My Wattpad

My Wattpad
My Wattpad link

06 June 2021

New of me. Im back!!!

 ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ


Rasanya sudah lebih 9 tahun tidak menulis blog sejak banyak sosial media yang menyebabkan aku semakin melupakan untuk menulis blog. 9 tahun adalah jangka masa yang lama untuk kita bangkit dari segala kesilapan kita. 9 tahun jugak banyak peristiwa pahit manis aku tempuhi segala ujian dan cabaran di dalam kehidupan kita. Mungkin ada hikmah dari segala aper yang berlaku dan terjadi dalam hidup aku. Ya kita sentiasa mengimpikan cerah matahari sehingga akhirnya, namun hujan  dan ribut petir sentiasa terjadi. Bak kata Ustad Ebit Lew, Allah uji kita sebab Allah sayang kita. Mungkin ketika aku menghentikan pena aku untuk menulis blog, ramai yang mengganggap aku sudah pon memiliki kebahagian ketika aku berpindah ke Melaka. Namun aper yang berlaku sangat meleset sekali. Ya, di Melaka lah aku belajar untuk menjadi seorang Traveller yang berjaya sehingga aku dapat mengelilingi dunia dengan 13 buah negara telah ku jelajahi. Namun ketika aku berusaha untuk memperbaiki diri aku, berusaha untuk membuat diriku bahagia, ketika itulah Allah menguji aku dengan pelbagai ujian yang melanda. Padahal pada post aku 9 tahun yang lepas, aku cukup gembira dapat pulang ke kampung halaman mengajar anak bangsa di negeri sendiri. 


Perasaan aku sama sekali meleset. Pelbagai ujian yang Allah berikan kepada aku untuk aku terus menjadi kuat. Walaupon semua gred kenaikan pangkat aku semuanya ketika aku berada di Melaka, ya aku ucapkan syukur Alhamdulilah kerana pemberian Allah yang tidak terhingga. Jika di senaraikan pelbagai ujian yang berlaku ke atas aku, bak kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu ini yang memikul. Ujian aku kehilangan orang yang aku sayang dalam hidup sentiasa menjadi perkara yang tidak boleh di sangkal lagi. Aku banyak kehilangan orang yang aku sayang ketika aku berada di bumi Hang Tuah. Demi Allah siapa sangka benda ini terjadi dalam hidup kita? Siapa kita untuk menidakkan keputusan Allah? Siapa saja yang ingin mendoakan perpisahan? Tapi aku yakin satu hari nanti aku pasti akan menemui kebahagiaan. Sejak dari itu bermula lah episod kedukaan dalam hidup aku walaupon aku diganti dengan kebahagian dengan melancong ke luar negara. 


Antara hikmah yang Allah berikan kepada aku adalah dapat memiliki sebuah kediaman yang aku beli di Durian Tunggal. Perkara yang tidak pernah aku fikirkan semasa aku berada di Kelantan. 











Alhamdulilah dapat aku berteduh menjadi tempat untuk aku meluangkan masa aku ketika balik dari kerja walaupon jauh dari sekolah. Semuanya usaha aku untuk isteri tercinta kerana kami perlu membina kehidupan kami sendiri. Bahagia kami tidak sampai ke petang. Tak perlu cerita kerana ianya amat memedihkan. Namun aku terpaksa bangkit untuk aku teruskan kehidupan. Ketika aku mendapat tawaran berkerja di Kuala Lumpur sebagai Ketua Penolong Pengarah (KPP) untuk subjek Pendidikan Seni Visual dan Reka Cipta, ketika itulah ujian yang Allah turunkan kepada aku. Bayangkan bagaimana perasaan itu untuk aku redakan ribut yang melanda. Untuk menolak tawaran sebagai KPP bukan satu keputusan yang mudah. Aku juga memohon agar keputusan ini dapat diberikan laluan untuk aku ketika aku beristiqarah. Allah telah memberi laluan yang baik untuk aku. Keputusan untuk menolak tawaran itu telah di terima oleh Kak Haliza dengan hati yang berat dan ketika itu hubungan aku dengan Kak Liza agak kurang baik. Maafkan saya Kak sebab terpaksa saya buat demikian demi untuk menjaga pelbagai pihak.




