My Wattpad

My Wattpad
My Wattpad link

11 October 2010

20 cara menjadikan rumate anda bleh jadi GILERR!!

 

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

ROS_1499

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

b-614095

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

melompat lebih tinggi

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

01092009(001)

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

P1030096

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

images

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

colombian_chess_setm600

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

mcdonalds

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

f_abngkhircopm_04a840e

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

opera-singer

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

images (1)

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

deodorant

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tersebut. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

mayat1

10 October 2010

We are the Overall’s Champion of 19th MJSC National Tunas Saintis

 

Assalamuaikum…..Alhamdulilah in blessed of Allah we see again in beautiful words of me. Thanks to Allah that I’m still have a good condition to take a part of this. Well guys, for your information, MRSM Pengkalan Chepa are the host this year for 19th MJSC National Tunas Saintis from 3rd – 6th of Oct 2010 with theme Nurturing a Culture of Scientific Excellence. What a big event’s for our ‘Old’ Maktab. What do think of the “Big Event”?? National Level? How far you can predict or assume that this “Big” Event must be “grand” rite? erm…of course in other side of facilities, memang kita x berapa nak harapkan. In fact, kita sebenarnya belum layak lagi untuk menganjurkan program-program besar bagi menjadikan kita sebagai tuan rumah terbaik jika di lihat dari sudut kemudahan asas.

051020101337

Kali Terakhir kita menganjurkan program di peringkat kebanggsaan adalah pada tahun 2008 di mana Karnival Math berlangsung dengan jaya nya.Rentetan peristiwa yang berlaku dari tahun 2004-2010 MRSM PC sebagai tuan rumah :

 

1. Perkhemahan Kadet Polis kali 1 – 2004

2. Minggu Bahasa Kebangsaan –2005

3. Konvensyen Kepimpinan MRSM/ Kolej MARA – 2006

4. Nadwah Islamiah – 2007

5. Karnival Matematik – 2008

6. Tidak ada acara pada tahun 2009

7. Tunas Saintis Ke 19 – 2010

8. Cadangan 2011 ?? a- Robotik

                     b. Kejohanan Olahraga –stadium

                     c. Konvensyen PUM

Kalau nak ikutkan, untuk MRSM Robofair rasanya memang kita xlayak. Sebabnya?? Its all about facilities…kena pakai dewan besar untuk Robotic events…erm, dengar kata MRSM Felda Trolak sangat maju dari segi kemudahan? erm, memang sesuai bila MRSM Robofair di adakan di sana.

pendaftaran_pelajar_mrsm_felda_trolak_20100218_1179849098

Besar kan Dewan MRSM Felda Trolak? Memang sesuai untuk menjayakan program yang agak berprestij seperti MRSM Robofair 2011. Bayangkan MRSM yang secanggih ini sepatutnya memang layak untuk di beri pengiktirafan untuk menganjurkan program yang hebat dan besar ini.

4777368352_d7bc8059b7

Lihat sahaja pintu gerbang yang menjadi mercu tanda yang berjaya menarik perhatian orang ramai. Kalau la MRSM Pengkalan Chepa camni kan best!!

Kalau MRSM Pengkalan Chepa menganjurkan program di peringkat kebangsaan mungkin Konvensyen PUM adalah program terbaik untuk MRSM Pengkalan Chepa kerana tidak memerlukan tempat yang berprestij seperti Robotik.

Back to our issues, kali terakhir MRSM PC menganjurkan Tunas Sainits adalah pada tahun 1988 (ketika itu aku berada di darjah 4), dengan tema Sumbangan Sains dan Teknologi dalam pembinaan insan, dan kali terakhir itu juga lah MRSM PC menjadi Johan Keseluruhan. Selepas itu , MRSM PC tidak pernah menjadi johan keseluruhan. Taiping pernah menjadi Johan keseluruhan sebanyak 4 kali, MRSM Tun Ghaffar Baba (5), Kuala Terengganu (3), Serting, Muar, Langkawi dan Balik Pulau masing-masing pernah menjadi johan keseluruhan sebanyak sekali.

 

Ternyata apabila program yang di jayakan oleh tuan rumah, yang pastinya Johan Keseluruhan biasanya di sandang oleh tuan rumah itu sendiri. Mengikut dari data yang di berikan, 7 kali dari 19 kali adalah di monopoli oleh tuan rumah bagi Johan keseluruhan. Ini bermakna, mungkin ada yang beranggapan kemenangan MRSM PC adalah nasib. Mungkin benar, tetapi itu semua bergantung juga kepada juri yang mengadili projek peserta. 3 projek MRSM PC telah berjaya melepasi Bench Marking. Antaranya ialah Projek Biologi : Does Papaw Leaf Acts as a Solution for Breast Cancer, Projek Kimia : Water Filter for Campers dan Projek Fizik : The Potential of Coconut Coir as an Absorber. Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat. Dan projek-projek ini juga berjaya untuk di bentangkan di HQ MARA untuk pertandingan Intel ISEF (International Science and Engineering Fair) pada tahun hadapan.

logotitle1

Ada beberapa projek yang di jangkakan menang tetapi kurang mendapat tempat di hati juri, tapi itu semua adalah rezeki masing-masing. Cuma ada juga projek yang beberapa tahun lepas di pertandingkan dan ianya di pertandingkan semula di Tunas Saintis kali ini. Kemuncup Remover dari MRSM Kuala Terangganu adalah salah satu projek yang banyak kali di pertandingkan di peringkat antarabangsa. Malah ianya penah memenangi banyak anugerah.

