My Wattpad

My Wattpad
My Wattpad link

05 December 2011

Setahun sudah berlalu…. Selamat Tinggal 2011………

 

Salam sejahtera, bertemu kita lagi di lembaran yang baru. Di harapkan semoga apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Hari demi hari, bulan demi bulan, akhirnya kita sudah sampai ke penghujung tahun. Detik tetap berjalan, namun sedarkah kita yang masa cukup mencemburi kita? Masakan tidak, sekejap sahaja masa berlalu. Begitu juga dengan aku. Tidak lupa aku ingin ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1433. Semoga amalan dan tingkah laku kita yang lepas di jadikan pengajaran dan iktibar yang berguna pada masa akan datang.

Ok…..rasanya tahun nih xbanyak bleh berkongsi pengalaman. Mungkin kesibukan kerja menjadikan aku tidak mempunyai perasaan untuk meluahkan segala-galanya di dalam blog. Dari awal tahun 2011, semuanya membuka cerita kisah hidup ku dengan baik sekali. Kisah di mula kan pada akhir tahun Dis 2010 dengan pengembaraan pelajar-pelajar SPM 2010--- > Akif, Sajid, Aizat dan Safwan. Aku menggelarkan mereka “Geng Utara”. Dari Kota Bharu aku bergerak meninggalkan bumi Kelantan untuk mengambil mereka di Pulau Pinang. Dari sana kami bergerak ke Bukit Merah Lake Town Resort.

IMG_1113

Banyak aktiviti yang kami lakukan. Kenangan berada di bumi Mutiara pon tidak kurang hebatnya. Kami di perkenalkan banyak tempat oleh Sajid sendiri kerana dia berasal dari Pulau Pinang.

IMG_1322

Begitu juga dengan kenangan berada di Kota Singa yang aku rasakan pengalaman memandu di luar negara di rasai dengan rasa bangga. Masakan tidak, belum pernah lagi kereta ku menjejakkan tayar nya di bumi asing. Prosedur semasa proses masuk ke Singapore agak melecehkan. Banyak dokumen perlu di isi. Tapi itu semua tidak mematahkan semangat aku untuk melawat sepupu ku yang merupakan anak saudara kepada arwah ayah ku.

IMG_1684

IMG_1755

Bangunan lama dan baru tersergam indah dan keadaan yang sungguh bersih yang juga di kenali sebagai The Fine City…….Semuanya perlu di jaga bagi memastikan negara mereka di dalam keadaan yang baik.Thanks to all cousins entertained us from day to night……

Bila masuk tahun baru 2011, aku mula dengan semangat baru. Semangat ingin mencipta lebih banyak lagi kejayaan yang akan ku capai pada tahun ini. Itu merupakan azam yang akan ku sasarkan. Tapi semua itu telah di rancang. Aku yakin tidak semua azam yang kita cipta tidak dapat di laksanakan dalam tempoh setahun. Begitu juga dengan aku. Banyak azam yang aku sendiri cipta kadang-kandang terpaksa di batalkan dengan sengaja. Maafkan aku wahai azam…aku telah mengingkari janji-janjiku…..

Aku pernah berjanji di dalam hati, jika satu hari nanti MRSM PC akan mendapat tempat pertama keseluruhan MRSM bagi pencapaian SPM, aku akan memohon pertukaran. Alhamdulilah, bagi keputusan SPM 2010, MRSM PC telah di umumkan sebagai Johan tempat pertama bagi keseluruhan MRSM dan juga SBP. Itu merupakan salah satu kebanggaan yang tidak ternilai dan tiada tolok bandingnya.

190444_10150145108554617_682664616_6406446_6366070_n

Pengembaraan di teruskan dengan Percutian di Medan Indonesia yang semestinya aku menemakan gadis-gadis dan mak gadis (haha) untuk menjadi Ketua Rombongan ke sana. Banyak perkara pelik dan lucu sepanjang 3 hari berada di sana. Dari segi barangan kain, baju dan telekung, memang murah di sana…Tempat mereka agak kotor dan tidak terjaga dengan rapi. Berbeza percutian di Singapura yang tempat di sana bersih dan di jaga rapi. Begitu juga dengan orang-orang di sana agak memaksa kita untuk membeli barangan mereka. So berhati-hati la jika anda menawarkan harga. Itu bermaksud kamu sudah membeli ya pak! hahahaha

