My Wattpad

My Wattpad
My Wattpad link

02 October 2010

Mendiam bukan bererti membisu…

Assalamualaikum.....

Erm....mendiamkan diri bukan bererti saya membisu.....kesibukan kerja membuatkan saya mengumpul material yang sesuai utk di jadikan bahan yang sangat berguna kepada yang belajar erti kesilapan....Banyak sangat isu yang berlaku diantara aku, rakan-rakan, anak murid serta keluarga aku sendiri....banyak kenangan pahit dan manis yang aku tempuhi sepanjang beberapa bulan ini, semua itu aku anggap sebagai pengalaman aku walaupon aku rasa pahit utk di telan. Aku dah lama x baca komen yang di berikan kepada aku sejak beberapa bulan yang lepas,agak mengejutkan bila ader beberapa komen yang di berikan kepada ku yang bunyinya agak kasar walaupon dia merupakan student aku sendiri yang telahmenggugurkan subjek aku. Tapi aku anggap ini semua adalah mentaliti pelajar yang tidak pernah menghargai aper yang aku buat selama ini, ucapan terima kasih aku berikan kepada mereka-mereka yang tidak berpuashati kepadaku.

Percaya atau tidak pengalaman banyak mengajar kita betul? Dia merupakan guru yang banyak mendidik kita erti kedewasaan dan erti kehidupan. Alhamdulilah sujud syukur aku dengan pengalaman aku yang cukup berharga, alhamdulilah...

Kita mulakan penceritaan kita dengan cerita aku berkonvoi keCameron Highlands pada 30 April hingga 1 hb Mei 2010 sempena cuti hari pekerja. Aku turut membawa isteri yang kebetulan cuti ketika itu. Konvoi ini dengan kerjasama di antara Gen2 Club Kelantan bersama dengan myPerdana Club Kelantan bagi mengeratkan silaturahim sesama insan, bertolak dari Kota Bharu kira-kira jam 8.30 pagi berkumpul di Dataran Al-Quran. Perjalanan yang memakan masa kira-kira 7jam agak memenatkan kerana banyak berhenti dan berkonvoi memerlukan kesabaran yang tinggi kerana terpaksa mengikut belakang kereta org lain dan terpaksa melalui pelbagai kerenah ahli-ahli konvoi yang lain. Tapi peristiwa yangmalang berlaku pada member Gen2 kami, saudara Faizol kerana kereta dia mengalami masalah teknikal semasa mendaki bukit di Cameron Highlands.Aku tidak dapat menunggu kerana masalah komunikasi semasa di dalam perjalanan itu, kesemua line tidak mempunyai signals. Kesukaran untuk berhubung menyebabkan kami tidak tahu aper yang berlaku selepas itu. Mujur kereta di belakang dia merupakan member gen2 club kami sendiri.Aku bersama rakan-rakan

clip_image001 dan geng Perdana hanya mengikut dari belakang, sorry Pejo kerana xdapat nak menolong atau menunggu anda ketika itu. Aku sampai di Pekan Cameron lebih kurang pukul 5 petang. Suasana sejuk mula terasa dan sambil menunggu rakan-rakan yang belum sampai kerana masalah teknikal tadi, aku bersama ahli-ahli yang lain minum petang di sebuah kedai yang di panggil Kedai Lalat. Mungkin di kelantan panggilan tempat itu agak familiar kerana Selain itu tempat itu juga di kenali sebagai Kota Jembal. Tapi Kedai lalat yang di maksudkan di sini adalah kedai yang mempunyai banyak sangat lalat, agak mengecewakan kerana sebuah pusat peranginan yang terkenal mempunyai situasi yang sedemikian. Begitu juga dengan tandas awam yang tidak mencapai tahap yang membanggakan. Kelihatan di depan permandangan kedai lalat tadi terdapat sebuah Mall yang rasanya terbengkalai hampir beberapa tahun mungkin disebabkan kekurangan baget. Agak malang kerana masalah ini tidak sepatutnya berlaku.Selepas mendengar taklimat ringkas oleh abg Sham, suami kak Ayu, kakak kepada Yus, Presiden Kelab Gen2 ketika itu, kami di serahkan beberapa bilik untuk menginap semalaman di sebuah apartment yang telah di uruskan oleh Kak Ayu, wakil dari My Perdana Club. Agak mengecewakan kerana apartment yang di berikan kepada kami tidak memenuhi spesifikasi kami sebagai pengunjung yang berkeluarga. Aku tidak mempunyai banyak masalah kerana aku cuma membawa isteri aku tetapi ahli Gen2 yang membawa anak pasti tidak mempunyai ruang yang cukup bagi menempatkan anak-anak mereka. Banyak rungutan yang di luahkan ketidakpuasan hati kerana beberapa masalah lain seperti penginapan dan juga BBQ. Malam tuh kami pergi mencari makanan kerana 'terluka' dengan