Kadang-kadang aku sendiri terfikir adalah ini keputusan yang tepat untuk aku? Sebab ketika itulah banyak kejadian yang buruk yang menimpa diri aku. Sehinggakan aku di fitnah, di cela dan di ambil beberapa tindakan. Aku di tuduh mempunyai skandal dengan makcik Kafe yang berusia seusia dengan kakak aku yang sulung. Bayangkan aku di serang oleh suami beliau sendiri. Aku rasa ketika itu hidup aku agak huru hara dan dalam keadaan ketakutan takut-takut di serang ketika aku sedang mengajar. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa susahnya hati ketika itu. Ditambah juga komputer MARA yang di peruntukan kepada Unit Reka Cipta hilang ketika aku meletakkan laptop itu di bilik guru. Malah di tambah lagi dengan laptop yang masih baru yang di letakkan di bilik Komputer hilang. Makanya aku terpaksa mengganti semua kedua-dua laptop tanpa ada belas kasihan ketika itu. Pengetua ketika itu mengambil tindakan agar aku dikenakan tindakan kerana kecuaian. Betapa sedihnya hati aku ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu. Akhirnya aku terpaksa mengganti kesemua laptop yang telah aku hilangkan atas kecuaian sendiri walapun berada di premis MARA. 


Tapi Allah gantikan kedukaan aku dengan aku mendapat tiket murah ke Tokyo Japan pada tahun yang sama. Ketika itu aku cukup gembira dengan keadaan itu. Kali pertama menjejaki kan kaki di bumi Matahari terbit merasakan satu kejayaan bagi aku. Mungkin inilah hadiah dari apa yang berlaku atas dugaan yang diberikan. Mengunjungi Jepun bagi aku satu perkara yang indah dalam hidup kerana di situlah teknologi, anime dan segala keunikan tradisi Jepun yang ada kerana semasa degree aku sudah lama berminat dan menghasilkan Tesis berkaitan dengan " Japanese Arts"

 Berada di Negera Jepun sempat jugak lah aku berjumpa dengan Ex student aku di sana. Ketika itu perasaan gembira dan bangga kerana dapat berjumpa dengan pelajar Pendidikan Seni Visual aku Izazi dan pelajar Reka Cipta aku Kamal bersama dengan Amin dan Shah yang menjadi Travel buddy aku ketika itu.  



Maaf gambar agak kurang jelas sebab masa tuh tidak mempunyai telefon yang canggih. Bangga juga la sebab ramai Ex student aku yang belajar di sana dan perasaan itu hanya Allah sahaja yang tahu. Di Tokyo ada banyak pilihan tempat untuk kita melawat. Cuma masa sahaja tidak mengizinkan. Keadaan tempat yang bersih melambangkan orang Jepun yang sangat menghormati persekitaran. Cuma duit diorang agak mahal skit dan susah nak jumpa makanan halal. Bayangkan harga sepinggan Nasi Goreng dan air teh O ais limau di Restoran Rasa Malaysia di Ginza kalau di convert kan kepada RM adalah RM80. Kos untuk ke Jepun sebenarnya agak tinggi walaupon mendapat harga tiket flight yang murah. 

Sebenarnya ketika itu bukan sahaja aku berpeluang untuk melancong ke Tokyo, malah ketika aku mendapat harga tiket murah ke Tokyo, aku di tawarkan untuk mengiringi pelajar ke London. Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembira nya hati kerana dapat ke Negara yang belum pernah aku jejaki. Allah sekali lagi memberikan aku kegembiraan. 




Sebenarnya sayang sekali sebab aku pergi ke London tidak membawa DSLR aku kerana kebanyakkan gambar yang berada di dalam telefon aku ketika itu kualiti dia agak kurang memuaskan. Banyak tempat yang menarik tidak aku penuhi dengan gambar-gambar yang menarik. Mungkin jugak ketika itu badan aku tidak sekurus sekarang dan tidak yakin untuk aku bergambar dengan pose yang menarik.Tapi kenangan berada di Kota London sangat memberikan kenangan yang terindah buat diri aku. Lawatan yang di panggil "Road To Cambridge" atas usaha dari Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia menjadikan aku salah satu mangsa juga sebenarnya tapi biarlah ianya menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Tak kisah sebenarnya sebab aku berjaya mendapat tiket percuma jadi benda yang tidak best anggaplah satu kenangan. 