Walaubagaimana pun tahniah sekali lagi kepada MRSM PC kerana berjaya menjadi tuan rumah. Banyak juga perubahan dan persekitaran yang menarik bagi menjadikan kita sebagai tuan rumah yang berketrampilan. Dan di harapkan semoga ianya berkekalan. Insyallah… Salam dari ku…..

 

051020101336

03 October 2010

Salam 1 Malaysia…1 Blog 3 Cerita..

 

Assalamualaikum semua, alhamdulilah berjumpa kita lagi di lembaran yang baru. Walaupun dengan kesibukan berkerja masih mampu untuk mengaktifkan blog sendiri. Ini semua kerana dengan adanya Windows Live Writer memudahkan lagi penulisan blog, Alhamdulilah. Semangat nak meng “update” kan blog berkobar-kobar setelah menggunakan WLW.

Blog yang di post kan sebelum ini sebenarnya adalah 2 bulan lepas yang x di post kan lagi kerana masalah teknikal di mana penceritaan sudah siap tetapi masalah memindahkan word document ke blog…akhirnya terjawab dengan WLW…, biarlah post tuh menjadi kenangan 2 bulan lepas…..hehee….

Kita mulakan lembaran blog ini dengan cerita baru. Fenomena Cikgu Shidah?? Penah Dengar?? Kalau xpenah dengar kat bawah nih ader video tentang cikgu shidah :

Fenomena Cikgu Shida

haha, Aku merasakan ada sesuatu yang istimewa pada cikgu nih. At the first sight tgk dier, aku rasa dier nih cikgu muzik atau cikgu seni persembahan coz dier sangat2 konfiden dan tidak kekok berhadapan dengan webcam. Biasalah manusia, mesti ada sikap tidak puashati dan memperkatakan yang kurang terhadap wanita ini. Bagi aku selagi tidak menyalahi undang-undang, tidak mengutuk manusia lain, tidak mendedahkan auratnya, tidak memberi kesan yang negatif kepada orang lain, bagi aku ianya tidak salah. Cikgu Shida ini sangat menghiburkan dan memberi kesan yang mendalam kepada semua, betul kan? Sama ada kamu terfikir, cikgu saper la nih,mesti anak murid dia xnak ngaku saper dier nih kan? hehehe….Aku tgk pada mulanya rasa nak tergelak pon ader,rasa nak  berduet pon ader, rasa nak menari pon ader,hehehe….Kadang-kadang aku bertanya pada diri sendiri, dier nih betul ke x nih? haha, tapi itu semua anugerah, mana ader perempuan yang sanggup miming lagu org lain dan record utk di berikan tontonan org lain kan? Pastuh yang pastinya kalau nyanyi lagu lelaki mesti pakai misai..xcaya tgk kat klip bawah nih:

Cikgu Shida Bermisai

Oklah tuh kalau citer pasal cikgu Shida nih mesti sampai pagi esok pon x abis, mungkin cikgu Shida nih masih solo dan boring agaknya duk umah sorang-sorang xtahu nak buat aper, nanti dah ader suami, anak-anak dah xleh buat dah benda2 ngarut macam nih, haha, untuk cikgu Shida, boleh dah masuk program Raja Lawak 5 yang sedang menjalani sesi ujibakat.

Erm, Penah dengar berbekam x?? Penah lihat camner proses nyer?? Penah x terlintas nak berbekam? Aku? Hahaha….menurut Wikipedia Blood Phobia also, AE: Hemophobia, BE: Haemophobia) is the extreme and irrational fear of blood. Itu la aku, memang seorang yang takut dengan darah yang banyak. Sampaikan penah ketika dulu Birthday Pranked 2007 di kaitkan dengan darah, mujur ketika itu aku masih control macho supaya tidak jelas kelihatan aku phobia dengan darah. Haha, berkaitan pula dengan berbekam tadi memang ianya melibatkan darah. Perbuatan berbekam merupakan perubatan wahyu kerana kaedah rawatan telah menjadi amalan Rasulullah SAW. Bahkan pesanan berbekam ini di terima oleh Rasulullah SAW dari para malaikat semasa perjalanan Isra’ Mikraj. Sebagai orang islam kita harus menerima kaedah rawatan ini mempunyai hikmah yang besar tentunya.

 

220920101317

Pada 22 Sept 2010, aku window shopping kat Kota Bharu Trade Centre di depan Pasar Siti Khadijah. Semasa berjalan berhadapan dengan Giant, aku terpandang satu kiosk yang sangat kecil tempatnya “Pusat Rawatan Cinta”. Perasaan ini bertanya  meluap-luap sehingga aku terpanggil untuk bertanya dengan lebih jelas tentang rawatan berbekam ini. Mengapa perlu berbekam??

