My Wattpad

My Wattpad
My Wattpad link

12 January 2010

Kisahku di MRSM..cuba hargai aku...

Akum..Sekali lagi aku ingin meluahkan aper yang terpendam pada diri aku sejak kebelakangan ini...kadang-kadang aku bukan minta untuk mengajar jauh dari family, jauh dari isteri tapi ini aku anggap sebagai satu dugaan buat aku..6 tahun aku duduk di Kelantan bukan satu jangka masa yang pendek...6 tahun di MRSM Pengkalan Chepa cukup buat aku menimba banyak pengalaman pahit dan manis....aku xpernah ke kelantan sebelum ni...kalau ader pon tuh masa aku berumur 6tahun semasa mengikutu rombongan kampung bersama family aku....aku pon dah xberapa ingat sgt...erm...tahun 2004 aku datang bersama abang dan emak aku pada 12 Julai 2004, ketika itu aku berumur 25 tahun..baru graduate dalam bidang Post Graduate of Art Education di UiTM Shah Alam, erm...masih muda dan gagah remaja lagi,,....erm...orang yang aku berjumpa pertama sekali adalah Pengetua masa tuh..Tuan Hj Idhan Mamat...bole aku panggil ayahanda..dia sangat mengambil berat terhadap aku sehingga kan sanggup berkongsi rumah dengan nya ketika aku menyatakan yang aku belum mempunyai penginapan di Kelantan...lantas dengan itu..dia memberi kan aku penginapan yang aku duduk kekal sehingga sekarang..terima kasih kepada Hj Idhan kerana segalanya.... Selepas itu bermula aku kehidupan aku sebagai seorang guru di MRSM Pengkalan Chepa..aku berasa amat gembira dengan tugas aku kerana aku yakin aku mampu untuk melakukan yang terbaik...pada mulanya aku pada surat tawaran yang aku terima aku aku keliru dengan status MRSM yang di tawarkan kepada aku ..Progam Khas Pendidikan (PKP)...kerana aku ingat seperti pelajar-pelajar cacat yang aku kena ajar...hahahah...itu Program Pendidikan Khas...hahaah..ape la aku nih...huhuhu...rupa-rupanya aku mengajar dengan pelajar-pelajar yang cemerlang kerana nak masuk MRSM PKP memerlukan pelajar-pelajar yang mendapat 8A..jadi aku pon menggangap pelajar-pelajar yang cemerlang hanya memerlukan pemantauan yang mininum..tetapi sangkaan aku salah....rupanya masih ada juga segelintir pelajar yang bukan dari golongan yang baik..biasala..dah nama remaja..mesti ada kisah nakal di sebalik kepintaran mereka...lagi pintar mereka..lagi licik rupanya mereka mencari peluang untuk melakukan kegiatan NAKAL mereka...

Aku di tawarkan mengajar subjek Seni Reka..aku agak keliru waktu itu ke
rana semasa aku bersama kementrian, aku mengajar subjek Pendidikan Seni Visual..rupanya subjek Seni reka adalah subjek khas yang di tawarkan kepada pelajar MRSM sahaja....tetapi masih menggunakan silibus kementrian...tetapi bergantung kepada kreativiti guru MRSM untuk mencari idea bagi melaksanakan projek-projek pelajar.....Aku?? kebiasaan projek aku lebih tertumpu pada kemahiran mereka melukis...aku malas nak buat projek grouping atau projek yang mengarut2..nanti penuh projek budak-budak kat bilik aku yang USELESS plak...so aku lebih kepada individual project jer..lebih senang nak tgk skills budak nih... Tahun berikutnya aku di tukarkan status dari guru Seni reka kepada guru Rekacipta....suatu benda yang baru bagi ku....tapi atas dasar cabaran aku tempuhi jua demi menjadikan aku seorang guru yang versatile....tetapi aku still mengajar Seni reka dalam masa yang sama...ini menjadikan masa di dalam jadual aku bertambah banyak...tetapi ada pihak atasan memandang kerja aku?? TIDAK sama sekali......yang mereka tahu semua tugas-tugas aku perlu di selesaikan dalam masa yang di tetapkan....huhuhu...namun aku anggap itu semua dugaan dari Nya...


Selepas aku di tawarkan menjadi guru
Rekacipta..HQ MARA telah mewujudkan program Apresiasi robotik yang meminta 8 MRSM yang bertindak menjadi aperantis kepada maktab-maktab lain...aku di pilih bersama dengan cikgu Koma utk menjayakan program tersebut dengan hati yang terbuka walaupon aku tidak pernah tahu pasal robot-robot nih...tetapi demi kesungguhan yang ada..aku berjaya juga mengharungi segala urusan yang berkaitan dengan robotik...walaupon aku degree in art and design..benda-benda yang melibatkan teknikal kurang ckit...namun aku percaya ilmu itu satu anugerah yang tidak ternilai....alhamdulilah..imu robotik banyak mengajar aku erti kesabaran.....maka dengan rasminya aku telah menjadi penasihat bagi kelab robotik MRSM PC...huhuhu....maka MRSM telah mewujudkan Robofair untuk di pertandingkan di peringkat Inter MRSM seluruh Malaysia....maka penasihat ini la yang bersusah payah menyiapkan segala urusan yang berkaitan dengan robotik....1st Robofair kita tumpang Tunas Saintis kat MRSM Pontian...agak kelam kabut jugak ketika itu masa tuh pada tahun 2005...2nd 2006 di MRSM Taiping, 3rd 2007 di MRSM TGB, 4th 2008 di MRSM KKB, 5th 2009 MRSM Alor Gajah dan this year 2010 di MRSM Kubang Pasu....sepanjang memori bersama Robotik, tahun lepas kenangan yang paling manis kerana memenangi Juara Keseluruhan Robofair....tapi ada org nampak?? TIADA!! Aku dah 2 kali membawa pelajar ke Pertandingan di Peringkat Antarabangsa 2007 di Singapore dan 2009 di Korea walaupon di Korea aku tidak terus ke sana, namun aku berjaya menjadi penasihat robotik untuk menyiapkan robot di UNITEN selama seminggu...ade orang tahu?? TIADA!!..aku percaya segala usaha aku telah aku sempurnakan atas dasar kerana Allah....biar hanya Allah yang tahu dengan usaha aku selama ini..... Tahun lepas jugak aku telah berjaya bersama dengan pelajar-pelajar RC untuk ke Pertandingan Rekabentuk Malaysia 2009 dan berjaya menjadi 18 finalis untuk peringkat kebangsaan..namun ader org tahu usaha aku?? TIADA!! Aku berasa bangga pencapaian aku sebagai seorang guru di MRSM walaupon tiada seorang pon yang menghargai aku ketika ini....aku juga berasa bangga kerana aku lebih MAJU berbanding dengan guru-guru lama....bukan nak berbangga diri tetapi aku yakin satu hari nanti rezeki aku akan tiba juga..insyallah ..amin...bak kata Azwan Ali.."Ade aku kisah" hahahahha....


Yang aku sedih pihak pengurusan maktab xpenah pon "mention" kat perhimpunan atas kejayaan pelajar-pelajar MRSM PC yang telah berjaya mewakili Malaysia ke International Robot Olympiad di Korea Selatan....wal
aupon mereka kalah...siapa lagi kalau bukan pelajar kita sendiri yang berjaya pergi ke sana?? Tiada seorang guru pon yang pernah menghantar pelajar mereka selain dari guru penasihat robotik yang pernah menghantar sebanyak 2 kali ke luar negara....huhuhu...masa di dalam perhimpunan tersebut..hanya Allah yang tahu betapa sedihnya ketika itu....tapi xpelah biarlah aku war-warkan di dalam blog nih...3 orang pelajar robotik telah terpilih mewakili Malaysia....Samawi, Nik Hazman Azizi, dan Syarqawi...


Setiap tahun aku telah berjaya mengekalkan keputusan pelajar PSV dan RC
100% A1..namun tiada seorang pon yang menghargai aku ......seperti kenyataan aku di dalam post aku yang terdahulu, subjek aku hanya subjek ke 10.....sebagus mana sekali pon mereka mengatakan subjek aku senang nak score..ade ke camtuh?? tak tahu aku bersama dengan pelajar sehingga pukul 2-3pagi semata-mata nak menyiapkan folio pelajar-pelajar? tanya la kepada mereka (my students) kalau kenyataan aku nih buat SALAH!....setiap subjek ade kelemahan dan kekurangan yang tersendiri.....tolong la....jangan wat tafsiran sendiri..jangan menilai kerja org lain..nilai dulu kerja kita...(di tujukan kepada guru-guru MRSM PC) yang hanya meletakkan subjek ke 10 seperti Prinsip Akaun, Tasawuf, EST, PSV dan RC ke tahap yang rendah..sekurang-kurang nya lihat effort guru-guru tersebut....ini adalah mentaliti org-org melayu....Kejayaan manis buat aku adalah mendapat kejayaan tempat pertama seluruh MRSM bagi subjek PSV ketika SPM 2007, alhamdulilah....



Setiap 2 tahun sekali aku mesti akan mengadakan pameran seni.....aku buat benda nih semua aku nak semua org nampak seni di sekolah sains perlu di banggakan...nak harapkan sekolah kementrian...pelajar-pelajar PSV mereka di letakkan di kelas hujung, kelas di mana pelajar mereka jenis yang tidak pandai membaca..mcmana nak dapatkan produk kualiti jika tidak kepada pelajar-pelajar MRSM?? Aku nak buktikan kepada semua orang bahawa pelajar-pelajar seni mampu untuk dibanggakan...tetapi adakalh usaha aku di ambil kira?? TIDAK!! Aku x tahu di mana silap aku kerana setiap aku kali aku ingin membuat program...mendapat banyak tentangan daripada pihak atasan sedangkan usaha aku ini adalah untuk kebaikan pelajar..bukan untuk aku...aku dah lepas melalui pengalaman ni semua...tetapi entah la..mentaliti orang...kita tidak boleh paksa... Begitu juga dengan Program Kembara Seni Visual dan Rekacipta, aku buat nih untuk mendedahkan pada pelajar tentang kerjaya di dalan seni visual dan rekacipta...bukan utk aku..untuk kebaikan pelajar-pelajar aku....aku dah merata pergi ke tempat-tempat tuh semua...sape yang sanggup bersama dengan pelajar selama seminggu semata-mata nak membawa mereka ke tempat-tempat tuh semua?? aku terpaksa korbankan masa cuti aku semata-mata untuk pelajar aku?? cuba bagitahu aku saper guru yang sanggup buat macam tuh selain dari aku?? aku dah kawin....ada keluarga sendiri...tapi semua tuh org tak pernah pandang pon usaha aku... Aku bukan untuk menagih simpati...aku bukan patung yang bernyawa...aku juga mempunyai perasaan seperti anda semua....hargai aku jika aku masih di sini....jika aku tiada nanti...masa itu la baru sedar akan kewujudan aku di sini.....betul bak kata org....org tidak akan menghargai kita jika di depan mata...org akan mengingati kita bila kita sudah tiada...aku juga akan berpindah dari sini..aku juga akan menetap di negeri aku sendiri...hujan emas di negeri orang...hujan batu di negeri sendiri..baik di negeri kita sendiri....walaupon aku tak mahu di timpa batu (hahahah), Kelantan...aku akan pergi satu hari nanti..MRSM PC..satu kenangan yang tidak dapat aku lupakan nanti...bila kah aku akan berpindah?? aku sendiri tak tahu....hanya takdir yang akan menentukan.....hati ku sudah tawar di sini...hati aku tiada lagi sini...semuanya hampar selepas ape yang aku alami hanyalah satu pengalaman yang banyak mengajar aku erti kehidupan di sini...aku pon sudah fasih bercakap kelantan yang mungkin bonus buat aku di negeri che siti wan kembang....6 tahun cukup buat aku mengenali masyarakat di sini..alhamdulilah..aku banyak berkenalan dengan pelbagai jenis ragam manusia yang mengajar aku erti kesabaran dan erti sebuah kehidupan.....Ya Allah..Kau berikan aku petunjuk agar aku dapat mengharungi kehidupan aku agar lebih sempurna..Ya Allah....Kau tabahkan hati aku semoga aku dapat menjadi seorang insan yang di berkati oleh Mu....Aku redha di atas segala-galanya...aku yakin ada sinarMU yang akan menyusul tidak lama lagi....Kau berikan aku kekuatan Mu Ya Allah...Amin Ya Rabbul Alamin......

10 comments:

  1. :)) cikgu jgn riso! kami pelajar psv sntiasa ada blkg ckgu! thnks cikgu!

    ReplyDelete
  2. cikguuuu
    sedih bce blog ckgu.

    ape-ape pon cekgu la cekgu paling bnyak berkorban ntok kitorang (batch spm 07) budak-budak PSV ni.

    malam-malam temankan kitorang kat PSV room smpai lewat..ajar kitorang yang sangat jahil seni ni (saye la tu) smpai boleh la hasilkan artwork yang x nmpak cam bubur basi.

    ada la hikmah disebalik kesedihan cekgu ni, mne tau dua tiga tahun lagi cikgu jadi jutawan ke, jadi tokoh guru ke...yang penting cikgu da jadi somebody dalam hidup students yg cekgu da ajar~

    ReplyDelete
  3. Me too sir!!..Xnok r gnie..Biar org laen xnmpak but yg penting sya nampak Sir..mgkin sya xtaw nk blas cne tpi u r one of the great teacher onizuka i ever got!!..perjuanganku bersamamu xkan ku lupa..even sya xmasuk klas psv, but im still lucky to feel yor care for two years im there..(freezing in robotic room)..smile =)(sush nk post, asyik url contain illegal characters je)

    ReplyDelete
  4. terharu saya baca post sir hop ni..sir meme banyop doh berkorban untuk kami semua..biar ado orang kato sir ni tak adil sebab rapat ngan budak2 kelas sir aje tapi bagi saya dorang yang taknak merapatkan diri dengan sir...apapun sir..thanks for all the advices before,saya kini daripada nobody akhirnya menjadi somebody :)

    ReplyDelete
  5. cikgu asrul... sebak bace post cikgu ni... cikgu adalah cikgu terbaek... walaupun raihan from batch '05, cikgu dah byk tolong group raihan dlm menghasilkan satu seni reka wau yang mendapat kedua tahun itu.. bukan senang cikgu nak mengasah otak kami dgn zero knowledge about wau, BUT U DID IT!!.. no one can help us on that time EXCEPT U...

    we appreciate ur kindness and patience. thanks a lot cikgu asrul! U'RE THE BEST!
    that time cikgu baru je masuk MRSM PC, but ur patience and efforts cukup menjadikan cikgu warden dan guru seni kami yang POWER!

    we love u, cikgu asrul.. hasil kerja wau 2004 maseh ade dlm simpanan raihan... begitu juga batik 2005, sumenya atas pertolongan seorg guru, seorg guru seni, CIKGU ASRUL AIDI.. ;)

    ReplyDelete
  6. Peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. kita harus mengurung dan melupakkannya didalam penjara, mengikatnya dengan tali yg sgt kuat agr x dpt keluar melihat chaya kern bgmanpun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dr masa lalu dan skrg semuanya telah berakhir. Janganlan anda hidup di dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu, atau di bwh byg2 kesedihan masa lalu. angkatlah diri anda dari fantasi tersebut. apakah anda ingin pelbagai musibah dan perngorbanan tersebut berulang kali?? apakah anda mengharpkan matahari kembali ke tmpat asalny, bayi kembali ke perut ibunya, air susu kembali ke payu dari si ibu..dan air mata ke dalam kelopak mata, padahal semuanya hanya akan mengalirkan kebali air mata anda...dengan kembali ke masa lalu, bereti anda akan mersakan kembali keresahan. masa lalu x ubahnya seperti api yg terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dah hal tersebut merupakan yang sangat meyedihkan sekaligus menakutkan.
    membuka kembali lembara masa lalu hanya akan merosakkan suasana yg ada dan menyia-yiakan perjuangan yang selama ini sudah anda lakukan..Allah Subhanahu waTa'ala telah mengingatkan kita dgn umat pada masa lalu serta yg telam mereka perbuat...(Al-baqarah 134..itula umat yg telah lalu..)

    bencana dpat menimpa apbila kita lemah mhaadapi masa kini dan myibukkan diri dgn masa lalu. kita menyia2kan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah masa lalu yg telah usang. padahal seindahnya seluruh manusia dan jin bersatu utk mengembalikan semua yg telah lalu, nescaya mereka x akan mampu melakukannya, kerana pada dasarnya semua mustahil. manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wjahnya ke belakang kerana angin akan terus ke hadapan;air mengalir ke dpn, setiap khalifah akan berjalan ke hadapan. oleh itu janganlah menyalahi sunnah kehdiupan..oleh kerana itu anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dgn segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. tidak juga dengan hari esok yg belum tentu datang.....oleh itu..jgn lah bersedih....ckgu asrul kene byk bc buku DONT BE SAD!!! hehehhee..sy doakan yg terbaik utk ckg asrul...

    ReplyDelete
  7. you have been through a lot and that will make u stronger in every way :) and walaupun sy tk rapat ngn sir, i know u r a great teacher! a professional :D tulus dr hati. hehe, n kalau sir kena duduk pc for another 10 years pun, sy harap sir redha menghadapi semua tu because Allah is always testing us kan ;) and untuk semua kesusahan yg kita alami, asalkan kita terima dengan rela hati dan ikhlas, insyaallah Allah akan berikan balasan yang cukup lumayan suatu hari nanti. kalau tak kat dunia, insyaallah kat akhirat. so, i wish u all the best and teruskan menjadi guru yang HEBAT! :D hehe, doakan kejayaan saya gak eh. semoga kita menjadi hamba Allah yang diredhai (^_^)

    incase sir tak ingt kan, sy Ernisha batch 0809. haha :D take care!

    ReplyDelete
  8. comment from my student....

    Neeck Phuhmee January 13 at 9:42pm
    salam... sir... sy dh baca blog sir. hr tu dh niat nk bc, tp xterbaca. sibuk baca blog lain (paultan.org). :D
    anyway, i'm so sorry about what u had gone thru. isk! isk! nak nagis plak...
    yep, xdinafikn sy sndri merasakn ada pihak yg memandang remeh subjek2 tambahan cam PSV and so on... lebih2 lg bila dlm sistem MRSM yg lebih menekankn subjek matematik dan sains. fuh... sabar la ekk sir...

    1st of all, though sy xpernah join kembara seni, sy ucapkan setinggi2 tahniah dan penghargaan kpd sir sbb bersusah payah membawa adik2 students ke sana ke mari semata2 utk memperlihatkn betapa luasnya dunia seni. dan sy percaya, thru that prog students akan lebih terbuka mindanya tentang dunia seni. mana tahu, satu hari nnt mereka juga akan memilih utk masuk ke bidang tersebut.

    again, sy ingin mengucapkn ribuan terima kasih kpd sir sbb sggup burn the midnight oil bersama kami students PSV '05 sampai pkul 2-3 pagi semata-mata utk membolehkn kami menyiapkan projek kami.

    for your information, sy mdpt byk inspirasi dr sir sepnjang sy bljr PSV. dan walaupon skrg sy mengambil bidang pergigian instead of something yang ada kaitan langsung dgn seni, PSV trut membantu sy dlm bidang sy skrg kerana sy masih perlu melukis dan mewarna untuk beberapa subjek seperti Histologi dan Patologi. sy masih menggunakn skill gabungan warna sperti mana yg sir pesan supaya warna keliahatan lebih hidup. :) terima kasih byk sir.

    setiap ilmu merupakan harta yang xternilai. xkira la ilmu apa pon. dan setiap satu ilmu dgn ilmu yang lainnya mendukung satu dgn yang lain. biologi tak boleh berdiri sendiri tanpa kimia, kimia perlu bantuan dari ilmu fizik. begitu juga ilmu2 sains dgn seni. Dlm ilmu perubatan, kita mempunyai beberapa tokoh ahli pakar Anatomi yang sgt handal melukis. Dan tokoh ini telah menghasilkn gambar2 anatomi manusia dan dimuatkn dlm buku anatomi utk rujukan para "future doctor" dan doktor2 sendiri. salah satu tokoh tersebut yg menjadi idola sy ialah Frank H. Netter. Apa yg menariknya, Frank H. Netter merupakan seorg pemegang degree seni sebelum menjadi doktor!

    insyAllah dlm masa 3-4 tahun lagi sy akan masuk ke alam pekerjaan. dan sy juga bimbg dgn apa yg telah sir alami. sy bersimpati dgn sir. sy bukan jenis org yg suka melobby, sy adalah seorg yg skema (tp dlm ms yg sama pemalas.. haha!!). betul kata sir, akan ada pihak yg xpandang hasil kerja kita. sy harap sir sabar. kita tahu siapa diri kita. kita tahu sebagus mana hasil kerja kita. kita sendiri tahu apa pencapaian2 yg telah kita capai. biaq pi lah depa nk kata apa. Dlm masa yg sama sir, cuba sir work smart. wlupon mgkin sir bukan jenis pelobby, try to be friends with ur bosses. sy cuma bley bg pendapat. lg pon sir lebih byk pgalaman dr sy.

    ayah sy juga bekerja dgn MARA. selama lebih 20thun mungkin dh msuk 30thun. tp baru akhir2 ini dia dinaikkn pangkat dan kami sekeluarga dpt menarik nafas lega sikit. so sir, sy harap sir xcepat putus asa. teruskan usaha murni sir mendidik anak bangsa siang dan malam. sesungguhnya Allah itu bersama org2 yg sabar. take ur tym off bila sir betul2 stress. pergilah bercuti bersama yg tersayang. permata seperti sir, sukar dicari ganti.

    byk lagi nak tulis, tp nnt kang sir xlarat plak nk baca.. haha!!
    so sir, sekali lg, thank you so much for everything. halalkn makan minum. maafkn sy atas segala kesalahan sy sepanjang perkenalan kita. sy doakn sir agar sihat sentiasa, bahagia selalu dan suatu hari nanti akan ada pihak yg membuka mata mengahrgai segala penat lelah sir. selamat bertugas dan selamat maju jaya. :)

    ReplyDelete
  9. saya terharu baca post ni..huhu..rse cam terkedu sikit utk mnruskan rncgan penggulingan sir..hahahhaha.. tp anyway sir, deep in our heart, u're one of the few teachrs with sooo sporting+understanding heart

    ReplyDelete
  10. sabarlah cikgu ye...kami yang bernama pelajar juga menerima nasib yang sama..kadang2 kami semua yang nakal2 ni bukannye apa cikgu,tapi ada explaination dr sudut psikologi yg hampir kebanyakn cikgu2 dekat mrsm pc abai...yang menjadi tumpuan di mrsm pc hanya satu,juz academic yang core!walaupun hakikatnya program pkp tu bukan hanya untuk tu,sebab tu mrsm pc xdpt jadi contoh lagi atau model terbaik untuk pihak atasan mara buat kajian dan bawa ke tengah..saya pun xtahu sebabnya...papepun cikgu,saya kali ini berasa amat bersyukur sangat2 kerana masih ada lagi guru macam cikgu di MRSM PC..seorang guru yang masih lagi mengajar dengan jiwanya dan tidak memisahkan nilai jiwa dalam mendidik pelajar,guru yang tidak melihat pelajarnya seperti pandangn kebanyakan guru lain di MRSM PC sehingga ramai budak PC yang hilang 'Jiwa', fenomena ini tidak berlaku di MRSM lain,mungkin kerana exam oriented yang terlalu kuat di PC,namu papepun,syukur alahamdulillah di atas kehadiran cikgu di MRSM PC..teruskan cikgu,berjuang demi mengubah MRSM PC,saya yakin dengan cikgu,terima kasih cikgu :-)

    ReplyDelete