26 June 2011

Its all about Him, I love you soo much!!

Assalamualaikum…..sudah lama aku tidak menghasilkan nukilan aku…..terpanggil bila one of my close student, Syarqawi said that I’ve to update my blog for my student’s views…….Erm….Hari ini merupakan hari Bapa, Ayah, abah, daddy,papa, walid atau ape sahaje yang kita panggil semuanya di sebabkan orang yang mempunyai benih yang terjadinya kita. Aku? panggilan abah lebih mesra dan lebih dekat diri aku dengan dia. Hj Abdul Rahman Bin Mahmud adalah abah yang aku terasa kehilangan yang amat besar. Biar aku bercerita tentang dia….Aku merupakan anak bongsu lelaki yang agak manja dengan ibuku….di sebabkan itu, aku agak kurang rapat dengan abahku….Kenapa aku tak rapat dengan ayahku? Perkerjaaan sebagai Pesara Polis Singapura menyebabkan sifat ayahku yang agak kasar dan garang menyebabkan aku kurang bercakap dengan nya. Di sebabkan itu, aku kurang menyanyangi dirinya. Aku agak nakal masa aku kecil. Pernah tengok cerita bersiri Nur Kasih? Perangai aku tidak ubah seperti Adam semasa kecil.Mungkin di sebabkan untuk mengawal keadaan aku kerana kenakalan aku, aku sering di pikul dan di tengking. Perasaan kebencian dan ketidakpuas hati terhadap dirinya menyebabkan aku agak semakin kurang rapat dengan nya.

Di tambah pula keinginan abah dan mak untuk memiliki anak perempuan tercapai maka lahir la adik perempuan aku yang bongsu. Aku? mungkin perasaan aku ketika itu agak cemburu kerana abah aku terlalu menyanyangi adik aku. Biasa lah hidup aku hanya dapat bermanja dengan mak aku sahaja. Aku bersyukur sekurang-kurang nya aku ader ibu yang sanggup melayan kerenah aku. Banyak juga perkara yang menyebabkan aku di pukul tapi di halang oleh ibu aku.

Setiap perselisihan aku dengan abah, aku catatkan di sebuah diari yang ku beri nama : ‘Black date’… Banyak perkara dan peristiwa hitam aku catatkan ketidakpuasan aku dan luahan aku di dalam diari tersebut. Ada satu peristiwa aku di mana aku sedang berborak dengan awek aku di suatu malam, abah telah menghempas telefon menyebabkan telefon rumah pecah. Masa tuh hanya tuhan yang tahu betapa marah dan tidakpuas hati aku terhadap abah. Tapi apakan daya aku hanya seorang insan yang bergelar anak. Banyak pengalaman yang aku rasakan “hard-core” yang mungkin remaja sekarang tidak akan menerima sifat ayah yang garang seperti abah.

Semasa aku di tingkatan 4, aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah berasrama tapi di halang oleh abah kerana aku masih tidak pandai untuk mengurus kehidupan di kuartiri akan menjadikan aku pelajar yang liar. Aku terus berada sekolah lama. Aku paham maksud abah kerana aku memang pelajar yang nakal yang mungkin akan menjadi teruk jika aku bersekolah asrama. Kehidupan aku di teruskan di rumah sehingga la aku mendapat tawaran di Institut Teknologi MARA (skrg UiTM) di Shah Alam. Orang yang paling seronok ketika itu adalah abah. Aku xtahu kenapa dia begitu seronok. Aku ingatkan dia lah orang yang paling risau. Tapi hanya ibuku dan abang ipar aku yang menghantar aku ke Shah Alam. Nasihat dia sebelum aku melangkah keluar, “chik, belajar sungguh-sungguh, jangan malas, kat sana xder saper nak kejutkan kau bangun subuh,” kata-kata nya sebelum aku melangkah keluar.

