My Wattpad

My Wattpad
My Wattpad link

02 January 2010

Persahabatan Yang pudar....

Erm...aku rasa terpanggil utk nak post kan pengalaman aku di blog aku.....macam mana kita nak bezakan di antara kawan, sahabat dan teman.???? erm....itu lah yang berlaku dengan hidup aku....aku ramai kawan...tetapi hanya segelintir yang menjadi sahabat aku..tetapi untuk menjadi teman...aku tidak ade yang bebetul2 yang berada dengan ku sama ada didalam keadaan susah atau senang melainkan isteriku...tetapi isteri lain pulak konsepnya...

well...aku mempunyai dulunya 3 orang sahabat karib yang paling rapat...muhammad zahid, mohd affandi dan mohd fitri.....kini hanya tinggal kenangan sahaja...even mereka semua sudah berkahwin..tapi aku anggap mereka semua telah berjaya untuk aku lupakan.....mungkin aku terlaiu kejam untuk melupakan mereka..tetapi adakah mereka semua mengingati aku?? selama ini pon setiap program yang di rancang bersama adalah sebahagian dari
inisetif aku....tapi mereka hanya mementingkan diri sendiri....entahlah....aku terlalu kecewa dengan sikap mereka yang tidak pernah menghargai aku sebagai sahabat mereka.....terbaru..mohd fitri--aku hanya dapat tahu dia kawin sehari sebelum majlis perkahwinan dia di telok mas melaka...tuh pon melalui telefon dari dia....aku x sempat nak dapatkan kad darinya....entahlah....aku rasa terhina kerana dia adalah sahabat aku tetapi memandang ringan pada perhubungan ini.....selama ini aku banyak berkorban pada persahabatan yang kitaorg bina...tetapi inikah hasilnya?? mungkin dia terlalu angkuh dengan sikap nya yang bodoh sombong....

kami berempat..aku yang kahwin dulu....tetapi sepanjang perkahwinan aku...aku sanggup berkorban untuk keluar bersama-sama mereka dan meninggalkan isteri aku di rumah...ini kerana sebelum nih aku mengangga
p bahawa aku perlu menjaga persahabatan ini lebih dari isteri sendiri...tetapi selepas mereka semua berkahwin...aku di tinggalkan dan mereka bersama-sama isteri kesayangan...walhal pada ketika mereka belum berkahwin...aku di ajak nye keluar walaupon di waktu malam....aku rasa terkilan yang terlampau....

Dan bila aku berada sebulan di melaka....tidak ada seorang dari kawan2 ku yang bertanya kepada aku sama ada aku berada di melaka ataupon tidak..padahal mereka tahu aku memang berada di melaka...bila aku berada di kota bharu..barula semua kawan2ku bertanya kenapa aku tidak menghubungi mereka...aku baru sedar sekarang sahabat....kawan adalah sama sahaja...mereka hanya mempergunakan aku untuk kebaikan mereka.....

sekarang aku sedar yang sahabat sejati ku adalah isteri ku sendiri..dia yang berada di tempatku di dalam keadaan susah ataupon senang..aku b
aru sedar yang isteriku adalah teman dan sahabat yang sejati...bukan rakan2 ku yang lain......aku anggap ini sebagai satu pengalaman hidup yang tidak mungkin aku lupakan....terima kasih kepada mereka yang pernah hadir dalam hidupku...sekarang masa untuk aku tumpukan perhatian aku terhadap rumahtangga aku....sebaik mana pon sahabat..dia akan meninggalkan kita satu hari nanti....mungkin untuk selamanya.....Ya Allah berikan aku kekuatan untuk aku menempuh alam baru bersama Atiatul Wardah Bte Abdullah.....berikan kami kurniaan Zuriat yang sempurna sifat dan akhlaknya...amin...

1 comment:

  1. semoga cikgu bahagia dgn kakak.. xpayah dah susah pasal org laen... baek cikgu focus pada kakak dan pelajar2 seni yang laen...;p

    ReplyDelete