My Wattpad

My Wattpad
My Wattpad link

12 January 2010

Kisahku di MRSM..cuba hargai aku...

Akum..Sekali lagi aku ingin meluahkan aper yang terpendam pada diri aku sejak kebelakangan ini...kadang-kadang aku bukan minta untuk mengajar jauh dari family, jauh dari isteri tapi ini aku anggap sebagai satu dugaan buat aku..6 tahun aku duduk di Kelantan bukan satu jangka masa yang pendek...6 tahun di MRSM Pengkalan Chepa cukup buat aku menimba banyak pengalaman pahit dan manis....aku xpernah ke kelantan sebelum ni...kalau ader pon tuh masa aku berumur 6tahun semasa mengikutu rombongan kampung bersama family aku....aku pon dah xberapa ingat sgt...erm...tahun 2004 aku datang bersama abang dan emak aku pada 12 Julai 2004, ketika itu aku berumur 25 tahun..baru graduate dalam bidang Post Graduate of Art Education di UiTM Shah Alam, erm...masih muda dan gagah remaja lagi,,....erm...orang yang aku berjumpa pertama sekali adalah Pengetua masa tuh..Tuan Hj Idhan Mamat...bole aku panggil ayahanda..dia sangat mengambil berat terhadap aku sehingga kan sanggup berkongsi rumah dengan nya ketika aku menyatakan yang aku belum mempunyai penginapan di Kelantan...lantas dengan itu..dia memberi kan aku penginapan yang aku duduk kekal sehingga sekarang..terima kasih kepada Hj Idhan kerana segalanya.... Selepas itu bermula aku kehidupan aku sebagai seorang guru di MRSM Pengkalan Chepa..aku berasa amat gembira dengan tugas aku kerana aku yakin aku mampu untuk melakukan yang terbaik...pada mulanya aku pada surat tawaran yang aku terima aku aku keliru dengan status MRSM yang di tawarkan kepada aku ..Progam Khas Pendidikan (PKP)...kerana aku ingat seperti pelajar-pelajar cacat yang aku kena ajar...hahahah...itu Program Pendidikan Khas...hahaah..ape la aku nih...huhuhu...rupa-rupanya aku mengajar dengan pelajar-pelajar yang cemerlang kerana nak masuk MRSM PKP memerlukan pelajar-pelajar yang mendapat 8A..jadi aku pon menggangap pelajar-pelajar yang cemerlang hanya memerlukan pemantauan yang mininum..tetapi sangkaan aku salah....rupanya masih ada juga segelintir pelajar yang bukan dari golongan yang baik..biasala..dah nama remaja..mesti ada kisah nakal di sebalik kepintaran mereka...lagi pintar mereka..lagi licik rupanya mereka mencari peluang untuk melakukan kegiatan NAKAL mereka...

Aku di tawarkan mengajar subjek Seni Reka..aku agak keliru waktu itu ke
rana semasa aku bersama kementrian, aku mengajar subjek Pendidikan Seni Visual..rupanya subjek Seni reka adalah subjek khas yang di tawarkan kepada pelajar MRSM sahaja....tetapi masih menggunakan silibus kementrian...tetapi bergantung kepada kreativiti guru MRSM untuk mencari idea bagi melaksanakan projek-projek pelajar.....Aku?? kebiasaan projek aku lebih tertumpu pada kemahiran mereka melukis...aku malas nak buat projek grouping atau projek yang mengarut2..nanti penuh projek budak-budak kat bilik aku yang USELESS plak...so aku lebih kepada individual project jer..lebih senang nak tgk skills budak nih... Tahun berikutnya aku di tukarkan status dari guru Seni reka kepada guru Rekacipta....suatu benda yang baru bagi ku....tapi atas dasar cabaran aku tempuhi jua demi menjadikan aku seorang guru yang versatile....tetapi aku still mengajar Seni reka dalam masa yang sama...ini menjadikan masa di dalam jadual aku bertambah banyak...tetapi ada pihak atasan memandang kerja aku?? TIDAK sama sekali......yang mereka tahu semua tugas-tugas aku perlu di selesaikan dalam masa yang di tetapkan....huhuhu...namun aku anggap itu semua dugaan dari Nya...


