My Wattpad

My Wattpad
My Wattpad link

16 June 2021

Rindu nya nak Travel

 Bila sekarang tengah siapkan Travelog aku kat Wattpad, bila tengok balik gambar-gambar travel, Ya Allah rasa rindu nya nak travel. Entah bila la agaknya boleh travel balik. Bila la Covid nih nak lenyap agaknya. Aku da rasa tepu da nih duk umah. Tapi rasanya la kalau Covid nih xder, aku rasa sampai sekarang agaknya aku tak update blog aku. Hahahaha, yelah bayangkan punya la rasa bosan sampai banyak benda aku da lakukan kat umah nih sampai aku pon da pandai masak. Bila fikir balik sebenarnya banyak hikmah yang kita sendiri tak sedar ada banyak perkara baik yang berlaku. Haaaa sampai aku da boleh berniaga Sagu Gula Melaka taw. Tak pernah terfikir langsung sampai nak berniaga sagu. Boleh tengok aku publish pasal aku berniaga sagu gula Melaka kat sini Tiktok. Sebenarnya pasal lama jugak aku tak update kat blog nih da banyak sumber media social yang aku explore dan salah satunya adalah Tiktok la. 

Rasa macam tak caya aku boleh berniaga Sagu Gula Melaka

Korang rasa penat tak duk umah? Aku rasa sgt penat sampai xtahu nak buat ape. Sebenarnya banyak aku explore potential diri aku. Dari aku xtahu main game tembak-tembak sampai aku boleh main Valorant . Sampai aku x reti main Mobile Legend boleh la skit-skit defense. Yang best nyer skills masak aku da kembali menjelma kembali. Sebenarnya aku memang jenis malas masak. Once open a time dulu la rajin masak. Pastuh aku jenis main beli je. Aku rasa kekuatan aku lebih kepada dessert dan manisan kot. Tapi nak masak lauk tuh xder masalah pon cuma leceh ckit dan berkecah dapur nanti. (Berkecah tuh merujuk kepada messy atau bersepah) Sebab banyak benda dan ramuan yang kena berada di dapur. Alhamdulilah ramai je suka aku masak. 


Bila la agaknya nak abis Covid nih. Hidup da umpama Zombie da. Sampai hari pon aku x tahu hari ape. I need to healing myself which is aku kena bangkit balik dari kegagalan aku. Aku rasa aku banyak menemui kegagalan aku dari aku menemui kejayaan aku. Aku gagal jadi guru yang baik. Aku gagal jadi anak yang baik dan aku gagal jadi suami yang baik. Tapi aku percaya pada ujian cuma bak kata aku kat Kak Azarina, penat ujian nih, UPSR pon da mansuh tapi ujian kita xpenah henti-henti. Entah bila nak berakhir agaknya. Bagi la sikit aku bernafas untuk menghirup kebahagiaan. Kenangan lalu mcm haunted taw. Berhantu sampai kadang-kadang kita nak melangkah membina kekuatan akan rasa down balik bila teringat. Sebab aku nih jenis kalau aku da sayang, sampai bila-bila aku akan sayang dan pegang. Tapi itulah kalau lah boleh travel aku caya benda nih akan lenyap dengan sendiri walaupon xsemua kenangan itu boleh padam.


Masa PKP 1.0 aku stay umah mak aku which is aku lagi xtahu nak buat ape. Yelah masa tuh rasa sangat Lockdown. Semua orang tak leh gi mana-mana. Nih PKP 3.0 aku rasa banyak benda boleh buat sebab aku memang da setup workstation aku kat rumah aku nih. Dulu masa PKP 1.0 aku asyik buat drawing je. Tapi skrg alat melukis ada cuma xder idea nak buat ape. Ingat nak buat pasal Palestine tapi aku nih tengah jiwa kacau so kena cari mood bebetul baru la rasa seronok nak buat drawing. Tapi aku perasan la PKP kali nih mcm bebas semacam je aku tgk. Kilang-kilang still bekerja lagi. Kereta kat jalan raya pon asyik penuh je. Cuma yang aku perasan Shopping Mall la yang agak lengang ckit. Tuh pon ader yang merayau-rayau tanpa tujuan. Aku nih nak keluar kalau ader benda yang betul-betul penting je. Kalau x aku memang takut nak keluar. Banyak orang tak tahu agak nyer betapa derita nya penyakit ini. Tapi ramai yang rasa benda nih x betul. Ramai rasa dia kebal. Sampai satu tahap Covid  nih da jadi mutant agaknyer sampai boleh menyerang terus direct kat paru-paru. Semalam ayah kawan baik aku meninggal sebab Covid. Benda nih da makin dekat dengan kita. Kalau dulu nak dengar orang meninggal sebab Covid pon payah. Itu pon disebabkan Kluster. Nih xder nama Kluster pon da boleh kena. Hati-hati la sebab kita xnampak Covid nih. Kalau nampak da lama kita lari agaknye. 


Masa aku tgh tulis blog nih, aku da berapa kali terhenti sebab mood aku x berapa nk stabil tapi aku teruskan juga penulisan aku nih. Yelah mood nak menulis nih kena ade. Kalau xder mood aku nk tulis pon xder idea. Walaupon agak old school sebab skrg jarang orang menulis blog, tapi aku rasa ini lah masa yang sesuai untuk aku luahkan melalui penulisan aku sendiri. Mood aku lately nih agak ke laut sebab PKP yang aku rasa buat diri aku terperangkap di rumah. Cuti persekolahan da pon berakhir maka bermula lah PDPR yang sememangnya buat aku lagi stress mengajar secara maya. Terus terang aku rasa agak down dan tak suka dengan keadaan sekarang yang aku rasa semakin jauh keikhlasan untuk  mengajar. Kepuasan diri mengajar agak kurang baik berbanding secara bersemuka. Akhlak pelajar semakin lama semakin tidak berada di lantasan yang betul. Apa yang boleh aku buat? semuanya bergantung sekarang kepada didikan ibu bapa. Cuma aku berharap bila Covid nih sudah berakhir, aku perlu menyiapkan diri aku untuk pergi mengembara di dunia yang terbentang luas. Nikmat Allah yang sepatutnya perlu di jelajah. Yang sepatutnya perlu di terokai di tarik nikmat seketika untuk kita mengenal kembali diri kita ke atas Maha Esa. Semoga satu hari nanti aku dapat mengembara ke negara yang belum aku terokai. Semoga aku kembali dengan semangat dan diri yang baru. Semoga aku boleh berfikir secara waras dan kembali dengan semangat yang baru. Ya Allah Kau angkat lah  penyakit ini dari dunia supaya kami Hamba Mu dapat melakukan kerja seharian dengan lebih baik lagi. Amin Ya rabbal Alamnin 

No comments:

Post a Comment