clip_image002

sikap penganjur dan memboikot majlis BBQ malam tersebut. Kami, beberapa buah kereta pergi mencari makanan untuk makan malam , agak happening kerana jarang sekali kami dapat bersama bersama-sama dengan ahli keluarga Gen2 yang lain untuk makan malam. Hampir 5 buah meja di sambungkan dan hidangan makan malam itu sungguh mengenyangkan...alhamdulilah. ...Keesokkan harinya kami bergerak pulang kerana ingin melawat beberapa tempat yang menarik dan membeli belah. Agak teruja bagi aku yang pertama kali menjejakkan kaki di Tanah Rata Cameron kerana dapat membeli belah di situ. Kami juga bergambar membuktikan kelab Gen2 Kelantan masih bergiat aktif. Jangan lupa join group Pemilik Kereta Proton Gen2 Kelantan di dalam Facebook.

Cerita Kedua : Keracunan makanan di MRSM PC....erm hampir sebulan jugak pelajar-pelajar MRSM PC mendapat hidangan dari Nasi Haikal Pengkalan Chepa. Kejadian berlaku sekitar pada bulan Mei, dari 10 Mei hingga 24 Mei 2010. Keracunan makanan sebenarnya adalah berpunca dari beberapa orang pelajar yang terpaksa di kejarkan ke klinik berdekatan kerana mengalamimuntah-muntah dan sakit perut akibat makan roti jala yang di bekalkan pada hari hujung minggu. Erm, aku sebenarnya dah menderita sakit perut sejak dari minggu lepas lagi cuma aku tidak tahu sama ada makanan yang aku makan berpunca dari Dewan Selera atau dari luar, aku sengaja mendiamkan diri, mungkin ader dari sesetengah pelajar berbuat demikian mungkin kerana mereka tidak tahu punca.Setahu aku, jarang aku makan luar kerana aku yakin Kontraktor baru mempunyai menu dan cara masakan yang sedap. Kontraktor baru mendapat kontrak pada awal tahun ini, merampas tahta Osojaya Sdn Bhd yang sekarang menjadi Kontraktor di MRSM Tumpat. Zubaidah Enterprise merupakan kontraktor yang membekal makanan pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Sains Machang sebelum ini.

Kejadian ANEH ini juga sebenarnya menyebabkan hampir pergerakan sekolah tidak dapat berjalan dengan jayanya kerana di khuatiri akan menyebabkan situasi bertambah buruk. Antaranya pelajar tidak di benarkan outing dan semua perniagaan berunsurkan makanan seperti gerai Burger Pak Lam, PUM dan Kedai makan Mummy Cafe terpaksa di tutup ( sekarang mmg kedai Cafe Mummy benar-benar tutup). Kejadian buruk di tambah dengan hampir kesemua pelajar-pelajar demam dan mendapar MC untuk beberapa hari. Di kelas, ramai pelajar tidak dapat hadir kerana tersebut dan ini menyebabkan ader beberapa orang pelajar mengambil peluang untuk sama-sama merasai MC yang hanya sekadar alasan kosong. Situasi bertambah buruk terdapat beberapa orang pelajar yang di syaki Kepialu yang mendapat rawatan susulan di Hospital Tumpat. Ketika itu,sebilangan doktor dari HBRPZ 1 datang merawat secara ekslusif di dalam bilik warden yang menjadi bilik gerakan sementara. Usaha Zubaidah Enterprise untuk menarik perhatianmenjadi dengan hidangan nasi haikal yang hampir sebulan di rasai oleh semua pelajar dan juga warden. Atas dasar itu la maka wujud la group Saya Suka Makan Nasik Haikal Pengkalan Chepadi dalam Facebook.Ini menyebabkan tindakan Jabatan Kesihatan menurunkan Gred kebersihan dari B kepada C. Agak tragis di situ.