Selepas aku di tawarkan menjadi guru
Rekacipta..HQ MARA telah mewujudkan program Apresiasi robotik yang meminta 8 MRSM yang bertindak menjadi aperantis kepada maktab-maktab lain...aku di pilih bersama dengan cikgu Koma utk menjayakan program tersebut dengan hati yang terbuka walaupon aku tidak pernah tahu pasal robot-robot nih...tetapi demi kesungguhan yang ada..aku berjaya juga mengharungi segala urusan yang berkaitan dengan robotik...walaupon aku degree in art and design..benda-benda yang melibatkan teknikal kurang ckit...namun aku percaya ilmu itu satu anugerah yang tidak ternilai....alhamdulilah..imu robotik banyak mengajar aku erti kesabaran.....maka dengan rasminya aku telah menjadi penasihat bagi kelab robotik MRSM PC...huhuhu....maka MRSM telah mewujudkan Robofair untuk di pertandingkan di peringkat Inter MRSM seluruh Malaysia....maka penasihat ini la yang bersusah payah menyiapkan segala urusan yang berkaitan dengan robotik....1st Robofair kita tumpang Tunas Saintis kat MRSM Pontian...agak kelam kabut jugak ketika itu masa tuh pada tahun 2005...2nd 2006 di MRSM Taiping, 3rd 2007 di MRSM TGB, 4th 2008 di MRSM KKB, 5th 2009 MRSM Alor Gajah dan this year 2010 di MRSM Kubang Pasu....sepanjang memori bersama Robotik, tahun lepas kenangan yang paling manis kerana memenangi Juara Keseluruhan Robofair....tapi ada org nampak?? TIADA!! Aku dah 2 kali membawa pelajar ke Pertandingan di Peringkat Antarabangsa 2007 di Singapore dan 2009 di Korea walaupon di Korea aku tidak terus ke sana, namun aku berjaya menjadi penasihat robotik untuk menyiapkan robot di UNITEN selama seminggu...ade orang tahu?? TIADA!!..aku percaya segala usaha aku telah aku sempurnakan atas dasar kerana Allah....biar hanya Allah yang tahu dengan usaha aku selama ini..... Tahun lepas jugak aku telah berjaya bersama dengan pelajar-pelajar RC untuk ke Pertandingan Rekabentuk Malaysia 2009 dan berjaya menjadi 18 finalis untuk peringkat kebangsaan..namun ader org tahu usaha aku?? TIADA!! Aku berasa bangga pencapaian aku sebagai seorang guru di MRSM walaupon tiada seorang pon yang menghargai aku ketika ini....aku juga berasa bangga kerana aku lebih MAJU berbanding dengan guru-guru lama....bukan nak berbangga diri tetapi aku yakin satu hari nanti rezeki aku akan tiba juga..insyallah ..amin...bak kata Azwan Ali.."Ade aku kisah" hahahahha....


Yang aku sedih pihak pengurusan maktab xpenah pon "mention" kat perhimpunan atas kejayaan pelajar-pelajar MRSM PC yang telah berjaya mewakili Malaysia ke International Robot Olympiad di Korea Selatan....wal
aupon mereka kalah...siapa lagi kalau bukan pelajar kita sendiri yang berjaya pergi ke sana?? Tiada seorang guru pon yang pernah menghantar pelajar mereka selain dari guru penasihat robotik yang pernah menghantar sebanyak 2 kali ke luar negara....huhuhu...masa di dalam perhimpunan tersebut..hanya Allah yang tahu betapa sedihnya ketika itu....tapi xpelah biarlah aku war-warkan di dalam blog nih...3 orang pelajar robotik telah terpilih mewakili Malaysia....Samawi, Nik Hazman Azizi, dan Syarqawi...


Setiap tahun aku telah berjaya mengekalkan keputusan pelajar PSV dan RC
100% A1..namun tiada seorang pon yang menghargai aku ......seperti kenyataan aku di dalam post aku yang terdahulu, subjek aku hanya subjek ke 10.....sebagus mana sekali pon mereka mengatakan subjek aku senang nak score..ade ke camtuh?? tak tahu aku bersama dengan pelajar sehingga pukul 2-3pagi semata-mata nak menyiapkan folio pelajar-pelajar? tanya la kepada mereka (my students) kalau kenyataan aku nih buat SALAH!....setiap subjek ade kelemahan dan kekurangan yang tersendiri.....tolong la....jangan wat tafsiran sendiri..jangan menilai kerja org lain..nilai dulu kerja kita...(di tujukan kepada guru-guru MRSM PC) yang hanya meletakkan subjek ke 10 seperti Prinsip Akaun, Tasawuf, EST, PSV dan RC ke tahap yang rendah..sekurang-kurang nya lihat effort guru-guru tersebut....ini adalah mentaliti org-org melayu....Kejayaan manis buat aku adalah mendapat kejayaan tempat pertama seluruh MRSM bagi subjek PSV ketika SPM 2007, alhamdulilah....



Setiap 2 tahun sekali aku mesti akan mengadakan pameran seni.....aku buat benda nih semua aku nak semua org nampak seni di sekolah sains perlu di banggakan...nak harapkan sekolah kementrian...pelajar-pelajar PSV mereka di letakkan di kelas hujung, kelas di mana pelajar mereka jenis yang tidak pandai membaca..mcmana nak dapatkan produk kualiti jika tidak kepada pelajar-pelajar MRSM?? Aku nak buktikan kepada semua orang bahawa pelajar-pelajar seni mampu untuk dibanggakan...tetapi adakalh usaha aku di ambil kira?? TIDAK!! Aku x tahu di mana silap aku kerana setiap aku kali aku ingin membuat program...mendapat banyak tentangan daripada pihak atasan sedangkan usaha aku ini adalah untuk kebaikan pelajar..bukan untuk aku...aku dah lepas melalui pengalaman ni semua...tetapi entah la..mentaliti orang...kita tidak boleh paksa... Begitu juga dengan Program Kembara Seni Visual dan Rekacipta, aku buat nih untuk mendedahkan pada pelajar tentang kerjaya di dalan seni visual dan rekacipta...bukan utk aku..untuk kebaikan pelajar-pelajar aku....aku dah merata pergi ke tempat-tempat tuh semua...sape yang sanggup bersama dengan pelajar selama seminggu semata-mata nak membawa mereka ke tempat-tempat tuh semua?? aku terpaksa korbankan masa cuti aku semata-mata untuk pelajar aku?? cuba bagitahu aku saper guru yang sanggup buat macam tuh selain dari aku?? aku dah kawin....ada keluarga sendiri...tapi semua tuh org tak pernah pandang pon usaha aku... Aku bukan untuk menagih simpati...aku bukan patung yang bernyawa...aku juga mempunyai perasaan seperti anda semua....hargai aku jika aku masih di sini....jika aku tiada nanti...masa itu la baru sedar akan kewujudan aku di sini.....betul bak kata org....org tidak akan menghargai kita jika di depan mata...org akan mengingati kita bila kita sudah tiada...aku juga akan berpindah dari sini..aku juga akan menetap di negeri aku sendiri...hujan emas di negeri orang...hujan batu di negeri sendiri..baik di negeri kita sendiri....walaupon aku tak mahu di timpa batu (hahahah), Kelantan...aku akan pergi satu hari nanti..MRSM PC..satu kenangan yang tidak dapat aku lupakan nanti...bila kah aku akan berpindah?? aku sendiri tak tahu....hanya takdir yang akan menentukan.....hati ku sudah tawar di sini...hati aku tiada lagi sini...semuanya hampar selepas ape yang aku alami hanyalah satu pengalaman yang banyak mengajar aku erti kehidupan di sini...aku pon sudah fasih bercakap kelantan yang mungkin bonus buat aku di negeri che siti wan kembang....6 tahun cukup buat aku mengenali masyarakat di sini..alhamdulilah..aku banyak berkenalan dengan pelbagai jenis ragam manusia yang mengajar aku erti kesabaran dan erti sebuah kehidupan.....Ya Allah..Kau berikan aku petunjuk agar aku dapat mengharungi kehidupan aku agar lebih sempurna..Ya Allah....Kau tabahkan hati aku semoga aku dapat menjadi seorang insan yang di berkati oleh Mu....Aku redha di atas segala-galanya...aku yakin ada sinarMU yang akan menyusul tidak lama lagi....Kau berikan aku kekuatan Mu Ya Allah...Amin Ya Rabbul Alamin......