Tapi dalam banyak-banyak negara yang telah aku lawati, kenangan di Korea ialah kenangan yang tidak dapat dilupakan. Sekali lagi aku di uji oleh Allah atas kecuaian aku sendiri. Mungkin kifarah aku agaknya. Nanti ye aku cerita ape yang berlaku. Walaupon mendapat tiket murah tetapi keadaan menjadi sebaliknya. 1st time jugak ke Korea atas tiket ketika itu Melaka bercuti sempena Peristiharan Melaka Bandaraya Bersejarah. Tepat pada waktu itu jugak sebenarnya jatuh pada musim bunga yang jarang-jarang dapat pergi melancong ketika musim bunga kerana memang tidak ader cuti persekolahan yang panjang. 



Pertama kali menjejaki kan kaki di Bumi Kpop merasakan sungguh bermakna kerana dapat mengirup udara segar ketika bunga-bunga sedang mekar dan perasaan sangat excited kerana dapat melihat sendiri bunga sakura atau "Cherry Blossom" yang berbunga pada waktu yang singkat. 






Walaupon tidak dapat melihat bunga Sakura di Jepun sebab ketika ke sana adalah waktu Musim Panas, namun permandangan yang hampir sama juga ketika berada di bumi Seoul. Menjadi solo traveller menjadikan kita lebih berani dan lebih yakin untuk membuktikan kita mampu menghadapi segala rintangan dan cabaran. Lebih-lebih lagi bila kita di tunjukan tempat penginapan yang selesa ketika dalam gambar website tetapi akhirnya dalam keadaan realiti penginapan itu tidak seperti yang di jangkakan

Da sampai pon tempat penginapan. Da bayar pon so nak ke tak nak memang terpaksa la hadap walaupon keadaan tidak berapa selesa. Di Korea jugak ada ex student yang belajar di sana dan sudi membawa aku satu hari perjalanan ke Nami Island. Alhamdulilah, Allah permudahkan dan menyampai hajat aku ke Nami Island di temankan bekas pelajar MRSM Pengkalan Chepa. 




Tq Wan sudi bawak saya berjalan-jalan satu hari walaupon awak agak pack untuk study ketika itu. Aku rasa bangga sebab kemana sahaja aku pergi mesti akan ader bekas pelajar yang belajar di tempat yang aku lawati. Cuba perasaan yang kurang best bila gambar-gambar ketika itu tidak sehebat cantik nya pada waktu sekarang. Akhir-akhir sisa perjalanan ke Korea di isi dengan internary di sekitar Seoul sebelum berangkat pulang ke Malaysia kerana percutian aku ke Korea bukan atas tiket cuti yang panjang. 



Ok ini part yang aku cakap aku di uji lagi. Ok dijadikan cerita, pada malam aku nak berangkat pulang ke Malaysia, sebenarnya Allah da bagi petunjuk kat aku di mana aku bermimpi satu perkara yang buruk yang terjadi kat aku. Tapi aku akan ceritakan apakah mimpi itu. Fight aku pagi, so Wan da bagitahu aku untuk percepatkan pergerakan. Entah kenapa agaknya aku ketika itu agak rilek dan agak leka ketika itu. Kami sempat breakfast di Airport dan Wan sudah memperingatkan aku supaya cepat ke Imigresen. Sesudah breakfast aku sempat pergi ke Post Office untuk menghantar kad ( menjadi kebiasaan untuk aku menghantar poskad pada diri sendiri dan rakan-rakan rapat sebagai tanda "check in" ke sebuah negara) dan setelah semua urusan selesai, aku mengucapkan selamat tinggal kepada Wan dan terus ke Imigresen untuk cop passport. Sesampai sahaja aku ke tempat Imigresen, masyallah beratur terlalu panjang dan aku terpaksa menunggu lama untuk sampai ke kaunter Imigresen. Walaupon sudah online Check in, tapi itu bukan satu alasan untuk aku sampai ke pintu penerbangan. Ketika itu, nama aku di panggil berkali-kali menandakan penerbangan akan berlepas. Sesampai sahaja aku di Pintu penerbangan, aku dapati pintu telah di tutup dan staff Air Asia berbangsa Korea tidak mengendahkan rayuan aku walaupon Kapal terbang itu masih berada di situ. Rayuan aku tidak diterima. Aku di bawa keluar dari pintu perlepasan. Aku sangkakan ader yang baik hati untuk menumpangkan aku pada flight yang seterusnya, namun aku di bawa ke Kaunter Imigresen sekali lagi untuk di cop pada passport aku VOID. Sebab pada malam kejadian, Allah telah memberi petunjuk bahawa aku akan miss flight. Namun petunjuk itu tidak aku hiraukan. Aku cuma boleh memberitahu dengan Wan yang aku sudah ketinggalan flight. Wan tidak dapat berbuat apa-apa selain dari bersimpati atas nasib yang menimpa diri aku. Ketika itu, aku rasa perasaan sangat kecewa dan rasa sangat down bila mengenangkan nasib yang menimpa diri aku. 