189748_10150125449449617_682664616_6236284_2703493_n

190197_10150125456849617_682664616_6236327_2280697_n

189517_10150125457604617_682664616_6236334_2117531_n

Selepas itu, pengembaraan aku di teruskan dengan terbang ke Bumi Kenyalang yang merupakan kunjungan pertama aku ke sana. Rombongan yang di kelolakan oleh Kelab Geraksama yang di terajui oleh Puan Suriati Deraman, dan aku bertindak sebagai Penolong rombongan itu secara sukarela. Antara kenangan yang tidak boleh di lupakan semasa berada di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra di mana tiket yang di booking oleh Puan Suriati mengalami masalah tarikh yang sudah lepas. Keadaan itu memaksa Puan Suriati untuk membeli semula tiket-tiket yang tidak di sedari telah luput tarikhnya. Suasana yang agak kecoh seketika. Tapi selepas itu, kenangan demi kenangan telah di cipta. Berada di bumi kenyalangan selama 2 hari adalah perkara yang cukup memenatkan. Masakan tidak, keadaan di mana semua ahli-ahli rombongan merupakan orang-orang yang agak veteran dan terpaksa menjaga mereka dari awal hingga akhir. Dari proses check-in, sehingga la mengangkut barang-barang mereka yang agak banyak dan besar. Kenangan itu sudah cukup memberikan aku impact yang memenatkan. Tapi itu semua aku anggap sebagai satu ibadat menolong mereka. Menginap di MRSM Kuching juga aku anggap sebagai satu kenangan pertama kerana aku belum pernah menjejakinya.

254182_10150222068939617_682664616_6978556_5768993_n

248742_10150222075539617_682664616_6978637_6678225_n

Mungkin dah lama aku tidak bercerita berkaitan dengan aktiviti aku bersama dengan kelab Gen2 Kelantan. Kesibukan aku menyebabkan aku agak perlahan dalam meyertai aktiviti-aktiviti yang di jalankan oleh GCK. Antara aktiviti yang pernah aku sertai seperti Konvoi ke Tok Bali bagi aktiviti membakar ayam dan majlis berbuka puasa yang dua kali di adakan dan dua-dua kali itu la aku pernah hadiri. Aktiviti seperti ini pernah aku buat semasa aku memegang jawatan Timbalan Presiden sedikit masa dulu. Insyallah jika ader kesempatan aku akan kembali aktif.

190615_10150132520219617_682664616_6301689_4276305_n

196009_10150132700254617_682664616_6302738_3926235_n

Program Kembara Seni Visual Dan Rekacipta merupakan program tahunan yang aku sendiri jalankan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang kerjaya dan minat terhadap seni visual dan rekacipta. Tahun ini, aku juga berjaya melakukan lawatan dengan bantuan pihak pentadbiran. Terima Kasih kepada pihak pentadbiran MRSM PC kerana sudi memberi kebenaran terhadap projek tahunan ini.

Credit to Shahril di atas penghasilan Video ini….

Sebenarnya bukan mudah menguruskan sesebuah program jika kita tidak mendapat keizinan dari pihak atasan. Dan bukan Mudah untuk membuka mata dan minda pelajar MRSM tentang kepentingan Seni Visual dan Rekacipta. Banyak Program yang di jalan kan seperti lawatan ke tapak pameran dan mengadakan sendiri pameran  merupakan suatu tugas dan beban yang besar jika kita tidak mempunyai kekuatan dari segi minda dan jiwa. Program-program seperti ini secara tidak langsung memberi impact kepada pelajar tentang cara dan kaedah yang di hasilkan oleh pelajar Universiti dan rakan-rakan sebaya mereka. Antara program yang di jalankan seperti lawatan Final Degree dan Diploma yang di hasilkan oleh pelajar-pelajar UMK dan UiTM Machang, Kelantan.

251434_10150222337194617_682664616_6981577_3435983_n

251690_10150222336914617_682664616_6981573_3605935_n

250404_10150222343099617_682664616_6981664_8285562_n

253841_10150222342529617_682664616_6981650_4767283_n

Begitu juga dengan Pameran yang aku adakan setiap 2 tahun sekali. Bermula pada tahun 2005, diikuti dengan 2007, 2009 dan tahun 2011. Cuma bezanya pada tahun ini namanya di tukar kepada Creative and Innovative Exhibition 2011. Itu antara usaha-usaha yang aku jalankan bagi memberi pendedahan awal tentang subjek Pendidikan Seni Visual dan Reka Cipta.

317508_308763145804504_100000124628725_1384147_1315423498_n

305444_308762092471276_100000124628725_1384129_1418222814_n

Alhamdulilah, berkat dari Doa semua, aku berjaya melaksanakan dengan jayanya. Syukur ke hadirat Ilahi yang telah memberikan aku kekuatan di atas sumbangan ini kepada pelajar walaupun terdapat banyak dugaan dan rintangan di dalam menjayakan usaha murni aku. Aku percaya satu hari nanti jika aku tidak ada di bumi Kelantan, di harapkan nama aku sebagai guru akan terukir di setiap hati warga MRSM PC. Bak kata pepatah, Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Aku juga bersyukur dengan kekuatan yang di berikan Illahi tentang kekuatan aku mengajar dua subjek SPM yang membolehkan aku menguruskan 2 benda dalam satu masa. Kedua-dua subjek ini merupakan subjek yang memerlukan pemantauan dan perhatian terhadap kertas yang melibatkan PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah).Oleh sebab itu, aku bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana memberikan aku kelebihan untuk aku berada di dalam tugasan yang amat berat kerana terpaksa mengekalkan keputusan yang cemerlang setiap tahun. Oleh sebab itu lah, aku kadang-kadang terpaksa bersenggang mata untuk memastikan setiap pelajar menghasilkan produk yang berkualiti. Alhamdulilah, setiap dugaan pasti ada ganjaran nya. Kebanyakan penghasilan oleh pelajar, dapat di lakukan dengan jayanya.

IMG_8918

IMG_8917

IMG_8920

Sebenarnya aku seronok mengajar di MRSM PC. Kalau bukan sebab pelajar, dah lama aku meninggalkan MRSM PC. Tetapi kerana pelajarnya yang begitu prihatin, dan sentiasa mengingati guru-gurunya, aku merasakan bahawa mereka sentiasa akan mengingati gurunya walaupun mereka sudah jauh meninggalkan maktab tercinta. Bila sahaja aku post sesuatu di dalam facebook, jika kena dengan tempatnya, pasti ada sahaja komen dari mereka untuk berjumpa dengan aku. Itu yang membuatkan aku cukup terharu dengan perangai mereka. Aku berharap hubungan antara mereka tidak terputus, malah berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lihat sahaja bila aku mengatakan aku berada di Shah Alam, kebanyakan bekas pelajar MRSM PC berada di UiTM Shah Alam, ramai yang ingin dan berjumpa aku. Sesuatu yang aku rasakan sangat terharu dan menghargai siapa diri aku.

298292_10150349791154617_682664616_7955182_544874981_n

Di penghujung cerita ini, aku berpuas hati dengan kesan yang di berikan oleh pelajar-pelajar aku semasa mereka menjawab dan menghasilkan karya yang bermutu semasa Peperiksaan SPM 2011. Walaupun agak perlahan suasananya, namun bagi aku sudah cukup membuktikan mereka berjaya menghasilkan yang terbaik “save the best for the last”. Walaupun latihan yang kurang cukup bagi mereka yang agak perlahan bertindak, namun keadaan berada di dalam situasi sebenar lebih menyakinkan dengan usaha-usaha terakhir mereka.

309738_10150438527569617_682664616_8373440_199275986_n

Sebelum mereka pulang ke kampung halaman mereka, aku sekali lagi di raikan perpisahan semasa sarapan pagi terakhir bersama mereka di Kota Bharu.

378993_10150448374579617_682664616_8398156_513626077_n

Terima Kasih kerana menjadi sebahagian dari pelajar aku. Terima kasih kerana memberi kerjasama dan komitmen yang telah di berikan selama 2 tahun. Jaga diri bebaik dan ingat aku dalam doa kalian. Aku berdoa semoga kalian mendapat rahmat dari Allah dan di permudahkan segala urusan. Selamat Tinggal 2011 dan selamat datang 2012 dengan harapan yang mengunung tinggi untuk aku keluar dari Bumi Kelantan, insyallah. Aku juga sudah menyediakan teks ucapan yang aku ingin sampaikan jika aku sudah tiada……tapi teks itu aku akan ucapkan semasa majlis perpisahan jika aku dapat berpindah dari Bumi Kelantan. Bukan tidak menyukai Negeri Kelantan, tapi apakan daya,keluarga lebih memerlukan. Kenangan 2011 adalah kenangan yang terindah walaupun kadangkala pahit untuk di telan. Aku yakin ader insan yang lebih sempurna jika ada yang menggantikan aku. Dan aku yakin satu hari nanti nama aku akan terukir di setiap warga MRSM PC. Kepada sahabat-sahabat aku yang berada di MRSM PC, teruskan niat kita mendidik anak bangsa. Aku mungkin bukan guru yang sempurna yang dikau cari dan aku bukan juga guru yang terbaik untuk MRSM PC. Namun aku juga insan yang sentiasa memberikan yang terbaik setiap kali melaksanakan tugas.

Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Cukuplah selama 7 tahun 5 bulan aku merantau di negeri orang. Doakan semoga aku boleh berpindah ke tempat yang lebih dekat dengan kelaurga ku. Segala kekasaran yang mungkin menguris hati, maafkan lah aku, aku cuma meluahkan isi hati. Terima Kasih di atas segala layanan yang di berikan. Halalkan lah makan dan minum aku selama aku berada di sini. Kepada semua pelajar, semoga maju jaya. Tahun depan kita akan berjumpa lagi, Insyallah…..

374136_10150448355834617_682664616_8398104_260992911_n

1 comment: