My Wattpad

My Wattpad
My Wattpad link

14 April 2012

Finally,goodbye Kelantan, Goodbye MRSM PC, Goodbye everyone…

Syukur Kehadrat Allah kerana dengan limpah kurnianya aku masih dapat bernyawa hingga kini. Syukur juga dengan rezeki yang telah Allah berikan. Alhamdulilah tiba masa setiap pertemuan yang di bina di akhir dengan perpisahan. Itu semua lumrah sesebuah kehidupan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan dan menyakitkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan.

7 tahun 8 bulan bukan lah satu jangka masa yang sekejap. Jika tanpa usaha dan peranan guru tersebut menzahirkan hasrat untuk menjadikan pelajarnya cemerlang dan terbaik pasti sukar melalui keperitan dan kepayahan untuk menempuh masa-masa mendatang. 12 Julai 2004 merupakan tarikh keramat buat diriku kerana berjaya menjadi guru di salah sebuah MRSM terbaik di Malaysia. Perasaan bercampur aduk kerana berfikir bermacam-macam di benak fikiran ini. Perasaan gembira kerana kita berhadapan dengan pelajar-pelajar yang cemerlang, perasaan takut jika kita tidak mampu memenuhi kehendak mereka dan perasaan sedih kerana jauh dari keluarga tercinta.

Menjadi perantau selama ini membuatkan kita berasa amat rindu dengan suasana kampung dan saat-saat manis bersama keluarga. Begitu juga semasa bulan ramadhan berusaha gigih untuk mencari juadah berbuka puasa jika di bandingkan menunggu hidangan di atas meja ketika berada di kampung. Semua itu hanya akan tinggal kenangan nanti bila kita sudah berada di samping dengan orang-orang yang kita sayang. Menjadi sukar bila kita menjadi perantau jika kita tidak kelilingi dengan orang-orang yang sanggup bersama kita di waktu kita susah dan sukar. Menangis sendirian adalah perkara biasa bila berada di waktu kesusahan. Itu semua sudah aku lalui sepanjang menjadi perantau di negeri ini. Bukan tidak kuat cuma itu adalah cara yang terbaik untuk melepaskan perasaan. Jika aku tidak kuat sudah lama aku aku meninggalkan bumi ini tanpa pesan. Kekuatan aku adalah pelajar-pelajar yang sedia membantu aku semasa di dalam kesusahan atau semasa senang aku.

Pengalaman dan pengalaman di raih dan di perkenalkan setiap tahun menjadikan aku semakin yakin dengan tugas-tugas yang di berikan. Tiada apa yang mustahil di dunia ini kecuali dengan kita berusaha. Memang agak pelik dengan sistem di MRSM. Tetapi itu semua bukanlah halangan untuk aku mengecapi kejayaan. Di atas usaha itu juga, aku berjaya menjadikan MRSM PC setiap tahun dengan kejayaan pelajar-pelajar Pendidikan Seni Visual dan Reka Cipta 100% A. Satu-satunya guru di MRSM yang mengajar Pendidikan Seni Visual dan Reka Cipta dalam satu-satu masa bagi Tingkatan 5. Memang tidak mustahil lagi.

Memegang Kelab Robotik adalah mustahil bagi seseorang guru seni kerana kebiasaan guru yang terbabit adalah di kalangan guru-guru Fizik, Sains Komputer atau di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup. Tetapi apa yang menarik aku bukan saya dapat menerajui kelab robotik dengan baik malah menerima banyak anugerah yang melibatkan pelajar-pelajar bagi kategori Kreatif dan terlibat dalam pertandingan antarabangsa. Bukan itu sahaja, pertandingan seperti Majlis Rekabentuk Malaysia sudah juga berjaya menembusi ke peringkat kebangsaan sebanyak 2 kali. Alhamdulilah, itu semua rezeki yang telah Allah berikan untuk aku bagi pelajar-pelajar yang di sayangi.

Begitu juga pengalaman menjadi penasihat BWP, penasihat Okestra dan Penasihat Bowling yang belum pernah aku memikirkan untuk menjawat tugas-tugas tersebut. Namun aku rasa bangga setiap kali aku menjalankan tugas aku, aku sentiasa memberikan yang terbaik dan berusaha untuk sentiasa berada di kemuncak kejayaan.