04 January 2010

SAKIT BELAKANG









PENGENALAN

Sakit belakang kerap dialami oleh kebanyakkan orang dewasa samada sakit sedikit atau teruk. Struktur dan fungsi tulang belakang menyebabkan bahagian belakang lebih cenderong mengalami kesakitan atau kecederaan. Tulang belakang yang menyokong badan kita mempunyai 33 tulang vertebrae berasingan yang dipisahkan oleh pelapik kartilej bolehsuai yang dipanggil 'disc' atau piring. Ia dikelilingi dan disulami dengan ligamen, otot, dan saraf. Sakit belakang boleh terjadi bila berlaku pegerakan yang salah atau secara tiba-tiba, terlalu banyak tekanan bebanan apabila membawa atau mengangkat barang berat, atau posisi badan yang lemah. Walaupun biasanya masalah ini tidak serius dan boleh diatasi dengan mudah namun kadang kala ianya boleh disebabkan oleh penyakit atau kecederaan yang terjadi pada tulang belakang, atau bagi sesetengah kes yang jarang berlaku iaitu penyakit pelvik dan abdomen seperti batu karang dan jangkitan.

TANDA-TANDA
Sakit atau sengal pada bahagian belakang, biasanya pada bahagian pinggang.
SEBAB-SEBAB
Kecederaan otot, seperti:

* Bentuk badan yang lemah - disebabkan oleh otot abdomen dan belakang lemah, postur yang lemah, terlalu lama duduk, berdiri atau membongkok dan kurang bersenam.

* Kecederaan - hasil daripada pergerakan secara tiba-tiba atau terlalu kuat, atau cara yang salah mengangkat barang berat.

* Kekejangan - disebabkan oleh stres atau tekanan.