Daripada aku balik on time terpaksa aku berhadapan dengan pengurusan yang aku terpaksa menganjakkan masa ke satu hari lagi untuk memohon cuti tambahan. Ketika duit sudah kehabisan dan aku melihat tiket sehala ke Kuala Lumpur lebih mahal dari harga tiket yang aku rasakan murah, ini adalah gara-gara kecuaian pada diri aku sendiri. Akhirnya ada juga insan yang sanggup membayarkan dahulu dan membeli tiket aku secara online. Jasa akak Azrina sangat aku ingat sampai bila-bila untuk aku travel lepas ini. Dialah yang sudi membantu aku ketika aku betul-betul memerlukan keadaan yang sangat terhimpit. 




Akhirnya pada pagi 19 hb April 2016, jam 8.55 pagi aku berjaya juga untuk pulang ke Kuala Lumpur dengan jayanya. Nampak x dekat tiket tuh dia tulis besar-besar Close supaya aku tidak leka lagi. Aku bersujud syukur akhirnya ujian ini adalah dari kecuaian aku sendiri. Alhamdulilah terima kasih Kak Azrina Megat walaupon kita tidak pernah berjumpa ketika itu, tapi pertolongan akak akan saya ingat sampai bila-bila. 

Fuhhhhh tuh baru 2016, ader 5 tahun lagi perceritaan aku walaupon tidak panjang setiap episod tapi aku gigihkan jua untuk bercerita kisah-kisah aku yang mungkin tidak menarik pada yang membaca (walaupon mmg nak tahu pasal aku kan? kalau x, xkan la gigih baca sampai abis kan? ) 


2016 jugak lah alhamdulilah aku berjaya mewujudkan Bilik Reka Cipta dengan Kos sebanyak RM170k. Reka bentuk layout design yang di ilhamkan dari idea aku, setelah aku serahkan job itu pada ada satu company ini, namun di tolak atas alasan harga yang di tawarkan terlalu tinggi padahal mereka sudah bersedia melakukan 3D drawing tetapi idea mereka di ambil oleh Kontraktor yang menawarkan harga yang lebih rendah. Rasa kesian jugak pada Kontraktor yang telah berusaha gigih untuk mewujudkan bilik tersebut dengan bantuan dari idea aku sendiri. Bilik yang sebelum ini berhantu, berbau telah berubah wajah menjadi satu bilik yang sangat hebat. Bilik darjah yang paling hebat rasanya lengkap dengan pelbagai fasiliti termasuk lah kesemua bilik ada tersedia dengan LCD projector. 






Kesian pada kontraktor yang telah bekerja keras untuk mendapatkan tender akhirnya di berikan kepada Kontraktor yang hanya mengambil design mereka. Pada aku, aku tidak rugi apa-apa projek still jalan cuma rasa kesungguhan pada kontraktor yang telah menghasilkan design dan design itu telah di ciplak oleh kontraktor yang telah berjaya mendapatkan tender. Sepatutnya mereka perlu membayar sekian amount untuk design yang mereka hasilkan tapi entahlah benda sudah pon berlaku kan?





Antara gambar semasa melakukan pengubahsuaian. Bilik ini dulu adalah dewan seminar yang berhantu dan berbau tetapi telah berjaya mendapat hasil yang baik untuk pengubahsuaian tersebut. 







Akhirnya wujud sudah bilik yang bertaraf elit dan bertaraf professional berjaya di lakukan hasil idea saya sendiri setelah melihat dan mengkaji keberkesanan fungsi setiap bilik yang berbeza. Biasalah bila da cantik bilik ini akan berjaya menjadi tumpuan orang ramai terutama yang cemburu dan iri hati. Yelah subjek sekadar di pinggiran tetapi  mempunyai bajet yang sangat besar. Itu nama rezeki kan? Setiap rezeki yang di berikan oleh Allah berbeza-beza. Alhamdulilah akhirnya dengan ader nya bilik yang sangat cantik lagi bersemangat untuk mengajar subjek Reka Cipta setelah diwujudkan pada tahun 2013 untuk SPM 2014, SPM 2015, SPM 2016, SPM 2017 dan SPM 2018. Alhamdulilah semua pelajar aku mendapat keputusan A semuanya. Xder B ye. Tapi ader orang pandang aku sebagai guru yang terbaik? Ada penghargaan yang pihak terbabit berikan setelah wujudnya bilik Reka Cipta? Jawapannya TIDAK. Biasalah manusia, 10 kebaikan yang di lakukan, 1 kesalahan yang wujud, satu kesalahan itulah yang mereka nampak. Buktinya sampai sekarang aku belum lagi mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Pelik kan? Tapi itulah kenyataan. Namun aku percaya dengan ujian Allah. Allah tidak menguji hambaNya di luar dari kemampuan mereka. In Sha Allah aku mampu dan aku percaya satu hari nanti akan datang nya pelangi yang indah. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.....

Biasalah setiap cerahnya langit pasti akan mendung jua. Begitu juga dengan kisah subjek Reka Cipta yang akhirnya terkubur di telan zaman. Pihak Bahagian Pendidikan Menengah telah memansuhkan subjek Reka Cipta sebagai subjek ke 9 dan pelajar MRSM hanya boleh memilih sama ada memilih Biologi atau Prinsip Perakuanan sahaja. Agak sedih dengan keputusan itu namun apakah daya kita hanya yang menurut perintah sahaja. Di harapkan satu hari nanti akan wujud kembali subjek Reka Cipta sebagai subjek ke 9 in sha Allah. Subjek yang membantu pelajar untuk mendapatkan A yang menjamin masa depan mereka untuk menjadi lebih kreatif dalam bidang-bidang berkaitan. 


Oklah aku rasa setakat itu sahaja jelah pada hari ini. Puas juga aku dapat meluahkan banyak benda yang terbuku di hati aku setelah 9 tahun aku tidak berblog akhirnya pada hari ini, aku bersemangat dengan penulisan aku yang sangat panjang walaupon bukan sehingga tahun ini 2021. Aku baru sahaja melalui pelbagai kisah sedih sehingga aku masuk ke Hospital sebab stress yang melampau. Itu nanti kalau ader masa aku ceritakan. Satu je aku nak pesan, selagi kita bergelar manusia, selagi kita adalah hambaNya , selagi itulah Allah akan menguji kita. Kita kaya itu pon ujian, kita sihat pon ujian. Semuanya datang pada kita untuk membentuk diri kita menjadi lebih kuat dan tabah menghadapi hari-hari mendatang. Walaupon sisa-sisa sedih itu masih ader lagi, bak kata pepatah walaupon luka sudah sembuh namun parutnya jelas kelihatan dan luka itu masih jelas kelihatan sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Nanti kalau ader masa aku ceritakan aper yang berlaku pada tahun 2017-2021. Banyak kisah sedih yang berlaku namun biarlah aku simpan cerita aku ini untuk post yang akan datang. Jangan lupa follow aku kat Wattpad memandang sekarang aku rajin nak menulis, In Sha Allah sedang menghabiskan Travelog aku yang bertajuk " Assalamualaikum Tianjin" baru tulis sampai Part 4. Oklah setakat ini sahaja penulisan aku pada hari ini. Sorry kalau bahasa yang aku tulis bukan lah standard penulisan. Ianya di luahkan dari hati aku sendiri. Gigih cari gambar-gambar lama. Oklah jumpa lagi Assalamualaikum


P/S : Doakan aku supaya dapat habiskan penulisan aku yang ini.

No comments:

Post a Comment