Menjadi guru Seni Visual yang ke 4 di MRSM Pengkalan Chepa selepas Cikgu Esah, Puan Faridah Paimin dan En Md Noh menjadikan aku berasa bangga dengan jawatan aku ini sehinggakan aku di kenali ramai di kalangan guru-guru PSV dan RC di seluruh negeri Kelantan. Menjadi guru Seni Reka di MRSM PC juga membolehkan aku mengenali semua warga maktab terutama pelajar-pelajarnya kerana mereka semua ‘terpaksa’ berjumpa dengan aku kerana subjek Seni Reka merupakan subjek wajib untuk pelajar tingkatan 4. Ini merupakan kenangan manis yang aku rasakan perlu di kongsi bersama dengan semua.

Berada hampir 8 tahun di Negeri Kelantan menjadikan aku sebahagian daripada orang Kelantan. Mengenali budaya Kelantan, makan nasi ulam, nasik kerabu, dan makan nasi berlauk pada waktu pagi merupakan satu pengalaman yang tidak dapat di lupakan. Bercakap di dalam dialek Kelantan menguji aku untuk bertutur walaupun pada mulanya seolah-olah seperti bunyi “siam”. hahaha….tapi bila sudah fasih aku sendiri berasa bangga dan menggangap diriku sebahagian daripada orang Kelantan. Bangga2…..

21 Mac 2012 merupakan tarikh Pengumuman SPM 2011. Alhamdulilah sempat juga aku berada di saat-saat terakhir pemergian aku melihat kejayaan pelajar-pelajar aku yang terakhir ini. Seperti biasa bila tiba waktu keputusan SPM keluar,aku merupakan tempat pelajar-pelajar luar mengadakan pertemuan atau gathering. Biasanya sebelum ini, mereka sudah tahu yang rumah yang aku duduk berada di atas dewan selera. Cuma beza nya kali ini, aku berada di luar maktab. Pelajar yang menghubungi aku ketika itu adalah Nadzmi, budak yang berasal dari Batu Pahat, Johor. Ramai juga yang memohon untuk menginap sementara. Namun dengan keupayaan ruang bilik sewa aku yang agak terhad, aku menolak sebahagian yang ingin menginap. Pukul 11.00 pagi, kelihatan ramai bekas-bekas Pelajar MRSM PC SPM 2011 sedang menunggu UPPM yang mengambil transkrip SPM di Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. Perasaan berdebar-debar jelas kelihatan di setiap riak wajah mereka. Bila pengetua mengumumkan keputusan SPM dengan gred purata maktab, keputusan di mana kita tidak berjaya mengekalkan kecemerlangan SPM 2010, ramai yang agak mengeluh. Kejayaan SPM 2011 kali ini di rangkul oleh MRSM Taiping. Tahniah di ucapkan, walaupon kita mendapat tempat ke 3, namun usaha selama ini benar-benar berbaloi. Untuk mengecapi kejayaan memang senang, cuma untuk mengekalkan kejayaan agak sukar. Tahniah di ucapkan kepada pelajar yang telah mendapat kejayaan yang cemerlang, yang kurang berjaya, anggap la itu bukanlah penghalang bagi mengecapi kejayaan pada masa akan datang. Tidak semestinya kejayaan iu datang pada masa yang terdekat, insyallah ianya datang jua cuma cepat atau lambat. Bagi aku syukur alhamdulilah, kejayaan mengekalkan 100% A bagi DUA subjek Pendidikan Seni Visual dan Rekacipta di teruskan dengan semua pelajar-pelajar aku mendapat kejayaan yang boleh di banggakan walaupun mendapat tohmahan dan cacian selama ini. Aku harus rasa nikmat mengajar amat berbaloi dan bangga dengan mereka walaupun aku amat-amat takut dengan beberapa orang pelajar yang mendapat markah bagi folio yang sangat rendah. Ini lah produk terakhir bagi melengkapkan diri aku mengajar selama 7 tahun di sini. Cuma agak ralat juga dengan pelajar-pelajar SPM 2012 yang belum sempat aku melengkapkan mereka dengan ilmu bagi PSV dan juga RC. Tahniah kepada semua pelajar-pelajar SPM 2011 di atas kejayaan anda semua!! Sebelum ambil result pastikan anda semua membayar semua hutang-hutang ye….hehehhehee…(Peringatan juga kepada pelajar-pelajar SPM 2012)

Kejayaan mereka di sambut dengan penuh rasa bangga dan di raikan dengan penuh kemeriahan. Aku juga tidak melepaskan peluang dengan meraikan bersama-sama students yang rapat denganku. Siapa lagi jika bukan pelajar-pelajar yang mengambil subjek aku. Kami mengaturkan pertemuan pada masa dan tarikh yang di tetapkan. Alhamdulilah, semuanya berjalan seperti yang di rancangkan. Bergaul dengan mereka seolah-olah menjadikan aku sebahagian dari mereka. Jangan salahkan aku jika aku rapat dengan mereka kerana mereka sentiasa menghargai aku yang merupakan sebahagian dari guru mereka. Kadang-kadang betul juga kata guru senior, pelajar yang pandai senang sangat melupakan kita berbanding pelajar yang kurang pandai yang sentiasa mengingati kita. Tapi itu semua terlalu subjektif, bergantung sejauh mana kita rapat dengan pelajar,kan?

Sweet Couple

Hari-hari terakhir aku di Kelantan terlalu singkat dengan masa dan waktu yang sentiasa mencemburi aku. Hari-hari terakhir itu lah aku mengisi seisi-isinya dengan melakukan aktiviti bersama pelajar-pelajar MRSM PC. Ada beberapa perkara yang aku sendiri tidak sedari bahawa aku mengisi masa lapang untuk bersama pelajar buat kali yang terakhir. Antaranya MRSM PC Bowling Mega Tournament untuk mencari bakat bagi mewakli dalam kejohanan MSSK. Aku merasakan ini merupakan antara even bowling yang terbesar yang pernah aku anjurkan kerana melibatkan guru dan staff MRSM PC. Thanks for your participants. Begitu juga dengan kesungguhan pelajar-pelajar yang bertanding bagi merebut 12 tempat bagi kategori lelaki dan perempuan untuk kejohanan MSSK.

Begitu juga dengan Perkhemahan Perdana. Aku tidak melepaskan peluang buat kali terakhir untuk sama-sama menjayakan walaupun aku bukan lah Penasihat Badan Beruniform. Ini semua adalah aku ingin merasakan kehangatan aktiviti bersama semuanya buat kali yang terakhir. Ini kerana aktiviti Perkhemahan Perdana merupakan aktiviti aku yang terakhir sebelum aku meninggalkan MRSM PC buat kali yang terakhir. Pada Malam Kebudayaan aku sempat menjadi juri jemputan dan terlibat mengadili persembahan setiap badan beruniform yang menyertainya. Persembahan Kadet Polis merupakan persembahan yang terhebat pada malam itu berbanding dengan yang lain. Tahniah di ucapkan. Tidak lupa juga buat pasukan dikir barat maktab yang kebanyakkannya merupakan ahli Pengakap. Tahniah di atas persembahan yang menghiburkan.

Pemenang keseluruhan Perkhemahan Perdana 2012 di sandang oleh Pasukan Pengakap yang memperolehi markah yang banyak di sebab kan banyak acara di menangi oleh mereka. Tahniah di atas pencapaian yang terbaik buat pasukan Pengakap MRSM PC. Sekalung tahniah di ucapkan.

Bila malam terakhir di Kelantan pada 24hb Mac 2012, aku terasa ingin berjumpa dengan semua pelajar-pelajar MRSM PC buat kali terakhir, aku mengatur plan untuk berjumpa di Surau. Di rumah, aku sempat mengarang beberapa points untuk tidak aku berasa gugup atau tidak berasa kosong apabila aku bercakap nanti. Masa di tunggu-tunggu apabila selesai mengerjakan sembayang Isyak, namaku di panggil oleh pelajar. di jemput Sir Asrul untuk memberi ucapan. Hahahaha…masa tuh perasaan bercampur baur….Perlu ke aku menahan air mata? Ok…sabar Asrul…Sabarrrrr…..Aku mula bercerita pengalaman aku di hadapan semua pelajar MRSM PC. Pengalaman demi pengalaman aku terus bercerita sehingga aku tidak sedar masa terrlalu mencemburi aku untuk terus bercerita. Aku akhiri ucapan aku dengan aku bernasyid lagu Rindu oleh Hijjaz.