Selama aku di situ, tidak pernah sekali bila aku memerlukan duit, aku minta direct kat abah. Emak aku la orang perantaraan antara aku dan dia. Dan tidak pernah sekali dia mengecewakan aku. Dan ada sekali aku mendapat duit yang cukup banyak dari dia. “ Chik, nih duit abah dapat untung berniaga dan abah nak  kau jangan boros sangat, simpan elok-elok” katanya selepas dia memasukkan duit kerana aku memang memerlukan duit kerana course aku memerlukan belanja yang besar. Sehingga la aku menamatkan pengajian aku di Universiti Teknologi MARA.

Selepas itu, aku melanjutkan pelajaran aku di bidang pendidikan yang membolehkan aku menjadi seorang guru. Selepas aku mengikuti pengajian di bidang Post Graduate of Art Education di tempat dan fakulti yang sama, sementara aku di posting kan di mana-mana sekolah, aku berkerja part-time, disebabkan aku memang tidak mempunyai lesen ketika itu, dia lah orang yang menghantar dan mengambil aku kerana tempat kerja itu jauh dari kawasan bandar. Makanan yang paling dia suka adalah Pizza. Aku masih ingat lagi bukan main dia suka dapat makan Pizza bila time aku dapat gaji ketika itu. Sehingga lah aku mendapat tawaran menjadi seorang guru di MRSM Pengkalan Chepa. Tarikh 12 Julai 2004 adalah tarikh aku mendaftar di sana. Sekali lagi aku melangkah pergi meninggalkan dia. Dan dia juga tidak mengiringi aku untuk ke Pengkalan Chepa. Dan selepas beberapa bulan aku mengajar di Kelantan, kali terakhir aku berjumpa dengan abah adalah sewaktu hari raya haji pada tahun 2004. Aku tidak tahu kenapa adik beradik aku ketika itu hendak bertakbir raya bersama-sama di dalam rumah. Dan ketika itu juga lah aku melihat abah menangis mengeluarkan airmata. Aku yang ketika itu agak terharu dengan perbuatan abah. Dan dia pernah menyuarakan untuk berjumpa dengan anak-anak saudaranya yang berada di Singapura. Hasrat abah tercapai dengan kedatangan sekumpulan anak-anak saudara abah yang datang semasa perayaan Krimas ketika itu. Semasa aku hendak pulang ke Kota Bharu kembali, itulah kali terakhir aku berjumpa dengan abah dan kali itu juga lah aku mencium tangan abah. Pesan abah “ Chik, jaga diri, jaga sembayang dan jangan berhutang dengan orang” Aku tergamam ketika itu dan aku tidak menyangka apa-apa ketika itu.

Tanggal 26 Jan 2005, sebulan selepas Tsunami di Acheh, aku mendapat berita tentang keadaan abah yang saat tenat ketika itu. Ana, adik aku menelefon aku menyatakan abah tenat. Aku tanpa berlengah cepat mengemas baju dan mengambil tiket pulang, sampai di Gua Musang, adik aku menelefon yang abah sudah tiada lagi di bumi ini. Perasaan sedih dan tangisan air mata ku jatuh ketika itu. Abah di serang sakit jantung dan meninggal di Hospital. hampir 2 minggu aku bermimpi abah memakai baju berwarna putih memanggil aku untuk menemani aku, aku tidak paham maksudnya, cuma Allah yang mengetahui.

Buat abah, hanya doa yang dapat ku berikan. Semoga abah di kalangan orang-orang yang beriman. Aku sayang kat abah walaupun dia garang tapi dia masih orang yang telah menjaga dan membesarkan aku. Abah, maafkan aku jika aku pernah menyakiti hatimu. Selamat hari bapa abah walaupun hanya sekejap aku membalas jasamu, kau telah pergi buat selama-lamanya.

Al Fatihah buat Arwah Hj Abdul Rahman Bin Mahmud…….172973_10150116867194617_682664616_6144211_895023_o

No comments:

Post a Comment