clip_image003

Cerita ke3 : blog sebelum nih ader menceritakan bagaimana bertuahnya pelajar-pelajar MRSM PC sekarang kerana di bekalkan 28 bijik I-Mac di PSP. Ramai bekas-bekas pelajar agak iri hati dengan kemudahan-kemudahan yang di sediakan.

clip_image004Kali ini Badan Muafakat telah mengganti TV buruk di depan balai menanti kepada TV yang agak menarik yang baru untuk kemudahan pelajar di mana hampir 6 bulan sebelum ini pelajar tidak dapat menontonnya di Balai Menanti(Pok Gat). Juga pihak ANSARA juga memberi sumbagan LCD Bravia yang di letakkan di ruang tengah di Dewan Selera. Pihak Badan Muafakat juga menyediakan ruang belajar berbentuk Gazebo

clip_image005di tengah ruang antara bangunan Rekacipta dan Blok Akademik Ting 5.Banyak kemudahan yang tidak dapat di rasai oleh bekas pelajar-pelajar sebelum ini. Mungkin ader yang berasa iri hati dengan kemudahan-kemudahan yang di sediakan oleh pihak sekolah kepada pelajar, alhamdulilah......

Cerita ke 4 : Perpisahan Tuan Pengetua. Sedia Maklum Tuan Hj Saroni bin Kasmani telah bertukar ke MRSM Taiping pada 19 April 2010. Majlis perpisahan beliau telah di sambut oleh semua warga MRSM PC pada 12 April 2010 di Dewan Besar MRSM PC.

clip_image006

Agak terharu dengan sambutan oleh semua dan di raikan dengan jayanya. Syabas semua. Tuan Hj Saroni telah berkhidmat hampir 2 tahun bermula dari Bulan Mei 2008. Agak menyedihkan bila pelajar menyanyikan lagu "Di mana kan ku cari Ganti" dengan sayunya sehinggakan aku hampir menitiskan air mata. Walaupon banyak peristiwa yang tidak dapat ku lupakan semasa pemerintah beliau, tetapi beliau banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan. Beliau banyak mengajar aku tentang prosedur yang betul dalam menjaga reputasi sebagai pegawai kerajaan yang berdedikasi.. Cuma ramai yang mengeluh tentang bercakap berkaitan dengan duit semasa membuat perbincangan dengan beliau. Aku juga tidak pernah terlepas dari perbincangan terbabit. Program yang aku jalankan biasanya banyak melibatkan duit. Contoh yang terbaik berkaitan dengan

clip_image007

Program Robotik dan juga Rekacipta. Kadang-kadang mungkin ader yang terasa tetapi pemergian beliau banyak memberi kesan yang mendalam kepada aku. Aku tidak pernah menganggap beliau seperti sahabat tetapi aku mengganggap beliau seperti ayah dan bapa kepada aku yang tidak mempunyai bapa lagi. Aku doakan semoga beliau berjaya di dunia dan di akhirat, amin......

Cerita ke 5 : Setiap orang pasti ader aktiviti pada masa lapang. Aku? Erm...biasanya aku banyak menghabiskan masa aku di rumah atau lepak bersama-sama rakan kelab Gen2 Kelantan. Bercakap berkaitan dengan Gen2 Kelantan, aku pernah menjadi Timbalan Presiden Kelab selama 3 tahun dan meletakkan jawatan kira-kira sebulan yang lalu dengan majlis di adakan di Restoran Ukir di Pulau Melaka, Kelantan.

clip_image008

Sepanjang aku menjadi Timbalan, banyak aktiviti yang telah di rancang dengan jayanya. Aku bersama dengan Yus, State Leader Gen2 Club Kelantan banyak meluangkan masa untuk aktiviti seperti Konvoi ke Lata Tembakah, Bakar ayam BBQ di PCB, Konvoi menghadiri Hari Keluarga Gen2 Club Terengganu, meraikan hari perkahwinan ku di Melaka dan Konvoi di Cameron Highlands. Bagi aku cukuplah sekadar 3 tahun aku memegang jawatan Timbalan Presiden. Dengan keadaan yang sibuk, aku masih lagi ada masa untuk kelab Gen2. Kelab yang telah aku sertai sejak 2006 lagi. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku pelajari melalui rakan-rakan seperjuangan. Aku yakin dengan adernya pengurusan baru, kelab Gen2 Kelantan akan lebih mantap dan lebih bertenaga dengan kehadiran orang-orabg baru terutama State Leader yang baru, Ery. Tahniah Ery!! Aku doakan semoga kelab kita akan terus maju dan maju dengan pelbagai aktiviti yang menarik minat ahli-ahli baru dan lama.

Berkaitan dengan kereta Gen2 juga, aku sebegai Owner yang setia banyak menghabiskan masa aku dengan melihat daya kreativiti kawan-kawan aku untuk aku adaptasikan khayalan kereta aku supaya menjadi kenyataan.

clip_image009

Alhamdulilah hajat aku untuk mengecat semula kereta aku di makbulkan tuhan, syukur Alhamdulilah. Banyak juga duit telah aku habiskan demi memenuhi hajat aku yang tidak kesampaian sebelum ini. Aku terpaksa kerana melihat kepada kondisi kereta aku yang semakin hari semakin sakit mata aku memandang, membuatkan aku terpaksa mengeluarkan badget yang agak besar. Bermula dari mengecat kereta, menukar spotrim, menukar seat, menukar Exhaust, bonet fiber, sehinggalah menukar DVD kereta. Aku merasakan dengan penukaran yang agak besar, kemungkinan aku memberi tempoh beberapa tahun lagi sebelum aku menukarnya semula. Berikut adalah senarai harga yang telah di gunakan bagi tujuan modifikasi kereta :

clip_image010

1. Sembur cat RM 1500

2. Sport Rim RM 1200

3. Seat SSCUS RM 1100

4. Exhaust RM   650

5. Bonet depan RM  750

6. DVD Player RM 1000

7. Speaker / Tweeter RM 550

clip_image012

Cerita ke 6 : Program Kembara Seni Visual dan Rekacipta 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada 2-5 Jun 2010. Pelbagai cabaran dan dugaan di tempuhi bagi merealisasikan hajat pelajar-pelajar yang berharap dapat keluar dari kelompong MRSM PC yang jarang sekali menganjurkan program yang di luar dari kawasan sekolah. Sebenarnya tujuan program ini di jalankan bagi memberi pendedahan pelajar terhadap peluang pembelajaran yang terdapat di dalam aspek art and design. Bila pelajar Rekacipta terlibat dengan program ini, maka course yang melibatkan engineering perlu di masukkan bagi memberi sedikit pendedahan kepada mereka bagi melihat kaitan kepada subjek yang mereka ambil.

Alhamdulilah, tanpa menggunakan baget dari pihak MRSM PC, aku telah berjaya menghasilkan program yang memberi manafaat kepada aku dan students yang telah berpuas hati dengan program ini. Bayaran kepada drivers sebanyak RM650 agak memadai bagi program yang telah di biayai oleh setiap pelajar RM 100 seorang. Dengan mendapat tajaan dari beberapa pihak termasuk tajaan terbesar dari seorang ibubapa pelajar yang telah menaja sebanyak RM1000, terima kasih kepada ANZ Engineering Sdn Bhd kerana sudi menaja program kami. Begitu juga dengan pihak Koperasi MRSM PC Berhad kerana sudi menaja Cenderahati kepada pihak yang di lawati. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Seperti biasa, program lawatan pelajar hanya tertumpu beberapa tempat tumpuan yang memberi kepuasan kepada pelajar bagi melihat suasana pembelajaran atau suasana di dalam sektor seni visual dan rekacipta. Cuma agak terkilan kerana tidak dapat mengunjungi Limkokwing University dan Faculty of Architecture UiTM Shah Alam kerana kesuntukan masa. Tetapi kepuasan pelajar dapat diisi dengan beberapa tempat yang menarik terutama di Art Creation Sdn Bhd atau senang di panggil Gempakzstar. Disitu pelajar dapat melihat sendiri penghasilan kartunis berbakat di antaranya Zen, Kauro, ayour dan ramai lagi. Setiap tempat yang di lawati mesti di akhiri dengan perkara yang mengembirakan pelajar. Pelajar pun dapat banyak paper bags, begitu juga dengan surveniors, manafaat kepada pelajar MRSM PC yang akhirnya dapat menjejakkan kaki di beberapa tempat yang menarik. Pelajar MRSM yang terkongkong di dalam kawasan hanya tertumpu pada sekitar Kota Bharu dan Kelantan sahaja.

Cerita Terakhir : Aku dan diri ku di sini selamanya. Aku hanya insan sebatang kara yang mampu berdiri dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa di sini. Suka duka pahit manis hidup di perantauan hanya Allah sahaja yang tahu betapa tabahnya hati aku menanggung semuanya. Kadang-kadang aku pernah merasa menyesal kerana berada nun jauh dari kampong halaman. Tapi bagi aku itu semua adalah pengalaman. Betul kata orang, bukan semua akan menyukai kita, bukan mudah untuk memuaskan hati dengan semua orang. Aku terlalu penat untuk bersabar, terlalu penat untuk aku memendamkan perasaan aku. Kata orang setiap kesabaran pasti ada hadnya. Mungkin ramai berpendapat yang aku ini memang nampak happy go lucky tapi hanya tuhan yang tahu betapa aku terlalu sunyi, terlalu inginkan sebuah erti kebahagiaan. Tapi mereka semua tidak faham hanya melihat kepada keburukan dan menilai aku dengan penuh perasaan hasad dengki. Aku sendiri tidak mengerti kenapa ada juga manusia yang suka menyampai benda-benda yang kurang elok and only view a negative side of me. In fact, their only a few things negative side compared then the rest, akibat nila setitik rosak susu sebelanga.

Aku Cuma insan yang mendengar apa yang orang sampaikan kepada aku. Aku Cuma boleh menilai apa yang mereka rumuskan kepada diri aku. Kadang-kadang ada juga mereka yang masih baru berada di institusi ini dah mula menilai aku walaupun baru setahun jagung mengajar. Aku tak paham, sepatutnya mereka bersyukur kerana tidak perlu merantau di negeri orang lain. Sepatutnya mereka lebih mampu untuk menjaga anak negeri mereka sendiri berbanding aku yang mereka kategorikan sebagai orang luar. Perlukah aku berada di samping mereka jika aku ada urusan lain? Perlukan aku berlawak jenaka jika mereka masih tidak boleh menerima kehadiran aku? Nilai diri sendiri sebelum menilai orang lain. Tanya pada diri anda, layak kah anda menegur orang lain jika diri sendiri masih belum mengukir kejayaan??

Itu yang di namakan manusia, itu yang di namakan kehidupan, aku cuma mampu meneruskan tanpa bantuan sesiapa kecuali Allah SWT. Kebahagiaan yang daku cari mungkin akan menjelma Cuma kita tidak tahu bila akan menemui sinar kebahagiaan di dalam diri masing-masing. Aku, inginkan perubahan yang besar di dalam hidup aku, aku perlukan hidayah Mu Ya Allah! Sering berdo supaya aku akan pergi ke tanah suci, tapi bila agaknya seruan Mu itu Ya Allah. Aku hanya mampu berdoa setiap hari supaya suatu hari nanti aku akan menjejakkan kaki aku di sana, Insyallah…. Aku berharap bila semuanya sudah selesai, pasti jika satu hari nanti bila aku melelapkan mata aku untuk selama-lamanya, aku mengganggap itulah kebahagiaan yang abadi. Perjuangan aku masih lagi belum selesai, biarlah segala urusan ku di permudahkan, amin…..

Sempena hari yang mulia ini, aku menyusun jari beribu ampun memohon kemaafan kepada sesiapa yang mengenali diriku, semoga hidup kita di berkati, kesalahan yang aku ciptakan mungkin adalah dari perasaan yang negatif dari jiwa yang kotor,kita semua tidak pernah lari dari melakukan kesilapan, tidak pernah salah dari dosa dan noda. Minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, jika ader yang masih tidak berpuas hati dan masih berdendam dengan diri ini, ampun salah dan silap di pinta.

clip_image014

3 comments:

  1. we are at our best by being us and u are the best by being you.
    la tahzan for there are so many people out there who support u.

    btw,jelas ngn all those new facilities. :P

    ReplyDelete
  2. yeay cikgu dah update blog !
    cikgu , saya sudah berjaya menjejaki shafik shahidan , saya akan cuba untuk membawanya bertemu cikgu :P

    ReplyDelete
  3. ado jugop namo kawe.
    thanx bro.. huhuhu

    ReplyDelete