Di tujukan untuk Semua pelajar-pelajar MRSM PC…Sir rindu sangat-sangat

Ada beberapa rangkap ketika aku mendendangkan lagu tersebut aku terasa amat-amat terasa rindunya dan terasa akan kehilangan pelajar-pelajar yang di sayangi. Aku terlalu merindui kamu sekalian.

Selepas aku berucap, aku di minta untuk tunggu di surau untuk sesi yang seterusnya. Aku tidak menyangka yang kejadian itu tidak hanya berlaku begitu sahaja, malah lebih dari itu. Pelajar-pelajar di minta untuk bersalaman dan memohon kemaafan dan meminta untuk menghalalkan ilmu yang di berikan. Bila aku di serbu oleh pelajar-pelajar terutama pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang aku anggap sangat-sangat rapat, aku mula terasa sebak dan terharu. Akuu cakap dalam hati, aku takkan nangis…aku takkan nangis……Tiba-tiba entah saper entah pasang lagu Doa Perpisahan, tiba-tiba air mata aku jatuh berderai yang teramat sangat.

Lagu yang menyebabkan airmata aku tidak henti-henti mengalir

Keakraban aku bersama-sama aku dengan pelajar-pelajar di MRSM PC sebenarnya adalah di sebabkan aku merupakan seorang warden dan duduk di dalam. Setakat lepak di rumah aku ketika itu semasa hujung minggu adalah perkara biasa. Cuma mungkin keadaan tersebut di nilai oleh sesetengah guru di anggap tidak di galakkan. Kejadian di surau berlanjutan sehingga pukul 10.00 malam. Berpelukan, meratapi tangisan, sehingga ada juga yang mencium pipi merayu supaya aku jangan tinggalkan Pengkalan Chepa. Entah kenapa entah air mata aku tidak pernah kering, asyik berair saja.Ada yang 2-3 kali mintak di peluk. Ada pula yang seolah tidak mahu lepaskan pelukan itu, sehinggakan Bro Faizal terpaksa melepaskan pelukan tersebut. Aku juga hampir pengsan kerana menunggu kesemua pelajar-pelajar lelaki yang bersalaman dan berpelukan dengan aku. Bro Faizal terpaksa mengambil aku kerana aku ade jamuan dengan rakan-rakan warden di atas Dewan Selera. Terima Kasih juga buat Shah Rihan kerana menjadi salah seorang penggerak pada majlis perpisahan ini.

Bila di tanya berkaitan dengan jamuan warden, aku berasa amat-amat terharu dengan keraian tersebut walaupun aku sudah 3 bulan tidak bertugas sebagai warden. Terima kasih semua kerana sudi mengadakan majlis perpisahan untuk aku. Malam itu, msg di Handphone bertalu-talu mengucapkan selamat tinggal dan ingin meminta berjumpa mereka pada malam terakhir aku di Kelantan. Kelas PSV form 4 dan form 5 yang sangat-sangat beriya-iya untuk berjumpa dengan aku. Tangisan demi tangisan di iringi dengan ucapan yang di berikan. Perasaan sedih memang tidak boleh di pisahkan sepanjang malam tersebut.

Hari terakhir aku di MRSM PC pada 25hb Mac 2012, sambutan majlis perpisahan aku di Ruang Seminar PSP. Terima kasih kepada Mami Shikin dan Bro Rul Fadzli kerana berusaha untuk mengadakan majlis perpisahan aku. Terima Kasih juga kepada Gerak Sama kerana turut menjayakan majlis buat aku. Hari terakhir juga aku akan meninggalkan bumi Kelantan buat selama-lamanya. Majlis yang berlangsung pada 9.00 pagi di hadiri oleh guru-guru dan Staff MRSM PC dengan Rulfadzli bertindak sebagai Pengacara majlis pada pagi tersebut. Kata-kata Rulfadzli sedikit sebanyak menyentuh perasaan aku ketika itu. Setiap kata yang di lafazkan merupakan pengamatannya selama aku berkawan dengan nya, juga menjadi tempat aku meluahkan perasaan, dan berkongsi pengalaman menjadikan Rulfadzli antara kawan yang terbaik di MRSM PC selain Shah Rihan yang aku anggap sebagai kawan di kala susah atau senang. Terima Kasih kawan-kawan kerana menjadi kawan aku walaupon aku tahu aku bukan la kawan yang sesempurna yang engkau cari. Pada majlis perpisahan itu juga aku sempat berucap dan memohon kemaafan kepada semua. Aku juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi memberikan aku tunjuk ajar yang berguna selama aku berada di MRSM PC. Kenangan di Kelantan tidak mungkin dapat aku lupakan. Gelak tawa, tangis duka bersama-sama semua guru terutama guru-guru di Jabatan Sains Sosial akan sentiasa terpahat di hati. Special buat kakak ku, Mami Shikin, yang sentiasa memahami diri ini di kala suka atau duka, kak shikin sentiasa berada di samping diri ini, terima kasih di atas pertolongan dan tunjuk ajar selama ini. Doakan saya sentiasa berada di dalam limpahan kurnia Nya, doakan semoga saya berjaya di dunia dan akhirat, semoga kita berjumpa di lain kali. Itu antara ucapan yang aku berikan semasa majlis perpisahan aku ketika majlis itu berlangsung di Ruang Seminar PSP.

IMG_2378

IMG_2400

547144_10150735104844617_682664616_146081479_730873550_n

26 Mac 2012 merupakan tarikh keramat iaitu tarikh aku bertugas di MRSM kedua aku. Bertugas di negeri sendiri, Melaka Bandaraya Bersejarah. Kali pertama aku menjejak kan kaki aku ke MRSM Terendak, aku melihat infrastuktur bangunan nya saling tidak tumpah seperti maktab-maktab yang seusia dengannya.

MRSM Terendak

Berkenalan dengan guru-guru di MRSM Terendak membuatkan aku lebih dekat dengan sifat-sifat orang Melaka. Agak kasar tetapi telus. Mungkin sebab aku sudah terbiasa dengan cara hidup orang Kelantan yang sudah pasti mempunyai ciri-ciri yang lembut dan bersopan santun. Agak terkejut bila ada salah seorang guru yang ketika ini sedang mengajar, lantang suara dier menyuruh salah seorang pelajar di dalam kelasnya keluar, “Kau berambus dari sini, aku tak nak tgk muka kau lagi”……masa tuh aku memang terkejut dan terperanjat. Guru-guru kat sini agak hard Core juga…….Yang lebih menarik tentang Terendak tentang kehadiran Penghuni yang tidak berdaftar di sini. Kehadiran beruk-beruk dan monyet-monyet yang agak ramai menyebabkan kadang-kadang aku agak terganggu sedikit. Tapi bila lama-lama keadaan lebih seronok dengan gelagat mereka yang agak melucukan dan menarik perhatian. Kebijaksanaan mereka menjadi satu elemen yang menarik kerana mereka ini semua pandai mencari makanan yang bermutu. Signboard yang di buat di sini agak menarik dan tidak ada di mana-mana MRSM di Malaysia.

Tidak apa yang menarik tentang Terendak. Cuma aku baru masuk ke Kelas seminggu, yang lain di isi dengan Mesyuarat Edit Soalan Percubaan PSV SPM 2012, Mesyuarat PBS PSV Ting 1 dan Kursus Rekacipta di ILHAM , Jawi Penang.

Terakhir, adalah kejayaan aku bersama pelajar-pelajar Rekacipta telah memenangi hadiah utama bagi kategori sekolah Menengah bagi Pertandingan Rekabentuk Malaysia. Kejayaan dulu bersama Akif dan Syahmi memenangi sekadar tempat saguhati pon aku berasa amat-amat bangga. Inikan pula tempat yang pertama. Alhamdulilah aku anggap ini merupakan hasil terakhir aku sebelum aku meninggalkan Pengkalan Chepa. Aku berasa amat bangga juga bila nama aku dan nama Shah Rihan terpampang jelas di muka akhbar Berita Harian dan Metro. Tahniah di ucapkan kepada Hafizin dan Arman. Hidup Rekacipta!!!.

MRM BH

MRM Metro

Akhir kata sambutlah salam manis buat semua warga MRSM Pengkalan Chepa. Sayang PC yang Allah saja yang tahu. Doakan saya semoga dapat menjadi guru yang terbaik di MRSM Terendak. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa, Ingat saya selalu dan jangan lupakan saya. Assalamualaikum………

My last PSV and RC students MRSM PC…..

3 comments: