My Wattpad

My Wattpad
My Wattpad link

03 October 2010

Salam 1 Malaysia…1 Blog 3 Cerita..

 

Assalamualaikum semua, alhamdulilah berjumpa kita lagi di lembaran yang baru. Walaupun dengan kesibukan berkerja masih mampu untuk mengaktifkan blog sendiri. Ini semua kerana dengan adanya Windows Live Writer memudahkan lagi penulisan blog, Alhamdulilah. Semangat nak meng “update” kan blog berkobar-kobar setelah menggunakan WLW.

Blog yang di post kan sebelum ini sebenarnya adalah 2 bulan lepas yang x di post kan lagi kerana masalah teknikal di mana penceritaan sudah siap tetapi masalah memindahkan word document ke blog…akhirnya terjawab dengan WLW…, biarlah post tuh menjadi kenangan 2 bulan lepas…..hehee….

Kita mulakan lembaran blog ini dengan cerita baru. Fenomena Cikgu Shidah?? Penah Dengar?? Kalau xpenah dengar kat bawah nih ader video tentang cikgu shidah :

Fenomena Cikgu Shida

haha, Aku merasakan ada sesuatu yang istimewa pada cikgu nih. At the first sight tgk dier, aku rasa dier nih cikgu muzik atau cikgu seni persembahan coz dier sangat2 konfiden dan tidak kekok berhadapan dengan webcam. Biasalah manusia, mesti ada sikap tidak puashati dan memperkatakan yang kurang terhadap wanita ini. Bagi aku selagi tidak menyalahi undang-undang, tidak mengutuk manusia lain, tidak mendedahkan auratnya, tidak memberi kesan yang negatif kepada orang lain, bagi aku ianya tidak salah. Cikgu Shida ini sangat menghiburkan dan memberi kesan yang mendalam kepada semua, betul kan? Sama ada kamu terfikir, cikgu saper la nih,mesti anak murid dia xnak ngaku saper dier nih kan? hehehe….Aku tgk pada mulanya rasa nak tergelak pon ader,rasa nak  berduet pon ader, rasa nak menari pon ader,hehehe….Kadang-kadang aku bertanya pada diri sendiri, dier nih betul ke x nih? haha, tapi itu semua anugerah, mana ader perempuan yang sanggup miming lagu org lain dan record utk di berikan tontonan org lain kan? Pastuh yang pastinya kalau nyanyi lagu lelaki mesti pakai misai..xcaya tgk kat klip bawah nih:

Cikgu Shida Bermisai

Oklah tuh kalau citer pasal cikgu Shida nih mesti sampai pagi esok pon x abis, mungkin cikgu Shida nih masih solo dan boring agaknya duk umah sorang-sorang xtahu nak buat aper, nanti dah ader suami, anak-anak dah xleh buat dah benda2 ngarut macam nih, haha, untuk cikgu Shida, boleh dah masuk program Raja Lawak 5 yang sedang menjalani sesi ujibakat.

Erm, Penah dengar berbekam x?? Penah lihat camner proses nyer?? Penah x terlintas nak berbekam? Aku? Hahaha….menurut Wikipedia Blood Phobia also, AE: Hemophobia, BE: Haemophobia) is the extreme and irrational fear of blood. Itu la aku, memang seorang yang takut dengan darah yang banyak. Sampaikan penah ketika dulu Birthday Pranked 2007 di kaitkan dengan darah, mujur ketika itu aku masih control macho supaya tidak jelas kelihatan aku phobia dengan darah. Haha, berkaitan pula dengan berbekam tadi memang ianya melibatkan darah. Perbuatan berbekam merupakan perubatan wahyu kerana kaedah rawatan telah menjadi amalan Rasulullah SAW. Bahkan pesanan berbekam ini di terima oleh Rasulullah SAW dari para malaikat semasa perjalanan Isra’ Mikraj. Sebagai orang islam kita harus menerima kaedah rawatan ini mempunyai hikmah yang besar tentunya.

 

220920101317

Pada 22 Sept 2010, aku window shopping kat Kota Bharu Trade Centre di depan Pasar Siti Khadijah. Semasa berjalan berhadapan dengan Giant, aku terpandang satu kiosk yang sangat kecil tempatnya “Pusat Rawatan Cinta”. Perasaan ini bertanya  meluap-luap sehingga aku terpanggil untuk bertanya dengan lebih jelas tentang rawatan berbekam ini. Mengapa perlu berbekam??

 

1. Selepas 3 bulan sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati, ia mengandungi lebihan asid urik, urea, mengandungi toksin dan sel darah merah yang rosak. sel darah kotor ini akan terkumpul di lapisan bawah kulit sebelum di kumuhkan. Sel darah ini akan di gantikan oleh sel darah merah yang baru yang mengandungi oksigen dan nutrien yang di perlukan oleh sel tubuh.

2. Sel darah yang rosak (darah kotor)yang gagal di kumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat dan kesannya akan menggangu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

 

Masyallah, bila dengan penjelasan dari salah sorang ahli pekerja Pusat tersebut, aku berfikir untuk mencuba kerana ini melibatkan kesihatan aku, tanpa rasa ragu (walaupun aku nih blood phobia) perasaan ingin tahu bagaimana perasaan berbekam, aku mengambil peluang untuk mencuba. Pada permulaan dier menyuruh aku untuk berbekam dengan kadar yang banyak. Untuk pengetahuan semua, satu mangkuk harganya RM 15, oleh kerana kekurangan baget, aku membuat 10 mangkuk sahaja. Bagi aku, itu sudah memadai untuk aku mencuba sesuatu yang baru bagiku. Banyak hadis yang boleh di jadikan sebagai satu contoh yang mengajak kita berbekam. Antaranya:

1.” Sebaik baik pengubatan yang kamu pergunakan menjadi ubat adalah berbekam”-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

2. “Selama aku berjalan pada malam Isra’ bersama malaikat, mereka selalu berkata ; Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” – hadis Riwat Ibnu Majah

3. “Berbekamlah, jangan membiarkan darah yang berlebihan melimpah, maka ia akan membunuhmu”-hadis Riwayat Bukhari Muslim

4. “Di haruskan berbekam pada lekukan leher sebelah atas. Sesungguhnya hal itu menjadi ubat kepada 72 jenis penyakit” – hadis Riwayat Bukhari dan Abu Naim

Hadis-hadis di atas sebenarnya mengajak kita untuk berbekam kerana dengan berbekam dapat menjadikan tubuh kita sihat dan  bertenaga.

220920101319

Aku merasakan selepas berbekam, tubuh agak ringan, dan ada perasaan ingin berbekam lagi. Gambar di atas ketika aku berbekam. Kalau tengok pada mangkuk bekam tersebut terdapat wap yang menyelubungi mangkuk tersebut, itu adalah angin yang terdapat pada badan kita. Memang banyak angin la aku nih, haha. Darah kotor pula mula keluar dari mangkuk tersebut. Memang banyak.

220920101321

Banyak kan darah aku?? Kalau darah yang kasar dan berketul-ketul, itu adalah darah yang kotor manakalan kalau darah itu cair dan berminyak, itu adalah asid yang ada pada badan kita. Lihat gambar di bawah pula :

220920101322

Aku dah rasa nak loya tengok darah sendiri, Adehhhh, ok lah beralih pula kita dengan cerita yang seterusnya. Mesti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai Astro Beyond HD, betul x? Awal tahun 2010 Astro sudah mula memasarkan jenama full High definition Satellite  TV. Masa majlis pelancaran Astro Beyond, siap dapat percuma full package Astro Beyond TV LCD dan Astro Beyond, tuh awal tahun arituh. Sekarang dah nak hujung tahun dah, konfirm ramai dah pakai Astro Beyond, siap ader yang kata “ Sir baru nak pakai Astro Beyond? Rumah saya dah lama berBeyond” , haha, panas gak hati mendengar kata-kata students aku.

Iklan Astro Beyond

Masa mula-mula tengok Commercial Astro ini, rasa x paham pun ader, aper motif dan apakah Beyond? Jelas sangat ker boleh tengok sampai jerawat batu kat muka atau tahi lalat Sharifah Aini?? Aku x menghiraukan benda-benda ini semua sehingga aku membeli TV LCD Samsung 40’ di Kubang Krian sebelum raya arituh, terfikir untuk menukar dari Astro biasa SD ke HD.

020920101248

Pada 1hb Sept 2010 maka terkabul la diri aku mendapatkan TV LCD Full HD ini. Cantik X?? Nih antara barangan kesayangan aku, hehe. Maka nak di jadikan cerita, aku pon menelefon pihak Astro untuk mendapatkan pakej Astro Beyond. Dengan persetujuan dari aku, maka aku berharap supaya raya nanti aku boleh berHD dengan Beyond. Cuma yuran langganan hanyalah RM20, maka kita akan mendapat beberapa Channel HD. Antaranya ialah AXN 721, Fox 726, Supersport 831, ESPN 832, HBO 431, NatGeo 573, History 575 dan yang terbaru Star Movie 433. Banyak kan Channel tuh? Hehehe…Tapi perlu di ingat, Dekoder, Smart Card, Control dan piring lama akan  serahkan dan di berikan yang baru,

astro

Tadaaaa!! Yang nih lagi lawa, tol x?? Hehehe, banyak gak la funtion dia,…..Kita boleh dapat perbezaan antara Standard Definition (SD) dengan High Definition (HD):

bezaHDbukanHD

Nampak kan perbezaan dier?? Hehehe, kat gambar dah nampak jelas, apetah lagi kalau movie….adehhhh…

Jadi apa bezanya High Definition (Astro B.yond) ngan Standard Definition yang kita tengok hari-hari tue? Untuk pengetahuan anda, HD punya kualiti adalah 5 kali lebih lebih mantap daripada SD dari segala segi. Antara yang best ialah.

  • Gambar yang lebih jelas dan tajam. Katakanlah korang tengah tengok Astro tetiba keluar muka Sharifah Aini yang penuh tahi lalat tue, kami compem anda akan terkejut beruk sebab korang leh siap kira berapa banyak tahi lalat Kak Pah
  • Lebih banyak warna. Ha nie paling sesuai bila time tengok festival bunga api kat TV. Takderlah korang tertanya-tanya bunga api kaler apa tue. Ntah-ntah orang buta warna pun terus jadi elok sebab kaler HD sangat cun dan jelas.
  • Bunyi yang lebih mantap. Citer banyak tak guna kalau korang jenis layan movie kat HBO tue memang wajib dapatkan Astro B.yond nie. Diorang guna 5.1 Dolby Digital Surround punya sound tue beb. Lepas nie tak yah gi wayang dah. Duduk kat umah pun dah cukup. Sebijik macam dalam wayang

So kalau korang nak pakai Astro Beyond pastikan beli dulu LCD x kira la baper inci sekali pon, yang penting LCD bukan Plasma. Adeh penat gak promote Beyond nih sebab masih ramai yang tidak tahu fungsi HD sebenarnya. Bukan itu saja, yang ader duit lebih boleh la pakai Beyond PVR yang ader fungsi merekod, mengforward, pause dan lain-lain lagi tapi kena bayar lebih sikit sebab ader extra untuk servis tuh. Citer pasal Beyond nih xbest kat blog, kena merasai mcm mana rasanya duduk depan LCD dengan mulut kita ternganga tgk kesedapannya. So guys, upgrades to Astro Beyond to enjoy a total of 10 HD Channels all this for an additional monthly service fee of only RM 20.00….Yeah….fell gooddddd!!

 

Cerita terakhir, Biologi bukan subjek wajib? Hahaha, tuh yang aku rasa bangga sebab perjuangan aku untuk melihat lebih ramai lagi students aku menceburi bidang yang baru dari bidang medical Steam. Bagi aku, kesian kat pelajar jika mereka di paksa mengambil subjek yang bukan kehendak mereka untuk menduduki peperiksaan SPM.

REKACIPTA

Setahu aku, banyak pelajar agak stress dengan subjek Biologi yang agak dianggap sebagai Killer Subject. Biologi sebagai subjek main elective sebenarnya dah lama wujud, cuma SPM 2008 bermulanya subjek Biologi ini di angkat sebagai subjek Teras. Bila di lihat dari sudut di mana pelajar sukar untuk menguasai subjek ini, maka pihak MARA beranggapan bahawa subjek ini perlu dianggap sebagai subjek main elective? Why its called main? Students Have to choose either ones, Biology/ Rekacipta or Account. Then more 2 subjects, art and Tasawuf called 2nd elective for students who take biology as a main elective, got it? Budak RC dan Akaun boleh ambil tapi takut mengganggu subjek lain kerana RC dan akaun ada kertas yang mempunyai Folio. Di sini jelas bahawa MARA lebih bertanggungjawab dalam memastikan pelajarnya mendapat keputusan yang cemerlang untuk meningkatkan lagi keperluan pelajar pada masa akan datang. Bukan kita menafikan sumbangan subjek Biologi, tetapi kita perlu berpandangan jauh. Subjek Biologi susah kerana perlu menghafal, kebiasaannya subjek yang perlu menghafal di serahkan kepada pelajar yang pintar manakala pelajar yang memerlukan untuk menghasilkan projek, kebanyakkan nya pelajar yang kurang dari segi teknik menghafal. Dan perlu di ingat sebelum ini pon, kebanyakkan pelajar yang mengambil subjek Biologi sebagai Main elective jarang sekali mengambil Medical Stream as a profession. Kebanyakkannya mengambil Engineering as a profession. Ini adalah berdasarkan pengakuan beberapa orang bekas pelajar di sini dulu. Sejajar dengan itu juga, dengan pelancaran tahun 2010 sebagai tahun Malaysia Inovatif, menjadikan subjek Rekacipta dan Pendidikan Seni Visual menjadi satu daya tarikan pelajar untuk mengambilnya pada masa akan datang. Tahniah juga kepada team dari MRSM PC kerana berjaya ke Final bagi program realiti TV “Idea” dengan projek “Boombastic Pad”. Dengan mendapat Grant 2k untuk pengubahsuaian, di jangka peluang ke peringkat Final akan lebih sengit kerana dengan hadiah yang lumayan sebanyak RM30k, menjadikan IDEA: Malaysia Inventors Challenge akan lebih sengit nanti.. Tahniah di ucapkan sekali lagi.

mouse2

No comments:

Post a Comment