Terdapat penyakit tulang, sendi atau penyakit-penyakit lain seperti arthritis atau ketumbuhan.
Kegemukan yang mana memberi bebanan kepada tulang belakang.
Kasut bertumit tinggi, yang mana menolak pinggang kehadapan dan meletakkan bebanan berlebihan ke atas bahagian bawah belakang.
Bagi wanita , sakit belakang terjadi ketika sebelum atau semasa haid.
LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL
Sekiranya anda duduk, berdiri atau membongkok untuk tempoh yang lama, ubah kedudukan anda setiap 30 minit.
Mengamalkan postur ( posisi badan ) yang baik.
Memastikan anda tidur dalam posisi yang betul.
Tukar tilam kepada tilam yang lebih kemas yang boleh menyokong belakang anda.
Ambil ubat tahan sakit yang sederhana kekuatannya. Masaj bahagian yang sakit dengan minyak , krim atau salap yang dapat menahan sakit atau mencegah bengkak.
Jika anda menerima erawatan bagi penyakit tekanan darah tinggi, sila ambil ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan jangan berhenti tanpa merujuk kepada doktor.
Jika anda gemuk, berusahalah untuk mengurangkan berat badan.
Selalulah bersenam.
Tuam belakang anda dengan bahan panas seperti botol air panas, tuala panas, dedahan kepada sinaran lampu infra red, untuk kira-kira 15 minit sekali atau dua kali sehari.
Elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi.
Rujuk doktor apabila sakit tidak hilang atau menjadi lebih teruk , kaki anda menunjukkan tanda-tanda lemah, atau anda mengalami masalah mengawal kencing.
Panggil ambulan jika sakit belakang anda disebabkan oleh terjatuh atau terhentak pada bahagian tersebut.
PETUA MENCEGAH
Amalkan postur yang baik dengan memastikan bahagian belakang anda tegak.
Gunakan kerusi yang dapat menyokong belakang anda dengan baik.
Tidur atas tilam yang sesuai (tidak terlalu lembut) dan elakkan berbaring dengan muka ke bawah.
Elakkan daripada duduk, berdiri atau membongkok terlalu lama.
Jangan mengangkat beban yang berat dengan membongkok.
Lakukan senaman terutama senaman yang dapat menguatkan otot abdomen dan belakang.
Jika berat anda meningkat, berusahalah untuk mengurangkannya bagi meringankan beban kepada tulang belakang.
Elakkan memakai kasut bertumit tinggi.

CARA SENAMAN BELAKANG


Hariz bin Ayyub menceritakan : Dari Abu Samina, dari Ali bin Asbath, dari Abu Hamza, dari Hamran bin A'yan yang berkata : Seorang lelaki mengadu kepada Muhammad bin Ali al-Baqir 'alayhis salam : "Wahai putra utusan Allah ! Saya menderita sakit yang amat sangat pada bagian pinggang (al-khashira) dan telah mencoba mengobatinya dengan segala cara, namun tak juga sembuh." Al-Baqir as bertanya, "Bagaimana dengan permohonan Amirul Mukminin?" Lelaki itu balik bertanya, "Apakah itu gerangan, wahai putra utusan Allah?" Beliau [Imam as] berkata, "Apabila engkau selesai menunaikan sholat, taruhlah tanganmu pada tempat sujud, tepukkan dan katakan :
    Afa hasibtum annamaa kholaq-naakum 'abatsaw
    Apakah engkau mengira bahwa Kami menciptakanmu dengan sia-sia

    wa annakum ilainaa laa turja-'uun(a)
    dan engkau takkan dikembalikan kepada Kami ?

    Fata-'aa-lalloohul malikul haqq(u)
    Maka Mahatinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya

    laa ilaaha illaa huwa robbul 'arsyil kariim
    tiada tuhan selain Dia, Pemilik Singgasana Yang Mulia

    Wa may-yad'u ma-'alloohi ilaahan aakhoro
    Siapa saja yang berdoa kepada selain Allah

    laa burhaana lahuu bihii
    tidak ada keterangan yang jelas tentang hal itu

    fa innamaa hisaabuhuu 'inda robbih(ii)
    maka perhitungannya ada di sisi Tuhannya

    innahuu laa yuflihul kaafiruun
    sungguh tak akan berjaya, kaum yang kafir

    Wa qur robbigh-fir war ham
    Dan katakanlah : Tuhanku, ampuni dan rahmatilah

    wa anta khoirur-roohimiin
    dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi Rahmat
    .

    (Quran, Surah 23 : 115-118)

Lelaki itu berkata : "Saya melakukan hal yang demikian itu, dan rasa sakit itu reda. Segala puji bagi Allah, Azza wa Jalla."

02 January 2010

Persahabatan Yang pudar....