 

1. Selepas 3 bulan sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati, ia mengandungi lebihan asid urik, urea, mengandungi toksin dan sel darah merah yang rosak. sel darah kotor ini akan terkumpul di lapisan bawah kulit sebelum di kumuhkan. Sel darah ini akan di gantikan oleh sel darah merah yang baru yang mengandungi oksigen dan nutrien yang di perlukan oleh sel tubuh.

2. Sel darah yang rosak (darah kotor)yang gagal di kumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat dan kesannya akan menggangu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

 

Masyallah, bila dengan penjelasan dari salah sorang ahli pekerja Pusat tersebut, aku berfikir untuk mencuba kerana ini melibatkan kesihatan aku, tanpa rasa ragu (walaupun aku nih blood phobia) perasaan ingin tahu bagaimana perasaan berbekam, aku mengambil peluang untuk mencuba. Pada permulaan dier menyuruh aku untuk berbekam dengan kadar yang banyak. Untuk pengetahuan semua, satu mangkuk harganya RM 15, oleh kerana kekurangan baget, aku membuat 10 mangkuk sahaja. Bagi aku, itu sudah memadai untuk aku mencuba sesuatu yang baru bagiku. Banyak hadis yang boleh di jadikan sebagai satu contoh yang mengajak kita berbekam. Antaranya:

1.” Sebaik baik pengubatan yang kamu pergunakan menjadi ubat adalah berbekam”-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

2. “Selama aku berjalan pada malam Isra’ bersama malaikat, mereka selalu berkata ; Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” – hadis Riwat Ibnu Majah

3. “Berbekamlah, jangan membiarkan darah yang berlebihan melimpah, maka ia akan membunuhmu”-hadis Riwayat Bukhari Muslim

4. “Di haruskan berbekam pada lekukan leher sebelah atas. Sesungguhnya hal itu menjadi ubat kepada 72 jenis penyakit” – hadis Riwayat Bukhari dan Abu Naim

Hadis-hadis di atas sebenarnya mengajak kita untuk berbekam kerana dengan berbekam dapat menjadikan tubuh kita sihat dan  bertenaga.

220920101319

Aku merasakan selepas berbekam, tubuh agak ringan, dan ada perasaan ingin berbekam lagi. Gambar di atas ketika aku berbekam. Kalau tengok pada mangkuk bekam tersebut terdapat wap yang menyelubungi mangkuk tersebut, itu adalah angin yang terdapat pada badan kita. Memang banyak angin la aku nih, haha. Darah kotor pula mula keluar dari mangkuk tersebut. Memang banyak.

220920101321

Banyak kan darah aku?? Kalau darah yang kasar dan berketul-ketul, itu adalah darah yang kotor manakalan kalau darah itu cair dan berminyak, itu adalah asid yang ada pada badan kita. Lihat gambar di bawah pula :

220920101322

Aku dah rasa nak loya tengok darah sendiri, Adehhhh, ok lah beralih pula kita dengan cerita yang seterusnya. Mesti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai Astro Beyond HD, betul x? Awal tahun 2010 Astro sudah mula memasarkan jenama full High definition Satellite  TV. Masa majlis pelancaran Astro Beyond, siap dapat percuma full package Astro Beyond TV LCD dan Astro Beyond, tuh awal tahun arituh. Sekarang dah nak hujung tahun dah, konfirm ramai dah pakai Astro Beyond, siap ader yang kata “ Sir baru nak pakai Astro Beyond? Rumah saya dah lama berBeyond” , haha, panas gak hati mendengar kata-kata students aku.

Iklan Astro Beyond

Masa mula-mula tengok Commercial Astro ini, rasa x paham pun ader, aper motif dan apakah Beyond? Jelas sangat ker boleh tengok sampai jerawat batu kat muka atau tahi lalat Sharifah Aini?? Aku x menghiraukan benda-benda ini semua sehingga aku membeli TV LCD Samsung 40’ di Kubang Krian sebelum raya arituh, terfikir untuk menukar dari Astro biasa SD ke HD.

020920101248

Pada 1hb Sept 2010 maka terkabul la diri aku mendapatkan TV LCD Full HD ini. Cantik X?? Nih antara barangan kesayangan aku, hehe. Maka nak di jadikan cerita, aku pon menelefon pihak Astro untuk mendapatkan pakej Astro Beyond. Dengan persetujuan dari aku, maka aku berharap supaya raya nanti aku boleh berHD dengan Beyond. Cuma yuran langganan hanyalah RM20, maka kita akan mendapat beberapa Channel HD. Antaranya ialah AXN 721, Fox 726, Supersport 831, ESPN 832, HBO 431, NatGeo 573, History 575 dan yang terbaru Star Movie 433. Banyak kan Channel tuh? Hehehe…Tapi perlu di ingat, Dekoder, Smart Card, Control dan piring lama akan  serahkan dan di berikan yang baru,

astro

Tadaaaa!! Yang nih lagi lawa, tol x?? Hehehe, banyak gak la funtion dia,…..Kita boleh dapat perbezaan antara Standard Definition (SD) dengan High Definition (HD):

bezaHDbukanHD

Nampak kan perbezaan dier?? Hehehe, kat gambar dah nampak jelas, apetah lagi kalau movie….adehhhh…

Jadi apa bezanya High Definition (Astro B.yond) ngan Standard Definition yang kita tengok hari-hari tue? Untuk pengetahuan anda, HD punya kualiti adalah 5 kali lebih lebih mantap daripada SD dari segala segi. Antara yang best ialah.

  • Gambar yang lebih jelas dan tajam. Katakanlah korang tengah tengok Astro tetiba keluar muka Sharifah Aini yang penuh tahi lalat tue, kami compem anda akan terkejut beruk sebab korang leh siap kira berapa banyak tahi lalat Kak Pah
  • Lebih banyak warna. Ha nie paling sesuai bila time tengok festival bunga api kat TV. Takderlah korang tertanya-tanya bunga api kaler apa tue. Ntah-ntah orang buta warna pun terus jadi elok sebab kaler HD sangat cun dan jelas.
  • Bunyi yang lebih mantap. Citer banyak tak guna kalau korang jenis layan movie kat HBO tue memang wajib dapatkan Astro B.yond nie. Diorang guna 5.1 Dolby Digital Surround punya sound tue beb. Lepas nie tak yah gi wayang dah. Duduk kat umah pun dah cukup. Sebijik macam dalam wayang

So kalau korang nak pakai Astro Beyond pastikan beli dulu LCD x kira la baper inci sekali pon, yang penting LCD bukan Plasma. Adeh penat gak promote Beyond nih sebab masih ramai yang tidak tahu fungsi HD sebenarnya. Bukan itu saja, yang ader duit lebih boleh la pakai Beyond PVR yang ader fungsi merekod, mengforward, pause dan lain-lain lagi tapi kena bayar lebih sikit sebab ader extra untuk servis tuh. Citer pasal Beyond nih xbest kat blog, kena merasai mcm mana rasanya duduk depan LCD dengan mulut kita ternganga tgk kesedapannya. So guys, upgrades to Astro Beyond to enjoy a total of 10 HD Channels all this for an additional monthly service fee of only RM 20.00….Yeah….fell gooddddd!!

 

Cerita terakhir, Biologi bukan subjek wajib? Hahaha, tuh yang aku rasa bangga sebab perjuangan aku untuk melihat lebih ramai lagi students aku menceburi bidang yang baru dari bidang medical Steam. Bagi aku, kesian kat pelajar jika mereka di paksa mengambil subjek yang bukan kehendak mereka untuk menduduki peperiksaan SPM.

REKACIPTA

Setahu aku, banyak pelajar agak stress dengan subjek Biologi yang agak dianggap sebagai Killer Subject. Biologi sebagai subjek main elective sebenarnya dah lama wujud, cuma SPM 2008 bermulanya subjek Biologi ini di angkat sebagai subjek Teras. Bila di lihat dari sudut di mana pelajar sukar untuk menguasai subjek ini, maka pihak MARA beranggapan bahawa subjek ini perlu dianggap sebagai subjek main elective? Why its called main? Students Have to choose either ones, Biology/ Rekacipta or Account. Then more 2 subjects, art and Tasawuf called 2nd elective for students who take biology as a main elective, got it? Budak RC dan Akaun boleh ambil tapi takut mengganggu subjek lain kerana RC dan akaun ada kertas yang mempunyai Folio. Di sini jelas bahawa MARA lebih bertanggungjawab dalam memastikan pelajarnya mendapat keputusan yang cemerlang untuk meningkatkan lagi keperluan pelajar pada masa akan datang. Bukan kita menafikan sumbangan subjek Biologi, tetapi kita perlu berpandangan jauh. Subjek Biologi susah kerana perlu menghafal, kebiasaannya subjek yang perlu menghafal di serahkan kepada pelajar yang pintar manakala pelajar yang memerlukan untuk menghasilkan projek, kebanyakkan nya pelajar yang kurang dari segi teknik menghafal. Dan perlu di ingat sebelum ini pon, kebanyakkan pelajar yang mengambil subjek Biologi sebagai Main elective jarang sekali mengambil Medical Stream as a profession. Kebanyakkannya mengambil Engineering as a profession. Ini adalah berdasarkan pengakuan beberapa orang bekas pelajar di sini dulu. Sejajar dengan itu juga, dengan pelancaran tahun 2010 sebagai tahun Malaysia Inovatif, menjadikan subjek Rekacipta dan Pendidikan Seni Visual menjadi satu daya tarikan pelajar untuk mengambilnya pada masa akan datang. Tahniah juga kepada team dari MRSM PC kerana berjaya ke Final bagi program realiti TV “Idea” dengan projek “Boombastic Pad”. Dengan mendapat Grant 2k untuk pengubahsuaian, di jangka peluang ke peringkat Final akan lebih sengit kerana dengan hadiah yang lumayan sebanyak RM30k, menjadikan IDEA: Malaysia Inventors Challenge akan lebih sengit nanti.. Tahniah di ucapkan sekali lagi.

mouse2

02 October 2010

Mendiam bukan bererti membisu…

Assalamualaikum.....

Erm....mendiamkan diri bukan bererti saya membisu.....kesibukan kerja membuatkan saya mengumpul material yang sesuai utk di jadikan bahan yang sangat berguna kepada yang belajar erti kesilapan....Banyak sangat isu yang berlaku diantara aku, rakan-rakan, anak murid serta keluarga aku sendiri....banyak kenangan pahit dan manis yang aku tempuhi sepanjang beberapa bulan ini, semua itu aku anggap sebagai pengalaman aku walaupon aku rasa pahit utk di telan. Aku dah lama x baca komen yang di berikan kepada aku sejak beberapa bulan yang lepas,agak mengejutkan bila ader beberapa komen yang di berikan kepada ku yang bunyinya agak kasar walaupon dia merupakan student aku sendiri yang telahmenggugurkan subjek aku. Tapi aku anggap ini semua adalah mentaliti pelajar yang tidak pernah menghargai aper yang aku buat selama ini, ucapan terima kasih aku berikan kepada mereka-mereka yang tidak berpuashati kepadaku.

Percaya atau tidak pengalaman banyak mengajar kita betul? Dia merupakan guru yang banyak mendidik kita erti kedewasaan dan erti kehidupan. Alhamdulilah sujud syukur aku dengan pengalaman aku yang cukup berharga, alhamdulilah...

Kita mulakan penceritaan kita dengan cerita aku berkonvoi keCameron Highlands pada 30 April hingga 1 hb Mei 2010 sempena cuti hari pekerja. Aku turut membawa isteri yang kebetulan cuti ketika itu. Konvoi ini dengan kerjasama di antara Gen2 Club Kelantan bersama dengan myPerdana Club Kelantan bagi mengeratkan silaturahim sesama insan, bertolak dari Kota Bharu kira-kira jam 8.30 pagi berkumpul di Dataran Al-Quran. Perjalanan yang memakan masa kira-kira 7jam agak memenatkan kerana banyak berhenti dan berkonvoi memerlukan kesabaran yang tinggi kerana terpaksa mengikut belakang kereta org lain dan terpaksa melalui pelbagai kerenah ahli-ahli konvoi yang lain. Tapi peristiwa yangmalang berlaku pada member Gen2 kami, saudara Faizol kerana kereta dia mengalami masalah teknikal semasa mendaki bukit di Cameron Highlands.Aku tidak dapat menunggu kerana masalah komunikasi semasa di dalam perjalanan itu, kesemua line tidak mempunyai signals. Kesukaran untuk berhubung menyebabkan kami tidak tahu aper yang berlaku selepas itu. Mujur kereta di belakang dia merupakan member gen2 club kami sendiri.Aku bersama rakan-rakan

clip_image001 dan geng Perdana hanya mengikut dari belakang, sorry Pejo kerana xdapat nak menolong atau menunggu anda ketika itu. Aku sampai di Pekan Cameron lebih kurang pukul 5 petang. Suasana sejuk mula terasa dan sambil menunggu rakan-rakan yang belum sampai kerana masalah teknikal tadi, aku bersama ahli-ahli yang lain minum petang di sebuah kedai yang di panggil Kedai Lalat. Mungkin di kelantan panggilan tempat itu agak familiar kerana Selain itu tempat itu juga di kenali sebagai Kota Jembal. Tapi Kedai lalat yang di maksudkan di sini adalah kedai yang mempunyai banyak sangat lalat, agak mengecewakan kerana sebuah pusat peranginan yang terkenal mempunyai situasi yang sedemikian. Begitu juga dengan tandas awam yang tidak mencapai tahap yang membanggakan. Kelihatan di depan permandangan kedai lalat tadi terdapat sebuah Mall yang rasanya terbengkalai hampir beberapa tahun mungkin disebabkan kekurangan baget. Agak malang kerana masalah ini tidak sepatutnya berlaku.Selepas mendengar taklimat ringkas oleh abg Sham, suami kak Ayu, kakak kepada Yus, Presiden Kelab Gen2 ketika itu, kami di serahkan beberapa bilik untuk menginap semalaman di sebuah apartment yang telah di uruskan oleh Kak Ayu, wakil dari My Perdana Club. Agak mengecewakan kerana apartment yang di berikan kepada kami tidak memenuhi spesifikasi kami sebagai pengunjung yang berkeluarga. Aku tidak mempunyai banyak masalah kerana aku cuma membawa isteri aku tetapi ahli Gen2 yang membawa anak pasti tidak mempunyai ruang yang cukup bagi menempatkan anak-anak mereka. Banyak rungutan yang di luahkan ketidakpuasan hati kerana beberapa masalah lain seperti penginapan dan juga BBQ. Malam tuh kami pergi mencari makanan kerana 'terluka' dengan

clip_image002

sikap penganjur dan memboikot majlis BBQ malam tersebut. Kami, beberapa buah kereta pergi mencari makanan untuk makan malam , agak happening kerana jarang sekali kami dapat bersama bersama-sama dengan ahli keluarga Gen2 yang lain untuk makan malam. Hampir 5 buah meja di sambungkan dan hidangan makan malam itu sungguh mengenyangkan...alhamdulilah. ...Keesokkan harinya kami bergerak pulang kerana ingin melawat beberapa tempat yang menarik dan membeli belah. Agak teruja bagi aku yang pertama kali menjejakkan kaki di Tanah Rata Cameron kerana dapat membeli belah di situ. Kami juga bergambar membuktikan kelab Gen2 Kelantan masih bergiat aktif. Jangan lupa join group Pemilik Kereta Proton Gen2 Kelantan di dalam Facebook.

Cerita Kedua : Keracunan makanan di MRSM PC....erm hampir sebulan jugak pelajar-pelajar MRSM PC mendapat hidangan dari Nasi Haikal Pengkalan Chepa. Kejadian berlaku sekitar pada bulan Mei, dari 10 Mei hingga 24 Mei 2010. Keracunan makanan sebenarnya adalah berpunca dari beberapa orang pelajar yang terpaksa di kejarkan ke klinik berdekatan kerana mengalamimuntah-muntah dan sakit perut akibat makan roti jala yang di bekalkan pada hari hujung minggu. Erm, aku sebenarnya dah menderita sakit perut sejak dari minggu lepas lagi cuma aku tidak tahu sama ada makanan yang aku makan berpunca dari Dewan Selera atau dari luar, aku sengaja mendiamkan diri, mungkin ader dari sesetengah pelajar berbuat demikian mungkin kerana mereka tidak tahu punca.Setahu aku, jarang aku makan luar kerana aku yakin Kontraktor baru mempunyai menu dan cara masakan yang sedap. Kontraktor baru mendapat kontrak pada awal tahun ini, merampas tahta Osojaya Sdn Bhd yang sekarang menjadi Kontraktor di MRSM Tumpat. Zubaidah Enterprise merupakan kontraktor yang membekal makanan pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Sains Machang sebelum ini.

Kejadian ANEH ini juga sebenarnya menyebabkan hampir pergerakan sekolah tidak dapat berjalan dengan jayanya kerana di khuatiri akan menyebabkan situasi bertambah buruk. Antaranya pelajar tidak di benarkan outing dan semua perniagaan berunsurkan makanan seperti gerai Burger Pak Lam, PUM dan Kedai makan Mummy Cafe terpaksa di tutup ( sekarang mmg kedai Cafe Mummy benar-benar tutup). Kejadian buruk di tambah dengan hampir kesemua pelajar-pelajar demam dan mendapar MC untuk beberapa hari. Di kelas, ramai pelajar tidak dapat hadir kerana tersebut dan ini menyebabkan ader beberapa orang pelajar mengambil peluang untuk sama-sama merasai MC yang hanya sekadar alasan kosong. Situasi bertambah buruk terdapat beberapa orang pelajar yang di syaki Kepialu yang mendapat rawatan susulan di Hospital Tumpat. Ketika itu,sebilangan doktor dari HBRPZ 1 datang merawat secara ekslusif di dalam bilik warden yang menjadi bilik gerakan sementara. Usaha Zubaidah Enterprise untuk menarik perhatianmenjadi dengan hidangan nasi haikal yang hampir sebulan di rasai oleh semua pelajar dan juga warden. Atas dasar itu la maka wujud la group Saya Suka Makan Nasik Haikal Pengkalan Chepadi dalam Facebook.Ini menyebabkan tindakan Jabatan Kesihatan menurunkan Gred kebersihan dari B kepada C. Agak tragis di situ.

clip_image003

Cerita ke3 : blog sebelum nih ader menceritakan bagaimana bertuahnya pelajar-pelajar MRSM PC sekarang kerana di bekalkan 28 bijik I-Mac di PSP. Ramai bekas-bekas pelajar agak iri hati dengan kemudahan-kemudahan yang di sediakan.

clip_image004Kali ini Badan Muafakat telah mengganti TV buruk di depan balai menanti kepada TV yang agak menarik yang baru untuk kemudahan pelajar di mana hampir 6 bulan sebelum ini pelajar tidak dapat menontonnya di Balai Menanti(Pok Gat). Juga pihak ANSARA juga memberi sumbagan LCD Bravia yang di letakkan di ruang tengah di Dewan Selera. Pihak Badan Muafakat juga menyediakan ruang belajar berbentuk Gazebo

clip_image005di tengah ruang antara bangunan Rekacipta dan Blok Akademik Ting 5.Banyak kemudahan yang tidak dapat di rasai oleh bekas pelajar-pelajar sebelum ini. Mungkin ader yang berasa iri hati dengan kemudahan-kemudahan yang di sediakan oleh pihak sekolah kepada pelajar, alhamdulilah......

Cerita ke 4 : Perpisahan Tuan Pengetua. Sedia Maklum Tuan Hj Saroni bin Kasmani telah bertukar ke MRSM Taiping pada 19 April 2010. Majlis perpisahan beliau telah di sambut oleh semua warga MRSM PC pada 12 April 2010 di Dewan Besar MRSM PC.

clip_image006

Agak terharu dengan sambutan oleh semua dan di raikan dengan jayanya. Syabas semua. Tuan Hj Saroni telah berkhidmat hampir 2 tahun bermula dari Bulan Mei 2008. Agak menyedihkan bila pelajar menyanyikan lagu "Di mana kan ku cari Ganti" dengan sayunya sehinggakan aku hampir menitiskan air mata. Walaupon banyak peristiwa yang tidak dapat ku lupakan semasa pemerintah beliau, tetapi beliau banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan. Beliau banyak mengajar aku tentang prosedur yang betul dalam menjaga reputasi sebagai pegawai kerajaan yang berdedikasi.. Cuma ramai yang mengeluh tentang bercakap berkaitan dengan duit semasa membuat perbincangan dengan beliau. Aku juga tidak pernah terlepas dari perbincangan terbabit. Program yang aku jalankan biasanya banyak melibatkan duit. Contoh yang terbaik berkaitan dengan

clip_image007

Program Robotik dan juga Rekacipta. Kadang-kadang mungkin ader yang terasa tetapi pemergian beliau banyak memberi kesan yang mendalam kepada aku. Aku tidak pernah menganggap beliau seperti sahabat tetapi aku mengganggap beliau seperti ayah dan bapa kepada aku yang tidak mempunyai bapa lagi. Aku doakan semoga beliau berjaya di dunia dan di akhirat, amin......

Cerita ke 5 : Setiap orang pasti ader aktiviti pada masa lapang. Aku? Erm...biasanya aku banyak menghabiskan masa aku di rumah atau lepak bersama-sama rakan kelab Gen2 Kelantan. Bercakap berkaitan dengan Gen2 Kelantan, aku pernah menjadi Timbalan Presiden Kelab selama 3 tahun dan meletakkan jawatan kira-kira sebulan yang lalu dengan majlis di adakan di Restoran Ukir di Pulau Melaka, Kelantan.

clip_image008

Sepanjang aku menjadi Timbalan, banyak aktiviti yang telah di rancang dengan jayanya. Aku bersama dengan Yus, State Leader Gen2 Club Kelantan banyak meluangkan masa untuk aktiviti seperti Konvoi ke Lata Tembakah, Bakar ayam BBQ di PCB, Konvoi menghadiri Hari Keluarga Gen2 Club Terengganu, meraikan hari perkahwinan ku di Melaka dan Konvoi di Cameron Highlands. Bagi aku cukuplah sekadar 3 tahun aku memegang jawatan Timbalan Presiden. Dengan keadaan yang sibuk, aku masih lagi ada masa untuk kelab Gen2. Kelab yang telah aku sertai sejak 2006 lagi. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku pelajari melalui rakan-rakan seperjuangan. Aku yakin dengan adernya pengurusan baru, kelab Gen2 Kelantan akan lebih mantap dan lebih bertenaga dengan kehadiran orang-orabg baru terutama State Leader yang baru, Ery. Tahniah Ery!! Aku doakan semoga kelab kita akan terus maju dan maju dengan pelbagai aktiviti yang menarik minat ahli-ahli baru dan lama.

Berkaitan dengan kereta Gen2 juga, aku sebegai Owner yang setia banyak menghabiskan masa aku dengan melihat daya kreativiti kawan-kawan aku untuk aku adaptasikan khayalan kereta aku supaya menjadi kenyataan.

clip_image009

Alhamdulilah hajat aku untuk mengecat semula kereta aku di makbulkan tuhan, syukur Alhamdulilah. Banyak juga duit telah aku habiskan demi memenuhi hajat aku yang tidak kesampaian sebelum ini. Aku terpaksa kerana melihat kepada kondisi kereta aku yang semakin hari semakin sakit mata aku memandang, membuatkan aku terpaksa mengeluarkan badget yang agak besar. Bermula dari mengecat kereta, menukar spotrim, menukar seat, menukar Exhaust, bonet fiber, sehinggalah menukar DVD kereta. Aku merasakan dengan penukaran yang agak besar, kemungkinan aku memberi tempoh beberapa tahun lagi sebelum aku menukarnya semula. Berikut adalah senarai harga yang telah di gunakan bagi tujuan modifikasi kereta :

clip_image010

1. Sembur cat RM 1500

2. Sport Rim RM 1200

3. Seat SSCUS RM 1100

4. Exhaust RM   650

5. Bonet depan RM  750

6. DVD Player RM 1000

7. Speaker / Tweeter RM 550

clip_image012

Cerita ke 6 : Program Kembara Seni Visual dan Rekacipta 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada 2-5 Jun 2010. Pelbagai cabaran dan dugaan di tempuhi bagi merealisasikan hajat pelajar-pelajar yang berharap dapat keluar dari kelompong MRSM PC yang jarang sekali menganjurkan program yang di luar dari kawasan sekolah. Sebenarnya tujuan program ini di jalankan bagi memberi pendedahan pelajar terhadap peluang pembelajaran yang terdapat di dalam aspek art and design. Bila pelajar Rekacipta terlibat dengan program ini, maka course yang melibatkan engineering perlu di masukkan bagi memberi sedikit pendedahan kepada mereka bagi melihat kaitan kepada subjek yang mereka ambil.

Alhamdulilah, tanpa menggunakan baget dari pihak MRSM PC, aku telah berjaya menghasilkan program yang memberi manafaat kepada aku dan students yang telah berpuas hati dengan program ini. Bayaran kepada drivers sebanyak RM650 agak memadai bagi program yang telah di biayai oleh setiap pelajar RM 100 seorang. Dengan mendapat tajaan dari beberapa pihak termasuk tajaan terbesar dari seorang ibubapa pelajar yang telah menaja sebanyak RM1000, terima kasih kepada ANZ Engineering Sdn Bhd kerana sudi menaja program kami. Begitu juga dengan pihak Koperasi MRSM PC Berhad kerana sudi menaja Cenderahati kepada pihak yang di lawati. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Seperti biasa, program lawatan pelajar hanya tertumpu beberapa tempat tumpuan yang memberi kepuasan kepada pelajar bagi melihat suasana pembelajaran atau suasana di dalam sektor seni visual dan rekacipta. Cuma agak terkilan kerana tidak dapat mengunjungi Limkokwing University dan Faculty of Architecture UiTM Shah Alam kerana kesuntukan masa. Tetapi kepuasan pelajar dapat diisi dengan beberapa tempat yang menarik terutama di Art Creation Sdn Bhd atau senang di panggil Gempakzstar. Disitu pelajar dapat melihat sendiri penghasilan kartunis berbakat di antaranya Zen, Kauro, ayour dan ramai lagi. Setiap tempat yang di lawati mesti di akhiri dengan perkara yang mengembirakan pelajar. Pelajar pun dapat banyak paper bags, begitu juga dengan surveniors, manafaat kepada pelajar MRSM PC yang akhirnya dapat menjejakkan kaki di beberapa tempat yang menarik. Pelajar MRSM yang terkongkong di dalam kawasan hanya tertumpu pada sekitar Kota Bharu dan Kelantan sahaja.

Cerita Terakhir : Aku dan diri ku di sini selamanya. Aku hanya insan sebatang kara yang mampu berdiri dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa di sini. Suka duka pahit manis hidup di perantauan hanya Allah sahaja yang tahu betapa tabahnya hati aku menanggung semuanya. Kadang-kadang aku pernah merasa menyesal kerana berada nun jauh dari kampong halaman. Tapi bagi aku itu semua adalah pengalaman. Betul kata orang, bukan semua akan menyukai kita, bukan mudah untuk memuaskan hati dengan semua orang. Aku terlalu penat untuk bersabar, terlalu penat untuk aku memendamkan perasaan aku. Kata orang setiap kesabaran pasti ada hadnya. Mungkin ramai berpendapat yang aku ini memang nampak happy go lucky tapi hanya tuhan yang tahu betapa aku terlalu sunyi, terlalu inginkan sebuah erti kebahagiaan. Tapi mereka semua tidak faham hanya melihat kepada keburukan dan menilai aku dengan penuh perasaan hasad dengki. Aku sendiri tidak mengerti kenapa ada juga manusia yang suka menyampai benda-benda yang kurang elok and only view a negative side of me. In fact, their only a few things negative side compared then the rest, akibat nila setitik rosak susu sebelanga.

Aku Cuma insan yang mendengar apa yang orang sampaikan kepada aku. Aku Cuma boleh menilai apa yang mereka rumuskan kepada diri aku. Kadang-kadang ada juga mereka yang masih baru berada di institusi ini dah mula menilai aku walaupun baru setahun jagung mengajar. Aku tak paham, sepatutnya mereka bersyukur kerana tidak perlu merantau di negeri orang lain. Sepatutnya mereka lebih mampu untuk menjaga anak negeri mereka sendiri berbanding aku yang mereka kategorikan sebagai orang luar. Perlukah aku berada di samping mereka jika aku ada urusan lain? Perlukan aku berlawak jenaka jika mereka masih tidak boleh menerima kehadiran aku? Nilai diri sendiri sebelum menilai orang lain. Tanya pada diri anda, layak kah anda menegur orang lain jika diri sendiri masih belum mengukir kejayaan??

Itu yang di namakan manusia, itu yang di namakan kehidupan, aku cuma mampu meneruskan tanpa bantuan sesiapa kecuali Allah SWT. Kebahagiaan yang daku cari mungkin akan menjelma Cuma kita tidak tahu bila akan menemui sinar kebahagiaan di dalam diri masing-masing. Aku, inginkan perubahan yang besar di dalam hidup aku, aku perlukan hidayah Mu Ya Allah! Sering berdo supaya aku akan pergi ke tanah suci, tapi bila agaknya seruan Mu itu Ya Allah. Aku hanya mampu berdoa setiap hari supaya suatu hari nanti aku akan menjejakkan kaki aku di sana, Insyallah…. Aku berharap bila semuanya sudah selesai, pasti jika satu hari nanti bila aku melelapkan mata aku untuk selama-lamanya, aku mengganggap itulah kebahagiaan yang abadi. Perjuangan aku masih lagi belum selesai, biarlah segala urusan ku di permudahkan, amin…..

Sempena hari yang mulia ini, aku menyusun jari beribu ampun memohon kemaafan kepada sesiapa yang mengenali diriku, semoga hidup kita di berkati, kesalahan yang aku ciptakan mungkin adalah dari perasaan yang negatif dari jiwa yang kotor,kita semua tidak pernah lari dari melakukan kesilapan, tidak pernah salah dari dosa dan noda. Minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, jika ader yang masih tidak berpuas hati dan masih berdendam dengan diri ini, ampun salah dan silap di pinta.

clip_image014