My Wattpad

My Wattpad
My Wattpad link

02 January 2010

Selamat Kembali Ke sekolah

Ari ni pelajar-pelajar MRSM PC akan kembali ke maktab, bermula sesi persekolahan untuk tahun 2010..pelajar yang berada di tingkatan 4 tahun lepas akan menjadi senior bagi tahun ini...erm..mungkin ada yang sesetengah pelajar akan menjadi lebih ganas..nak nampakkan senioriti agaknya....tapi itu semua hanya bersifat sementara....yelah sebelum ini mereka-mereka itu hanya di anggap sebagai follower jer....tapi bila dah masuk tingkatan 5, semua nak nampak hebat...erm.....ramai gak students yang bertanya pukul berapa perlu masuk maktab..kadang-kadang tension gak ngan soalan-soalan budak-budak mcam tuh, macam la tak pernah masuk maktab paling lewat pukul berapa perlu ada di kawasan maktab...tu kadang-kadang malas nak layan dengan soalan-soalan yang tidak mencabar macam tuh..huhuhuh....ari rabu ada meting warden..semua bersetuju untuk membuat cabutan bagi bilik asrama yang akan mereka duduk untuk sesi 2010...so kira masa masuk ke balai menanti nanti, mereka akan membuat cabutan dan terus masuk ke bilik yang mereka cabut..kira macam first come first serve, pastuh mereka boleh la bertukar-tukar no bilik mengikut citarasa kawan masing-masing....kalau dulu mereka di tentukan mengikut homeroom atau kelas..tetapi bagi tahun ini, mereka boleh membuat keputusan sendiri bagi ahli bilik masing-masing, erm rasanya ok jugak kot...tapi kurang la pemantauan bagi sistem homeroom nanti, ada warden yang mengatakan bahawa sorting by homeroom tidak mendapat ape-ape tindakan dari sistem homeroom itu sendiri, wallualam....kita tengok dan lihat sahaja keberkesanannya nanti,... Aku plak x sabar nak dapat pelajar homeroom aku yang baru bagi sesi 2010/2011,...pelajar tingkatan 4 di jangka akan tiba selepas hari raya cina pada bulan 2 nanti, erm....kira pelajar tingkatan 5 berada di dalam keadaan yang bahagia selama sebulan kerana banyak ruang bagi mereka untuk berada di padang, dewan selera dan perpustakaan secara aman dan tenteram... 3 orang pelajar tingkatan 4 tahun lepas telah di pindahkan ke MRSM lain kerana masalah displin ape lagi kalau bukan kes merokok....agak aman mungkin kerana kes ini akan menjadikan pelajar yang sedia ada berada di dalam keadaan yang berjaga-jaga untuk tidak melakukan kesilapan...masalah rokok bukan masalah baru bagi setiap institusi pendidikan menengah...tak kira la sekolah SBP,MRSM, Agama, Maahad, Teknik, mahupun sekolah harian biasa, masalah ini tidak pernah selesai, masalah remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru boleh dianggap berbahaya kepada mereka kerana dengan merokok boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik pada usia mereka yang terlalu muda....perasaan macho dan di anggap kelelakian bagi perokok-perokok muda ini sebenarnya adalah salah kerana mereka membeli rokok tersebut dengan menggunakan duit dari pemberian ibu, bapa atau penjaga mereka...


Well guys...welcome back to college....get prepared for your SPM this year.....and for my lovely art and RC Students...having a great time together and i'll be your great teacher...insyallah.....

2 comments:

  1. wah, lansong xaci cikgu. wakaka.
    baek la buwat thn lepas camtuh. huuu. follow me!

    ReplyDelete
  2. semoga cikgu dapat mengharungi dugaan tahun 2010 ini dgn jayanya.. hhehhe... gudluck cikgu asrul... budak2 nakal tuh, pulas telinga, tarik hidung sket... ;p

    ReplyDelete