Erm...aku rasa terpanggil utk nak post kan pengalaman aku di blog aku.....macam mana kita nak bezakan di antara kawan, sahabat dan teman.???? erm....itu lah yang berlaku dengan hidup aku....aku ramai kawan...tetapi hanya segelintir yang menjadi sahabat aku..tetapi untuk menjadi teman...aku tidak ade yang bebetul2 yang berada dengan ku sama ada didalam keadaan susah atau senang melainkan isteriku...tetapi isteri lain pulak konsepnya...

well...aku mempunyai dulunya 3 orang sahabat karib yang paling rapat...muhammad zahid, mohd affandi dan mohd fitri.....kini hanya tinggal kenangan sahaja...even mereka semua sudah berkahwin..tapi aku anggap mereka semua telah berjaya untuk aku lupakan.....mungkin aku terlaiu kejam untuk melupakan mereka..tetapi adakah mereka semua mengingati aku?? selama ini pon setiap program yang di rancang bersama adalah sebahagian dari
inisetif aku....tapi mereka hanya mementingkan diri sendiri....entahlah....aku terlalu kecewa dengan sikap mereka yang tidak pernah menghargai aku sebagai sahabat mereka.....terbaru..mohd fitri--aku hanya dapat tahu dia kawin sehari sebelum majlis perkahwinan dia di telok mas melaka...tuh pon melalui telefon dari dia....aku x sempat nak dapatkan kad darinya....entahlah....aku rasa terhina kerana dia adalah sahabat aku tetapi memandang ringan pada perhubungan ini.....selama ini aku banyak berkorban pada persahabatan yang kitaorg bina...tetapi inikah hasilnya?? mungkin dia terlalu angkuh dengan sikap nya yang bodoh sombong....

kami berempat..aku yang kahwin dulu....tetapi sepanjang perkahwinan aku...aku sanggup berkorban untuk keluar bersama-sama mereka dan meninggalkan isteri aku di rumah...ini kerana sebelum nih aku mengangga
p bahawa aku perlu menjaga persahabatan ini lebih dari isteri sendiri...tetapi selepas mereka semua berkahwin...aku di tinggalkan dan mereka bersama-sama isteri kesayangan...walhal pada ketika mereka belum berkahwin...aku di ajak nye keluar walaupon di waktu malam....aku rasa terkilan yang terlampau....

Dan bila aku berada sebulan di melaka....tidak ada seorang dari kawan2 ku yang bertanya kepada aku sama ada aku berada di melaka ataupon tidak..padahal mereka tahu aku memang berada di melaka...bila aku berada di kota bharu..barula semua kawan2ku bertanya kenapa aku tidak menghubungi mereka...aku baru sedar sekarang sahabat....kawan adalah sama sahaja...mereka hanya mempergunakan aku untuk kebaikan mereka.....

sekarang aku sedar yang sahabat sejati ku adalah isteri ku sendiri..dia yang berada di tempatku di dalam keadaan susah ataupon senang..aku b
aru sedar yang isteriku adalah teman dan sahabat yang sejati...bukan rakan2 ku yang lain......aku anggap ini sebagai satu pengalaman hidup yang tidak mungkin aku lupakan....terima kasih kepada mereka yang pernah hadir dalam hidupku...sekarang masa untuk aku tumpukan perhatian aku terhadap rumahtangga aku....sebaik mana pon sahabat..dia akan meninggalkan kita satu hari nanti....mungkin untuk selamanya.....Ya Allah berikan aku kekuatan untuk aku menempuh alam baru bersama Atiatul Wardah Bte Abdullah.....berikan kami kurniaan Zuriat yang sempurna sifat dan akhlaknya...amin...

Selamat Kembali Ke sekolah

Ari ni pelajar-pelajar MRSM PC akan kembali ke maktab, bermula sesi persekolahan untuk tahun 2010..pelajar yang berada di tingkatan 4 tahun lepas akan menjadi senior bagi tahun ini...erm..mungkin ada yang sesetengah pelajar akan menjadi lebih ganas..nak nampakkan senioriti agaknya....tapi itu semua hanya bersifat sementara....yelah sebelum ini mereka-mereka itu hanya di anggap sebagai follower jer....tapi bila dah masuk tingkatan 5, semua nak nampak hebat...erm.....ramai gak students yang bertanya pukul berapa perlu masuk maktab..kadang-kadang tension gak ngan soalan-soalan budak-budak mcam tuh, macam la tak pernah masuk maktab paling lewat pukul berapa perlu ada di kawasan maktab...tu kadang-kadang malas nak layan dengan soalan-soalan yang tidak mencabar macam tuh..huhuhuh....ari rabu ada meting warden..semua bersetuju untuk membuat cabutan bagi bilik asrama yang akan mereka duduk untuk sesi 2010...so kira masa masuk ke balai menanti nanti, mereka akan membuat cabutan dan terus masuk ke bilik yang mereka cabut..kira macam first come first serve, pastuh mereka boleh la bertukar-tukar no bilik mengikut citarasa kawan masing-masing....kalau dulu mereka di tentukan mengikut homeroom atau kelas..tetapi bagi tahun ini, mereka boleh membuat keputusan sendiri bagi ahli bilik masing-masing, erm rasanya ok jugak kot...tapi kurang la pemantauan bagi sistem homeroom nanti, ada warden yang mengatakan bahawa sorting by homeroom tidak mendapat ape-ape tindakan dari sistem homeroom itu sendiri, wallualam....kita tengok dan lihat sahaja keberkesanannya nanti,... Aku plak x sabar nak dapat pelajar homeroom aku yang baru bagi sesi 2010/2011,...pelajar tingkatan 4 di jangka akan tiba selepas hari raya cina pada bulan 2 nanti, erm....kira pelajar tingkatan 5 berada di dalam keadaan yang bahagia selama sebulan kerana banyak ruang bagi mereka untuk berada di padang, dewan selera dan perpustakaan secara aman dan tenteram... 3 orang pelajar tingkatan 4 tahun lepas telah di pindahkan ke MRSM lain kerana masalah displin ape lagi kalau bukan kes merokok....agak aman mungkin kerana kes ini akan menjadikan pelajar yang sedia ada berada di dalam keadaan yang berjaga-jaga untuk tidak melakukan kesilapan...masalah rokok bukan masalah baru bagi setiap institusi pendidikan menengah...tak kira la sekolah SBP,MRSM, Agama, Maahad, Teknik, mahupun sekolah harian biasa, masalah ini tidak pernah selesai, masalah remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru boleh dianggap berbahaya kepada mereka kerana dengan merokok boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik pada usia mereka yang terlalu muda....perasaan macho dan di anggap kelelakian bagi perokok-perokok muda ini sebenarnya adalah salah kerana mereka membeli rokok tersebut dengan menggunakan duit dari pemberian ibu, bapa atau penjaga mereka...


Well guys...welcome back to college....get prepared for your SPM this year.....and for my lovely art and RC Students...having a great time together and i'll be your great teacher...insyallah.....

01 January 2010

Happy New Year 2010


Selamat Tahun baru 2010...alhamdulilah..kita telah pon berada di tahun baru, erm, muncul satu lagi tahun bermakna usia kita sudah bertambah, erm..makin tua la ...makin kita menghampiri pelbagai kerenah duniawi....dan kita perlulah menambahkan ibadah kepadaNya....erm....harapan menggunung utk tahun baru bagi mencapai cita2 yang belum lagi tercapai....banyak halangan yang aku tempuhi sepanjang aku bergelar suami...biasala...hubungan jarak jauh banyak mengajar aku erti kesabaran....erm....aku cuba usahakan untuk kebaikan bersama.....erm....aku pon dah berusaha banyak kearah kebaikan....aku pening kepala sekarang....nak pindah ke MRSM mana aku pon xtahu....Subjek yang aku ajar hanya utk seorang guru bagi sebuah MRSM...kalau ade tapi kat mana yang dekat dengan isteri ku di Kuala Lumpur?? MRSM KKB?? dah ade guru....erm...MRSM Bentong?? MRSM TGB??? aku pon xtahu....

Tahun ni aku nak berazam utk dapat baby...hahhaha...kalau boleh biarlah menjadi kali nih..amin...aku nak tingkatkan usaha aku dalam subjek aku....Rekacipta dan Pendidikan Seni Visual...erm...aku memang berhajat nak bawak mak, isteri aku ke Mekah utk buat Umrah...harap2 tuhan perkenankan hajat aku ini amin...pastuh kalau boleh aku nak la dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)..sepanjang aku menjadi guru di MRSM PC, belum pernah aku mendapat APC...tak tahu la kenapa....erm..banyak jugak benda yang aku buat tetapi tidak pernah mendapat perhatian dari pihak atasan....tu antara masalah yang aku rasa x patut....kadang2 aku rasa benda2 nih semua macam kroni atau senioriti...aku rasa tidak adil..walaupon dia org baru tetapi kalau kerja dia TIP TOP...aku rasa dier layak..berbanding die dah 10thn kerja tapi langsung x memberi ape2 sumbangan kepada MRSM....yela..mana la org nak pandang subjek ke 10 cam aku nih?? org memang xpandang...Pendidikan Seni dan Rekacipta?? walaupon setiap tahun pencapaian aku 100% A1..tetapi orang tetap x pandang.....kejayaan aku yang terbaru menghantar pelajar Robotik ke International Robot Olympiad.....ni pon banyak kontroversi.....erm....pening kepala...dari awal lagi banyak sgt masalah...nak wat persiapan unutk robot je dah memakan seminggu jugak kat UNITEN...nasib baik ader budak2 Mobile Robotic Club UNITEN....erm...penat gak la menghantar pelajar2 dari Bandar Sunway ke Bangi....banyak kali gak la tersesat....semangat pelajar-pelajar membuatkan aku kesian dengan mereka yang bersungguh-sungguh nak menghasilkan yang terbaik..yelah nak bertanding d perngkat antarabangsa..mesti lah nak buat yang terbaik...tapi itu lah dugaan aku sepanjang aku berada di tahun 2009......soal cinta?? erm aku dah ada isteri...aku tak perlu cinta dari yang lain selaian cinta kau kepada Yang Maha ESa.....biasa la adat berumahtangga.....sedangkan lidah lagi tergigit...inikan pula suami isteri...gaduh-gaduh manja tuh biasa la....cuma rezeki aku pada tahun 2009 kurang. masuk.....aku anggap ini semua dugaan...bak kata isteri aku Tuhan tidak akan menduga hamba-hambaNya di luar kemampuan kita.....sekurang-kurang nya ada kehadiran Atiatul Wardah mengurangkan tekanan aku di tempat kerja...


Kehadiran 2010 mengharapkan sesuatu kejayaan atau mukzijat yang datang menghampiri aku....aku xingin di belenggu kepayahan di dalam hidup....biarlah 2009 berlalu dan kehadiran 2010 memberikan aku impak yang besar...kehadiran bayi di dalam hidup aku akan mewarnai kehidupan kami sebagai suami isteri...ramai yang sudah bertanya..bila kami akan menimang cahaya mata....bak kata aku masa permulaan penulisan...kami jauh....nak mencari masa yang sesuai untuk mendapat anak adalah susah....masa subur si isteri perlu di ambil kira...di tambah isteri aku seorang yang sangat sibuk...nak datang berjumpa aku di Kota Bharu kadang-kadang sebulan baru berjumpa...tu pon mujur la....aku nak datang KL?? dia duk ngan kawan-kawan dia so aku rasa better dia datang Kota Bharu...sekurang-kurangnya baget nak duk hotel tuh boleh di bawa untuk kegunaan lain....dia boleh menguruskan rumah tangga di rumah warden MRSM ini...gosok baju keje aku...masak untuk aku...kemas rumah...erm....bahagia rasa..hehhehe....dan megharapkan 2010 akan bersinar dan terus bersinar..amin

Happy New Year 2010


Selamat Tahun Baru 2010,