dia masih tercari-cari kehidupan yang lebih bermakna. kehidupan yang menjanjikan kesempurnaan. Dia tahu sukar juga memiliki wanita yang bernama Ain Syafiqah. Baginya, Ain Syafiqah seperti enggang dan pipit. Manakan sama, cuma dia masih berharap jika ada yang sudi mengisi kekosangan yang ada di dalam hatinya. Tanggungjawab sebagai abang dan anak yang sulung memang agak berat bagi dirinya. Dia juga merupakan ketua keluarga bila ayahnya meninggal sewaktu dia berusia 17 tahun ketika dia menghadapi peperiksaan SPM tiga tahun lalu. Tanggungjawab yang sangat berat. Namun demi menjaga ibu dan tiga orang adiknya, dia sanggup berkorban dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh kesabaran. Sesungguhnya nasib baiknya akan terus menyebelahinya satu hari nanti. Masa berlalu pantas meninggalkan kenangan-kenangan lalu. Berikan lah cinta kepada mereka yang memerlukan…

14 April 2012

Finally,goodbye Kelantan, Goodbye MRSM PC, Goodbye everyone…

Syukur Kehadrat Allah kerana dengan limpah kurnianya aku masih dapat bernyawa hingga kini. Syukur juga dengan rezeki yang telah Allah berikan. Alhamdulilah tiba masa setiap pertemuan yang di bina di akhir dengan perpisahan. Itu semua lumrah sesebuah kehidupan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan dan menyakitkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan.

7 tahun 8 bulan bukan lah satu jangka masa yang sekejap. Jika tanpa usaha dan peranan guru tersebut menzahirkan hasrat untuk menjadikan pelajarnya cemerlang dan terbaik pasti sukar melalui keperitan dan kepayahan untuk menempuh masa-masa mendatang. 12 Julai 2004 merupakan tarikh keramat buat diriku kerana berjaya menjadi guru di salah sebuah MRSM terbaik di Malaysia. Perasaan bercampur aduk kerana berfikir bermacam-macam di benak fikiran ini. Perasaan gembira kerana kita berhadapan dengan pelajar-pelajar yang cemerlang, perasaan takut jika kita tidak mampu memenuhi kehendak mereka dan perasaan sedih kerana jauh dari keluarga tercinta.

Menjadi perantau selama ini membuatkan kita berasa amat rindu dengan suasana kampung dan saat-saat manis bersama keluarga. Begitu juga semasa bulan ramadhan berusaha gigih untuk mencari juadah berbuka puasa jika di bandingkan menunggu hidangan di atas meja ketika berada di kampung. Semua itu hanya akan tinggal kenangan nanti bila kita sudah berada di samping dengan orang-orang yang kita sayang. Menjadi sukar bila kita menjadi perantau jika kita tidak kelilingi dengan orang-orang yang sanggup bersama kita di waktu kita susah dan sukar. Menangis sendirian adalah perkara biasa bila berada di waktu kesusahan. Itu semua sudah aku lalui sepanjang menjadi perantau di negeri ini. Bukan tidak kuat cuma itu adalah cara yang terbaik untuk melepaskan perasaan. Jika aku tidak kuat sudah lama aku aku meninggalkan bumi ini tanpa pesan. Kekuatan aku adalah pelajar-pelajar yang sedia membantu aku semasa di dalam kesusahan atau semasa senang aku.

Pengalaman dan pengalaman di raih dan di perkenalkan setiap tahun menjadikan aku semakin yakin dengan tugas-tugas yang di berikan. Tiada apa yang mustahil di dunia ini kecuali dengan kita berusaha. Memang agak pelik dengan sistem di MRSM. Tetapi itu semua bukanlah halangan untuk aku mengecapi kejayaan. Di atas usaha itu juga, aku berjaya menjadikan MRSM PC setiap tahun dengan kejayaan pelajar-pelajar Pendidikan Seni Visual dan Reka Cipta 100% A. Satu-satunya guru di MRSM yang mengajar Pendidikan Seni Visual dan Reka Cipta dalam satu-satu masa bagi Tingkatan 5. Memang tidak mustahil lagi.

Memegang Kelab Robotik adalah mustahil bagi seseorang guru seni kerana kebiasaan guru yang terbabit adalah di kalangan guru-guru Fizik, Sains Komputer atau di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup. Tetapi apa yang menarik aku bukan saya dapat menerajui kelab robotik dengan baik malah menerima banyak anugerah yang melibatkan pelajar-pelajar bagi kategori Kreatif dan terlibat dalam pertandingan antarabangsa. Bukan itu sahaja, pertandingan seperti Majlis Rekabentuk Malaysia sudah juga berjaya menembusi ke peringkat kebangsaan sebanyak 2 kali. Alhamdulilah, itu semua rezeki yang telah Allah berikan untuk aku bagi pelajar-pelajar yang di sayangi.

Begitu juga pengalaman menjadi penasihat BWP, penasihat Okestra dan Penasihat Bowling yang belum pernah aku memikirkan untuk menjawat tugas-tugas tersebut. Namun aku rasa bangga setiap kali aku menjalankan tugas aku, aku sentiasa memberikan yang terbaik dan berusaha untuk sentiasa berada di kemuncak kejayaan.

Menjadi guru Seni Visual yang ke 4 di MRSM Pengkalan Chepa selepas Cikgu Esah, Puan Faridah Paimin dan En Md Noh menjadikan aku berasa bangga dengan jawatan aku ini sehinggakan aku di kenali ramai di kalangan guru-guru PSV dan RC di seluruh negeri Kelantan. Menjadi guru Seni Reka di MRSM PC juga membolehkan aku mengenali semua warga maktab terutama pelajar-pelajarnya kerana mereka semua ‘terpaksa’ berjumpa dengan aku kerana subjek Seni Reka merupakan subjek wajib untuk pelajar tingkatan 4. Ini merupakan kenangan manis yang aku rasakan perlu di kongsi bersama dengan semua.

Berada hampir 8 tahun di Negeri Kelantan menjadikan aku sebahagian daripada orang Kelantan. Mengenali budaya Kelantan, makan nasi ulam, nasik kerabu, dan makan nasi berlauk pada waktu pagi merupakan satu pengalaman yang tidak dapat di lupakan. Bercakap di dalam dialek Kelantan menguji aku untuk bertutur walaupun pada mulanya seolah-olah seperti bunyi “siam”. hahaha….tapi bila sudah fasih aku sendiri berasa bangga dan menggangap diriku sebahagian daripada orang Kelantan. Bangga2…..

21 Mac 2012 merupakan tarikh Pengumuman SPM 2011. Alhamdulilah sempat juga aku berada di saat-saat terakhir pemergian aku melihat kejayaan pelajar-pelajar aku yang terakhir ini. Seperti biasa bila tiba waktu keputusan SPM keluar,aku merupakan tempat pelajar-pelajar luar mengadakan pertemuan atau gathering. Biasanya sebelum ini, mereka sudah tahu yang rumah yang aku duduk berada di atas dewan selera. Cuma beza nya kali ini, aku berada di luar maktab. Pelajar yang menghubungi aku ketika itu adalah Nadzmi, budak yang berasal dari Batu Pahat, Johor. Ramai juga yang memohon untuk menginap sementara. Namun dengan keupayaan ruang bilik sewa aku yang agak terhad, aku menolak sebahagian yang ingin menginap. Pukul 11.00 pagi, kelihatan ramai bekas-bekas Pelajar MRSM PC SPM 2011 sedang menunggu UPPM yang mengambil transkrip SPM di Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. Perasaan berdebar-debar jelas kelihatan di setiap riak wajah mereka. Bila pengetua mengumumkan keputusan SPM dengan gred purata maktab, keputusan di mana kita tidak berjaya mengekalkan kecemerlangan SPM 2010, ramai yang agak mengeluh. Kejayaan SPM 2011 kali ini di rangkul oleh MRSM Taiping. Tahniah di ucapkan, walaupon kita mendapat tempat ke 3, namun usaha selama ini benar-benar berbaloi. Untuk mengecapi kejayaan memang senang, cuma untuk mengekalkan kejayaan agak sukar. Tahniah di ucapkan kepada pelajar yang telah mendapat kejayaan yang cemerlang, yang kurang berjaya, anggap la itu bukanlah penghalang bagi mengecapi kejayaan pada masa akan datang. Tidak semestinya kejayaan iu datang pada masa yang terdekat, insyallah ianya datang jua cuma cepat atau lambat. Bagi aku syukur alhamdulilah, kejayaan mengekalkan 100% A bagi DUA subjek Pendidikan Seni Visual dan Rekacipta di teruskan dengan semua pelajar-pelajar aku mendapat kejayaan yang boleh di banggakan walaupun mendapat tohmahan dan cacian selama ini. Aku harus rasa nikmat mengajar amat berbaloi dan bangga dengan mereka walaupun aku amat-amat takut dengan beberapa orang pelajar yang mendapat markah bagi folio yang sangat rendah. Ini lah produk terakhir bagi melengkapkan diri aku mengajar selama 7 tahun di sini. Cuma agak ralat juga dengan pelajar-pelajar SPM 2012 yang belum sempat aku melengkapkan mereka dengan ilmu bagi PSV dan juga RC. Tahniah kepada semua pelajar-pelajar SPM 2011 di atas kejayaan anda semua!! Sebelum ambil result pastikan anda semua membayar semua hutang-hutang ye….hehehhehee…(Peringatan juga kepada pelajar-pelajar SPM 2012)

Kejayaan mereka di sambut dengan penuh rasa bangga dan di raikan dengan penuh kemeriahan. Aku juga tidak melepaskan peluang dengan meraikan bersama-sama students yang rapat denganku. Siapa lagi jika bukan pelajar-pelajar yang mengambil subjek aku. Kami mengaturkan pertemuan pada masa dan tarikh yang di tetapkan. Alhamdulilah, semuanya berjalan seperti yang di rancangkan. Bergaul dengan mereka seolah-olah menjadikan aku sebahagian dari mereka. Jangan salahkan aku jika aku rapat dengan mereka kerana mereka sentiasa menghargai aku yang merupakan sebahagian dari guru mereka. Kadang-kadang betul juga kata guru senior, pelajar yang pandai senang sangat melupakan kita berbanding pelajar yang kurang pandai yang sentiasa mengingati kita. Tapi itu semua terlalu subjektif, bergantung sejauh mana kita rapat dengan pelajar,kan?

Sweet Couple

Hari-hari terakhir aku di Kelantan terlalu singkat dengan masa dan waktu yang sentiasa mencemburi aku. Hari-hari terakhir itu lah aku mengisi seisi-isinya dengan melakukan aktiviti bersama pelajar-pelajar MRSM PC. Ada beberapa perkara yang aku sendiri tidak sedari bahawa aku mengisi masa lapang untuk bersama pelajar buat kali yang terakhir. Antaranya MRSM PC Bowling Mega Tournament untuk mencari bakat bagi mewakli dalam kejohanan MSSK. Aku merasakan ini merupakan antara even bowling yang terbesar yang pernah aku anjurkan kerana melibatkan guru dan staff MRSM PC. Thanks for your participants. Begitu juga dengan kesungguhan pelajar-pelajar yang bertanding bagi merebut 12 tempat bagi kategori lelaki dan perempuan untuk kejohanan MSSK.

Begitu juga dengan Perkhemahan Perdana. Aku tidak melepaskan peluang buat kali terakhir untuk sama-sama menjayakan walaupun aku bukan lah Penasihat Badan Beruniform. Ini semua adalah aku ingin merasakan kehangatan aktiviti bersama semuanya buat kali yang terakhir. Ini kerana aktiviti Perkhemahan Perdana merupakan aktiviti aku yang terakhir sebelum aku meninggalkan MRSM PC buat kali yang terakhir. Pada Malam Kebudayaan aku sempat menjadi juri jemputan dan terlibat mengadili persembahan setiap badan beruniform yang menyertainya. Persembahan Kadet Polis merupakan persembahan yang terhebat pada malam itu berbanding dengan yang lain. Tahniah di ucapkan. Tidak lupa juga buat pasukan dikir barat maktab yang kebanyakkannya merupakan ahli Pengakap. Tahniah di atas persembahan yang menghiburkan.

Pemenang keseluruhan Perkhemahan Perdana 2012 di sandang oleh Pasukan Pengakap yang memperolehi markah yang banyak di sebab kan banyak acara di menangi oleh mereka. Tahniah di atas pencapaian yang terbaik buat pasukan Pengakap MRSM PC. Sekalung tahniah di ucapkan.

Bila malam terakhir di Kelantan pada 24hb Mac 2012, aku terasa ingin berjumpa dengan semua pelajar-pelajar MRSM PC buat kali terakhir, aku mengatur plan untuk berjumpa di Surau. Di rumah, aku sempat mengarang beberapa points untuk tidak aku berasa gugup atau tidak berasa kosong apabila aku bercakap nanti. Masa di tunggu-tunggu apabila selesai mengerjakan sembayang Isyak, namaku di panggil oleh pelajar. di jemput Sir Asrul untuk memberi ucapan. Hahahaha…masa tuh perasaan bercampur baur….Perlu ke aku menahan air mata? Ok…sabar Asrul…Sabarrrrr…..Aku mula bercerita pengalaman aku di hadapan semua pelajar MRSM PC. Pengalaman demi pengalaman aku terus bercerita sehingga aku tidak sedar masa terrlalu mencemburi aku untuk terus bercerita. Aku akhiri ucapan aku dengan aku bernasyid lagu Rindu oleh Hijjaz.

Di tujukan untuk Semua pelajar-pelajar MRSM PC…Sir rindu sangat-sangat

Ada beberapa rangkap ketika aku mendendangkan lagu tersebut aku terasa amat-amat terasa rindunya dan terasa akan kehilangan pelajar-pelajar yang di sayangi. Aku terlalu merindui kamu sekalian.

Selepas aku berucap, aku di minta untuk tunggu di surau untuk sesi yang seterusnya. Aku tidak menyangka yang kejadian itu tidak hanya berlaku begitu sahaja, malah lebih dari itu. Pelajar-pelajar di minta untuk bersalaman dan memohon kemaafan dan meminta untuk menghalalkan ilmu yang di berikan. Bila aku di serbu oleh pelajar-pelajar terutama pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang aku anggap sangat-sangat rapat, aku mula terasa sebak dan terharu. Akuu cakap dalam hati, aku takkan nangis…aku takkan nangis……Tiba-tiba entah saper entah pasang lagu Doa Perpisahan, tiba-tiba air mata aku jatuh berderai yang teramat sangat.

Lagu yang menyebabkan airmata aku tidak henti-henti mengalir

Keakraban aku bersama-sama aku dengan pelajar-pelajar di MRSM PC sebenarnya adalah di sebabkan aku merupakan seorang warden dan duduk di dalam. Setakat lepak di rumah aku ketika itu semasa hujung minggu adalah perkara biasa. Cuma mungkin keadaan tersebut di nilai oleh sesetengah guru di anggap tidak di galakkan. Kejadian di surau berlanjutan sehingga pukul 10.00 malam. Berpelukan, meratapi tangisan, sehingga ada juga yang mencium pipi merayu supaya aku jangan tinggalkan Pengkalan Chepa. Entah kenapa entah air mata aku tidak pernah kering, asyik berair saja.Ada yang 2-3 kali mintak di peluk. Ada pula yang seolah tidak mahu lepaskan pelukan itu, sehinggakan Bro Faizal terpaksa melepaskan pelukan tersebut. Aku juga hampir pengsan kerana menunggu kesemua pelajar-pelajar lelaki yang bersalaman dan berpelukan dengan aku. Bro Faizal terpaksa mengambil aku kerana aku ade jamuan dengan rakan-rakan warden di atas Dewan Selera. Terima Kasih juga buat Shah Rihan kerana menjadi salah seorang penggerak pada majlis perpisahan ini.

Bila di tanya berkaitan dengan jamuan warden, aku berasa amat-amat terharu dengan keraian tersebut walaupun aku sudah 3 bulan tidak bertugas sebagai warden. Terima kasih semua kerana sudi mengadakan majlis perpisahan untuk aku. Malam itu, msg di Handphone bertalu-talu mengucapkan selamat tinggal dan ingin meminta berjumpa mereka pada malam terakhir aku di Kelantan. Kelas PSV form 4 dan form 5 yang sangat-sangat beriya-iya untuk berjumpa dengan aku. Tangisan demi tangisan di iringi dengan ucapan yang di berikan. Perasaan sedih memang tidak boleh di pisahkan sepanjang malam tersebut.

Hari terakhir aku di MRSM PC pada 25hb Mac 2012, sambutan majlis perpisahan aku di Ruang Seminar PSP. Terima kasih kepada Mami Shikin dan Bro Rul Fadzli kerana berusaha untuk mengadakan majlis perpisahan aku. Terima Kasih juga kepada Gerak Sama kerana turut menjayakan majlis buat aku. Hari terakhir juga aku akan meninggalkan bumi Kelantan buat selama-lamanya. Majlis yang berlangsung pada 9.00 pagi di hadiri oleh guru-guru dan Staff MRSM PC dengan Rulfadzli bertindak sebagai Pengacara majlis pada pagi tersebut. Kata-kata Rulfadzli sedikit sebanyak menyentuh perasaan aku ketika itu. Setiap kata yang di lafazkan merupakan pengamatannya selama aku berkawan dengan nya, juga menjadi tempat aku meluahkan perasaan, dan berkongsi pengalaman menjadikan Rulfadzli antara kawan yang terbaik di MRSM PC selain Shah Rihan yang aku anggap sebagai kawan di kala susah atau senang. Terima Kasih kawan-kawan kerana menjadi kawan aku walaupon aku tahu aku bukan la kawan yang sesempurna yang engkau cari. Pada majlis perpisahan itu juga aku sempat berucap dan memohon kemaafan kepada semua. Aku juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi memberikan aku tunjuk ajar yang berguna selama aku berada di MRSM PC. Kenangan di Kelantan tidak mungkin dapat aku lupakan. Gelak tawa, tangis duka bersama-sama semua guru terutama guru-guru di Jabatan Sains Sosial akan sentiasa terpahat di hati. Special buat kakak ku, Mami Shikin, yang sentiasa memahami diri ini di kala suka atau duka, kak shikin sentiasa berada di samping diri ini, terima kasih di atas pertolongan dan tunjuk ajar selama ini. Doakan saya sentiasa berada di dalam limpahan kurnia Nya, doakan semoga saya berjaya di dunia dan akhirat, semoga kita berjumpa di lain kali. Itu antara ucapan yang aku berikan semasa majlis perpisahan aku ketika majlis itu berlangsung di Ruang Seminar PSP.

IMG_2378

IMG_2400

547144_10150735104844617_682664616_146081479_730873550_n

26 Mac 2012 merupakan tarikh keramat iaitu tarikh aku bertugas di MRSM kedua aku. Bertugas di negeri sendiri, Melaka Bandaraya Bersejarah. Kali pertama aku menjejak kan kaki aku ke MRSM Terendak, aku melihat infrastuktur bangunan nya saling tidak tumpah seperti maktab-maktab yang seusia dengannya.

MRSM Terendak

Berkenalan dengan guru-guru di MRSM Terendak membuatkan aku lebih dekat dengan sifat-sifat orang Melaka. Agak kasar tetapi telus. Mungkin sebab aku sudah terbiasa dengan cara hidup orang Kelantan yang sudah pasti mempunyai ciri-ciri yang lembut dan bersopan santun. Agak terkejut bila ada salah seorang guru yang ketika ini sedang mengajar, lantang suara dier menyuruh salah seorang pelajar di dalam kelasnya keluar, “Kau berambus dari sini, aku tak nak tgk muka kau lagi”……masa tuh aku memang terkejut dan terperanjat. Guru-guru kat sini agak hard Core juga…….Yang lebih menarik tentang Terendak tentang kehadiran Penghuni yang tidak berdaftar di sini. Kehadiran beruk-beruk dan monyet-monyet yang agak ramai menyebabkan kadang-kadang aku agak terganggu sedikit. Tapi bila lama-lama keadaan lebih seronok dengan gelagat mereka yang agak melucukan dan menarik perhatian. Kebijaksanaan mereka menjadi satu elemen yang menarik kerana mereka ini semua pandai mencari makanan yang bermutu. Signboard yang di buat di sini agak menarik dan tidak ada di mana-mana MRSM di Malaysia.

Tidak apa yang menarik tentang Terendak. Cuma aku baru masuk ke Kelas seminggu, yang lain di isi dengan Mesyuarat Edit Soalan Percubaan PSV SPM 2012, Mesyuarat PBS PSV Ting 1 dan Kursus Rekacipta di ILHAM , Jawi Penang.

Terakhir, adalah kejayaan aku bersama pelajar-pelajar Rekacipta telah memenangi hadiah utama bagi kategori sekolah Menengah bagi Pertandingan Rekabentuk Malaysia. Kejayaan dulu bersama Akif dan Syahmi memenangi sekadar tempat saguhati pon aku berasa amat-amat bangga. Inikan pula tempat yang pertama. Alhamdulilah aku anggap ini merupakan hasil terakhir aku sebelum aku meninggalkan Pengkalan Chepa. Aku berasa amat bangga juga bila nama aku dan nama Shah Rihan terpampang jelas di muka akhbar Berita Harian dan Metro. Tahniah di ucapkan kepada Hafizin dan Arman. Hidup Rekacipta!!!.

MRM BH

MRM Metro

Akhir kata sambutlah salam manis buat semua warga MRSM Pengkalan Chepa. Sayang PC yang Allah saja yang tahu. Doakan saya semoga dapat menjadi guru yang terbaik di MRSM Terendak. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa, Ingat saya selalu dan jangan lupakan saya. Assalamualaikum………

My last PSV and RC students MRSM PC…..

05 December 2011

Setahun sudah berlalu…. Selamat Tinggal 2011………

 

Salam sejahtera, bertemu kita lagi di lembaran yang baru. Di harapkan semoga apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Hari demi hari, bulan demi bulan, akhirnya kita sudah sampai ke penghujung tahun. Detik tetap berjalan, namun sedarkah kita yang masa cukup mencemburi kita? Masakan tidak, sekejap sahaja masa berlalu. Begitu juga dengan aku. Tidak lupa aku ingin ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1433. Semoga amalan dan tingkah laku kita yang lepas di jadikan pengajaran dan iktibar yang berguna pada masa akan datang.

Ok…..rasanya tahun nih xbanyak bleh berkongsi pengalaman. Mungkin kesibukan kerja menjadikan aku tidak mempunyai perasaan untuk meluahkan segala-galanya di dalam blog. Dari awal tahun 2011, semuanya membuka cerita kisah hidup ku dengan baik sekali. Kisah di mula kan pada akhir tahun Dis 2010 dengan pengembaraan pelajar-pelajar SPM 2010--- > Akif, Sajid, Aizat dan Safwan. Aku menggelarkan mereka “Geng Utara”. Dari Kota Bharu aku bergerak meninggalkan bumi Kelantan untuk mengambil mereka di Pulau Pinang. Dari sana kami bergerak ke Bukit Merah Lake Town Resort.

IMG_1113

Banyak aktiviti yang kami lakukan. Kenangan berada di bumi Mutiara pon tidak kurang hebatnya. Kami di perkenalkan banyak tempat oleh Sajid sendiri kerana dia berasal dari Pulau Pinang.

IMG_1322

Begitu juga dengan kenangan berada di Kota Singa yang aku rasakan pengalaman memandu di luar negara di rasai dengan rasa bangga. Masakan tidak, belum pernah lagi kereta ku menjejakkan tayar nya di bumi asing. Prosedur semasa proses masuk ke Singapore agak melecehkan. Banyak dokumen perlu di isi. Tapi itu semua tidak mematahkan semangat aku untuk melawat sepupu ku yang merupakan anak saudara kepada arwah ayah ku.

IMG_1684

IMG_1755

Bangunan lama dan baru tersergam indah dan keadaan yang sungguh bersih yang juga di kenali sebagai The Fine City…….Semuanya perlu di jaga bagi memastikan negara mereka di dalam keadaan yang baik.Thanks to all cousins entertained us from day to night……

Bila masuk tahun baru 2011, aku mula dengan semangat baru. Semangat ingin mencipta lebih banyak lagi kejayaan yang akan ku capai pada tahun ini. Itu merupakan azam yang akan ku sasarkan. Tapi semua itu telah di rancang. Aku yakin tidak semua azam yang kita cipta tidak dapat di laksanakan dalam tempoh setahun. Begitu juga dengan aku. Banyak azam yang aku sendiri cipta kadang-kandang terpaksa di batalkan dengan sengaja. Maafkan aku wahai azam…aku telah mengingkari janji-janjiku…..

Aku pernah berjanji di dalam hati, jika satu hari nanti MRSM PC akan mendapat tempat pertama keseluruhan MRSM bagi pencapaian SPM, aku akan memohon pertukaran. Alhamdulilah, bagi keputusan SPM 2010, MRSM PC telah di umumkan sebagai Johan tempat pertama bagi keseluruhan MRSM dan juga SBP. Itu merupakan salah satu kebanggaan yang tidak ternilai dan tiada tolok bandingnya.

190444_10150145108554617_682664616_6406446_6366070_n

Pengembaraan di teruskan dengan Percutian di Medan Indonesia yang semestinya aku menemakan gadis-gadis dan mak gadis (haha) untuk menjadi Ketua Rombongan ke sana. Banyak perkara pelik dan lucu sepanjang 3 hari berada di sana. Dari segi barangan kain, baju dan telekung, memang murah di sana…Tempat mereka agak kotor dan tidak terjaga dengan rapi. Berbeza percutian di Singapura yang tempat di sana bersih dan di jaga rapi. Begitu juga dengan orang-orang di sana agak memaksa kita untuk membeli barangan mereka. So berhati-hati la jika anda menawarkan harga. Itu bermaksud kamu sudah membeli ya pak! hahahaha

189748_10150125449449617_682664616_6236284_2703493_n

190197_10150125456849617_682664616_6236327_2280697_n

189517_10150125457604617_682664616_6236334_2117531_n

Selepas itu, pengembaraan aku di teruskan dengan terbang ke Bumi Kenyalang yang merupakan kunjungan pertama aku ke sana. Rombongan yang di kelolakan oleh Kelab Geraksama yang di terajui oleh Puan Suriati Deraman, dan aku bertindak sebagai Penolong rombongan itu secara sukarela. Antara kenangan yang tidak boleh di lupakan semasa berada di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra di mana tiket yang di booking oleh Puan Suriati mengalami masalah tarikh yang sudah lepas. Keadaan itu memaksa Puan Suriati untuk membeli semula tiket-tiket yang tidak di sedari telah luput tarikhnya. Suasana yang agak kecoh seketika. Tapi selepas itu, kenangan demi kenangan telah di cipta. Berada di bumi kenyalangan selama 2 hari adalah perkara yang cukup memenatkan. Masakan tidak, keadaan di mana semua ahli-ahli rombongan merupakan orang-orang yang agak veteran dan terpaksa menjaga mereka dari awal hingga akhir. Dari proses check-in, sehingga la mengangkut barang-barang mereka yang agak banyak dan besar. Kenangan itu sudah cukup memberikan aku impact yang memenatkan. Tapi itu semua aku anggap sebagai satu ibadat menolong mereka. Menginap di MRSM Kuching juga aku anggap sebagai satu kenangan pertama kerana aku belum pernah menjejakinya.

254182_10150222068939617_682664616_6978556_5768993_n

248742_10150222075539617_682664616_6978637_6678225_n

Mungkin dah lama aku tidak bercerita berkaitan dengan aktiviti aku bersama dengan kelab Gen2 Kelantan. Kesibukan aku menyebabkan aku agak perlahan dalam meyertai aktiviti-aktiviti yang di jalankan oleh GCK. Antara aktiviti yang pernah aku sertai seperti Konvoi ke Tok Bali bagi aktiviti membakar ayam dan majlis berbuka puasa yang dua kali di adakan dan dua-dua kali itu la aku pernah hadiri. Aktiviti seperti ini pernah aku buat semasa aku memegang jawatan Timbalan Presiden sedikit masa dulu. Insyallah jika ader kesempatan aku akan kembali aktif.

190615_10150132520219617_682664616_6301689_4276305_n

196009_10150132700254617_682664616_6302738_3926235_n

Program Kembara Seni Visual Dan Rekacipta merupakan program tahunan yang aku sendiri jalankan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang kerjaya dan minat terhadap seni visual dan rekacipta. Tahun ini, aku juga berjaya melakukan lawatan dengan bantuan pihak pentadbiran. Terima Kasih kepada pihak pentadbiran MRSM PC kerana sudi memberi kebenaran terhadap projek tahunan ini.

Credit to Shahril di atas penghasilan Video ini….

Sebenarnya bukan mudah menguruskan sesebuah program jika kita tidak mendapat keizinan dari pihak atasan. Dan bukan Mudah untuk membuka mata dan minda pelajar MRSM tentang kepentingan Seni Visual dan Rekacipta. Banyak Program yang di jalan kan seperti lawatan ke tapak pameran dan mengadakan sendiri pameran  merupakan suatu tugas dan beban yang besar jika kita tidak mempunyai kekuatan dari segi minda dan jiwa. Program-program seperti ini secara tidak langsung memberi impact kepada pelajar tentang cara dan kaedah yang di hasilkan oleh pelajar Universiti dan rakan-rakan sebaya mereka. Antara program yang di jalankan seperti lawatan Final Degree dan Diploma yang di hasilkan oleh pelajar-pelajar UMK dan UiTM Machang, Kelantan.

251434_10150222337194617_682664616_6981577_3435983_n

251690_10150222336914617_682664616_6981573_3605935_n

250404_10150222343099617_682664616_6981664_8285562_n

253841_10150222342529617_682664616_6981650_4767283_n

Begitu juga dengan Pameran yang aku adakan setiap 2 tahun sekali. Bermula pada tahun 2005, diikuti dengan 2007, 2009 dan tahun 2011. Cuma bezanya pada tahun ini namanya di tukar kepada Creative and Innovative Exhibition 2011. Itu antara usaha-usaha yang aku jalankan bagi memberi pendedahan awal tentang subjek Pendidikan Seni Visual dan Reka Cipta.

317508_308763145804504_100000124628725_1384147_1315423498_n

305444_308762092471276_100000124628725_1384129_1418222814_n

Alhamdulilah, berkat dari Doa semua, aku berjaya melaksanakan dengan jayanya. Syukur ke hadirat Ilahi yang telah memberikan aku kekuatan di atas sumbangan ini kepada pelajar walaupun terdapat banyak dugaan dan rintangan di dalam menjayakan usaha murni aku. Aku percaya satu hari nanti jika aku tidak ada di bumi Kelantan, di harapkan nama aku sebagai guru akan terukir di setiap hati warga MRSM PC. Bak kata pepatah, Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Aku juga bersyukur dengan kekuatan yang di berikan Illahi tentang kekuatan aku mengajar dua subjek SPM yang membolehkan aku menguruskan 2 benda dalam satu masa. Kedua-dua subjek ini merupakan subjek yang memerlukan pemantauan dan perhatian terhadap kertas yang melibatkan PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah).Oleh sebab itu, aku bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana memberikan aku kelebihan untuk aku berada di dalam tugasan yang amat berat kerana terpaksa mengekalkan keputusan yang cemerlang setiap tahun. Oleh sebab itu lah, aku kadang-kadang terpaksa bersenggang mata untuk memastikan setiap pelajar menghasilkan produk yang berkualiti. Alhamdulilah, setiap dugaan pasti ada ganjaran nya. Kebanyakan penghasilan oleh pelajar, dapat di lakukan dengan jayanya.

IMG_8918

IMG_8917

IMG_8920

Sebenarnya aku seronok mengajar di MRSM PC. Kalau bukan sebab pelajar, dah lama aku meninggalkan MRSM PC. Tetapi kerana pelajarnya yang begitu prihatin, dan sentiasa mengingati guru-gurunya, aku merasakan bahawa mereka sentiasa akan mengingati gurunya walaupun mereka sudah jauh meninggalkan maktab tercinta. Bila sahaja aku post sesuatu di dalam facebook, jika kena dengan tempatnya, pasti ada sahaja komen dari mereka untuk berjumpa dengan aku. Itu yang membuatkan aku cukup terharu dengan perangai mereka. Aku berharap hubungan antara mereka tidak terputus, malah berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lihat sahaja bila aku mengatakan aku berada di Shah Alam, kebanyakan bekas pelajar MRSM PC berada di UiTM Shah Alam, ramai yang ingin dan berjumpa aku. Sesuatu yang aku rasakan sangat terharu dan menghargai siapa diri aku.

298292_10150349791154617_682664616_7955182_544874981_n

Di penghujung cerita ini, aku berpuas hati dengan kesan yang di berikan oleh pelajar-pelajar aku semasa mereka menjawab dan menghasilkan karya yang bermutu semasa Peperiksaan SPM 2011. Walaupun agak perlahan suasananya, namun bagi aku sudah cukup membuktikan mereka berjaya menghasilkan yang terbaik “save the best for the last”. Walaupun latihan yang kurang cukup bagi mereka yang agak perlahan bertindak, namun keadaan berada di dalam situasi sebenar lebih menyakinkan dengan usaha-usaha terakhir mereka.

309738_10150438527569617_682664616_8373440_199275986_n

Sebelum mereka pulang ke kampung halaman mereka, aku sekali lagi di raikan perpisahan semasa sarapan pagi terakhir bersama mereka di Kota Bharu.

378993_10150448374579617_682664616_8398156_513626077_n

Terima Kasih kerana menjadi sebahagian dari pelajar aku. Terima kasih kerana memberi kerjasama dan komitmen yang telah di berikan selama 2 tahun. Jaga diri bebaik dan ingat aku dalam doa kalian. Aku berdoa semoga kalian mendapat rahmat dari Allah dan di permudahkan segala urusan. Selamat Tinggal 2011 dan selamat datang 2012 dengan harapan yang mengunung tinggi untuk aku keluar dari Bumi Kelantan, insyallah. Aku juga sudah menyediakan teks ucapan yang aku ingin sampaikan jika aku sudah tiada……tapi teks itu aku akan ucapkan semasa majlis perpisahan jika aku dapat berpindah dari Bumi Kelantan. Bukan tidak menyukai Negeri Kelantan, tapi apakan daya,keluarga lebih memerlukan. Kenangan 2011 adalah kenangan yang terindah walaupun kadangkala pahit untuk di telan. Aku yakin ader insan yang lebih sempurna jika ada yang menggantikan aku. Dan aku yakin satu hari nanti nama aku akan terukir di setiap warga MRSM PC. Kepada sahabat-sahabat aku yang berada di MRSM PC, teruskan niat kita mendidik anak bangsa. Aku mungkin bukan guru yang sempurna yang dikau cari dan aku bukan juga guru yang terbaik untuk MRSM PC. Namun aku juga insan yang sentiasa memberikan yang terbaik setiap kali melaksanakan tugas.

Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Cukuplah selama 7 tahun 5 bulan aku merantau di negeri orang. Doakan semoga aku boleh berpindah ke tempat yang lebih dekat dengan kelaurga ku. Segala kekasaran yang mungkin menguris hati, maafkan lah aku, aku cuma meluahkan isi hati. Terima Kasih di atas segala layanan yang di berikan. Halalkan lah makan dan minum aku selama aku berada di sini. Kepada semua pelajar, semoga maju jaya. Tahun depan kita akan berjumpa lagi, Insyallah…..

374136_10150448355834617_682664616_8398104_260992911_n

26 June 2011

Its all about Him, I love you soo much!!

Assalamualaikum…..sudah lama aku tidak menghasilkan nukilan aku…..terpanggil bila one of my close student, Syarqawi said that I’ve to update my blog for my student’s views…….Erm….Hari ini merupakan hari Bapa, Ayah, abah, daddy,papa, walid atau ape sahaje yang kita panggil semuanya di sebabkan orang yang mempunyai benih yang terjadinya kita. Aku? panggilan abah lebih mesra dan lebih dekat diri aku dengan dia. Hj Abdul Rahman Bin Mahmud adalah abah yang aku terasa kehilangan yang amat besar. Biar aku bercerita tentang dia….Aku merupakan anak bongsu lelaki yang agak manja dengan ibuku….di sebabkan itu, aku agak kurang rapat dengan abahku….Kenapa aku tak rapat dengan ayahku? Perkerjaaan sebagai Pesara Polis Singapura menyebabkan sifat ayahku yang agak kasar dan garang menyebabkan aku kurang bercakap dengan nya. Di sebabkan itu, aku kurang menyanyangi dirinya. Aku agak nakal masa aku kecil. Pernah tengok cerita bersiri Nur Kasih? Perangai aku tidak ubah seperti Adam semasa kecil.Mungkin di sebabkan untuk mengawal keadaan aku kerana kenakalan aku, aku sering di pikul dan di tengking. Perasaan kebencian dan ketidakpuas hati terhadap dirinya menyebabkan aku agak semakin kurang rapat dengan nya.

Di tambah pula keinginan abah dan mak untuk memiliki anak perempuan tercapai maka lahir la adik perempuan aku yang bongsu. Aku? mungkin perasaan aku ketika itu agak cemburu kerana abah aku terlalu menyanyangi adik aku. Biasa lah hidup aku hanya dapat bermanja dengan mak aku sahaja. Aku bersyukur sekurang-kurang nya aku ader ibu yang sanggup melayan kerenah aku. Banyak juga perkara yang menyebabkan aku di pukul tapi di halang oleh ibu aku.

Setiap perselisihan aku dengan abah, aku catatkan di sebuah diari yang ku beri nama : ‘Black date’… Banyak perkara dan peristiwa hitam aku catatkan ketidakpuasan aku dan luahan aku di dalam diari tersebut. Ada satu peristiwa aku di mana aku sedang berborak dengan awek aku di suatu malam, abah telah menghempas telefon menyebabkan telefon rumah pecah. Masa tuh hanya tuhan yang tahu betapa marah dan tidakpuas hati aku terhadap abah. Tapi apakan daya aku hanya seorang insan yang bergelar anak. Banyak pengalaman yang aku rasakan “hard-core” yang mungkin remaja sekarang tidak akan menerima sifat ayah yang garang seperti abah.

Semasa aku di tingkatan 4, aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah berasrama tapi di halang oleh abah kerana aku masih tidak pandai untuk mengurus kehidupan di kuartiri akan menjadikan aku pelajar yang liar. Aku terus berada sekolah lama. Aku paham maksud abah kerana aku memang pelajar yang nakal yang mungkin akan menjadi teruk jika aku bersekolah asrama. Kehidupan aku di teruskan di rumah sehingga la aku mendapat tawaran di Institut Teknologi MARA (skrg UiTM) di Shah Alam. Orang yang paling seronok ketika itu adalah abah. Aku xtahu kenapa dia begitu seronok. Aku ingatkan dia lah orang yang paling risau. Tapi hanya ibuku dan abang ipar aku yang menghantar aku ke Shah Alam. Nasihat dia sebelum aku melangkah keluar, “chik, belajar sungguh-sungguh, jangan malas, kat sana xder saper nak kejutkan kau bangun subuh,” kata-kata nya sebelum aku melangkah keluar.

Selama aku di situ, tidak pernah sekali bila aku memerlukan duit, aku minta direct kat abah. Emak aku la orang perantaraan antara aku dan dia. Dan tidak pernah sekali dia mengecewakan aku. Dan ada sekali aku mendapat duit yang cukup banyak dari dia. “ Chik, nih duit abah dapat untung berniaga dan abah nak  kau jangan boros sangat, simpan elok-elok” katanya selepas dia memasukkan duit kerana aku memang memerlukan duit kerana course aku memerlukan belanja yang besar. Sehingga la aku menamatkan pengajian aku di Universiti Teknologi MARA.

Selepas itu, aku melanjutkan pelajaran aku di bidang pendidikan yang membolehkan aku menjadi seorang guru. Selepas aku mengikuti pengajian di bidang Post Graduate of Art Education di tempat dan fakulti yang sama, sementara aku di posting kan di mana-mana sekolah, aku berkerja part-time, disebabkan aku memang tidak mempunyai lesen ketika itu, dia lah orang yang menghantar dan mengambil aku kerana tempat kerja itu jauh dari kawasan bandar. Makanan yang paling dia suka adalah Pizza. Aku masih ingat lagi bukan main dia suka dapat makan Pizza bila time aku dapat gaji ketika itu. Sehingga lah aku mendapat tawaran menjadi seorang guru di MRSM Pengkalan Chepa. Tarikh 12 Julai 2004 adalah tarikh aku mendaftar di sana. Sekali lagi aku melangkah pergi meninggalkan dia. Dan dia juga tidak mengiringi aku untuk ke Pengkalan Chepa. Dan selepas beberapa bulan aku mengajar di Kelantan, kali terakhir aku berjumpa dengan abah adalah sewaktu hari raya haji pada tahun 2004. Aku tidak tahu kenapa adik beradik aku ketika itu hendak bertakbir raya bersama-sama di dalam rumah. Dan ketika itu juga lah aku melihat abah menangis mengeluarkan airmata. Aku yang ketika itu agak terharu dengan perbuatan abah. Dan dia pernah menyuarakan untuk berjumpa dengan anak-anak saudaranya yang berada di Singapura. Hasrat abah tercapai dengan kedatangan sekumpulan anak-anak saudara abah yang datang semasa perayaan Krimas ketika itu. Semasa aku hendak pulang ke Kota Bharu kembali, itulah kali terakhir aku berjumpa dengan abah dan kali itu juga lah aku mencium tangan abah. Pesan abah “ Chik, jaga diri, jaga sembayang dan jangan berhutang dengan orang” Aku tergamam ketika itu dan aku tidak menyangka apa-apa ketika itu.

Tanggal 26 Jan 2005, sebulan selepas Tsunami di Acheh, aku mendapat berita tentang keadaan abah yang saat tenat ketika itu. Ana, adik aku menelefon aku menyatakan abah tenat. Aku tanpa berlengah cepat mengemas baju dan mengambil tiket pulang, sampai di Gua Musang, adik aku menelefon yang abah sudah tiada lagi di bumi ini. Perasaan sedih dan tangisan air mata ku jatuh ketika itu. Abah di serang sakit jantung dan meninggal di Hospital. hampir 2 minggu aku bermimpi abah memakai baju berwarna putih memanggil aku untuk menemani aku, aku tidak paham maksudnya, cuma Allah yang mengetahui.

Buat abah, hanya doa yang dapat ku berikan. Semoga abah di kalangan orang-orang yang beriman. Aku sayang kat abah walaupun dia garang tapi dia masih orang yang telah menjaga dan membesarkan aku. Abah, maafkan aku jika aku pernah menyakiti hatimu. Selamat hari bapa abah walaupun hanya sekejap aku membalas jasamu, kau telah pergi buat selama-lamanya.

Al Fatihah buat Arwah Hj Abdul Rahman Bin Mahmud…….172973_10150116867194617_682664616_6144211_895023_o

11 October 2010

20 cara menjadikan rumate anda bleh jadi GILERR!!

 

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

ROS_1499

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

b-614095

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

melompat lebih tinggi

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

01092009(001)

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

P1030096

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

images

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

colombian_chess_setm600

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

mcdonalds

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

f_abngkhircopm_04a840e

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

opera-singer

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

images (1)

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

deodorant

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tersebut. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

mayat1